Persoalan Haid di bulan Ramadan : Wajib terus imsak jika suci di tengahari?

✏️ Persoalan Haid di bulan Ramadan : Wajib terus imsak jika suci di tengahari? 

بسم الله الرحمن الرحيم 
الحمد لله رب العالمين
 اللهم صل على سيدنا محمد وعلى آله وصحبه أجمعين

Imsak adalah perbuatan menahan diri dari melakukan perkara yang membatalkan puasa pada bulan Ramadan walaupun seseorang itu tidak berpuasa. 

Sekiranya dia makan atau minum atau berjimak atau apa sahaja perkara yang membatalkan puasa, maka dia telah melakukan dosa. 

Kewajipan melakukan imsak ini diletakkan ke atas orang yang tiada keuzuran atau tiada sebab untuk dia tidak berpuasa seperti 

1. orang yang sengaja makan selepas masuk subuh, atau 

2. Orang yang terlupa niat puasa pada waktu malam sebelum terbit fajar,  atau

3. Orang yang sengaja mengeluarkan air mani dengan tangan dan lain-lain. 

Bagi yang ada keuzuran seperti orang sakit, musafir, perempuan haid atau nifas, mereka tidak diwajibkan imsak pada ketika itu. 

Namun, 

Persoalan yang timbul jika keuzuran itu tamat pada setengahari seperti :

1. Orang sakit pada waktu malam, kemudian tidak berpuasa pada esoknya tiba ditengahari dirinya telah sihat. 

2. Perempuan yang haid atau nifas menjadi suci pada pukul 10pagi. 

3. Orang musafir kemudian tamat musafir pada jam 2 petang. 

Adakah mereka ini wajib imsak selepas tamat waktu uzur? 
...
Imam An-Nawawi RH menjawab di dalam Raudah al-Tolibin pada Kitab Puasa dalam Bab Imsak. 

Kata beliau :

Kedua : keuzuran yang dialami tamat setelah mereka membatalkan puasa, maka tidak wajib Imsak, tetapi disunatkan. 

Jika mereka yang uzur ingin makan, maka perlu dilakukan dengan cara tertutup agar tidak terdedah kepada tuduhan buruk dan hukuman daripada pihak berkuasa.  

Mereka (suami) dibolehkan untuk melakukan jimak setelah hilang keuzuran jika isterinya itu tidak berpuasa kerana masih kecil, atau isterinya baru suci dari haid pada hari tersebut. 

Penulis kitab al-Hawi menukil 2 pandangan pada masalah sekiranya seseorang itu sakit, jika berbuka puasa, kemudian dia sembuh dari sakitnya, adakah dia perlu imsak? Jawabnya : Ulama Baghdad mewajibkannya, manakala ulama Basrah tidak mewajibkannya. 

Menurut pandangan al-mazhab (Mazhab Syafieyyah)  : apa yang kami (ulama Syafieyyah)  nyatakan sebelum ini (iaitu sunat imsak, tidak wajib) .
....

Kitab al-Hawi al-Kabir fi Fiqh Mazhab al-Imam al-Syafi’i  - الحاوي الكبير في فقه مذهب الإمام الشافعي - merupakan sebuah kitab fiqh yang disusun oleh Imam Abu al-Hasan ‘Ali bin Muhammad bin Habib al-Mawardi  al-Bashri (450H).

Sumber : Kitab Raudahatul Tolibin Karangan Imam An-Nawawi RH w.676H. 

الله اعلم.
Mohd Nasyran
Utara Perak
1214pm

Comments

Popular posts from this blog

Dosa Besar ke 11 : Lari dari medan perang.

Tadabbur Surah Ad -Dhuha

5 Syarat Hadis Sahih