Posts

Adakah tempat kita di sisi Allah SWT?

Bagaimanakah kita hendak bertanya kepada Allah tentang tempat kita di sisi Allah? Imam Ibnu Atha'illah RH berkata, "Lihatlah apa yang Allah sibukkan kamu setiap hari. Sekiranya urusan kamu setiap hari hanya sebab RasulNya,hanya kerana Allah, maka, tempat kamu adalah di sisi Allah. Sebaliknya, jika bangun awal pagi, kamu telah memulakan urusan dunia mu, dan tidur juga dengan urusan dunia mu, Ketahuilah, Kamu TIADA tempat di sisi Allah. Sumber - Ustaz Wadi Anuar.

Sah Solat Yang tidak khusyu', Tetapi....

بسم الله الرحمن الرحيم Adakah sah solat yang tidak khusyu' ? Khusyu' merupakan komponen utama di dalam solat. Dengan khusyu', kita akan merasai kenikmatan solat. Kerana Khusyu' adalah Roh solat. Sehingga nilaian pahala solat datang dari kadar yang bersesuaian dengan khusyu'nya seorang hamba. Dari Ammar Bin Yassir, Sabda Rasulullah SAW, Pahala bagi seseorang yang selesai menunaikan solat adalah 1/10,atau 1/9, atau 1/8, atau 1/7, atau 1/6, atau 1/5, atau 1/4, atau 1/3, atau 1/2. Hadith Riwayat Abu Daud. Dinukilkan daripada Ibnu Abbas RA, Kamu mendapat bahagian pahala solat daripada apa yang kamu renungkan ketika solat. Jadi, bagaimana jika tidak khusyu' di dalam solat seperti terfikir hal kerja, hal keluarga ketika solat? Adakah perlu mengulangi solat yang tidak khusyu'? Ulama berbeza pandangan di dalam hal ini, jumhur ulama menyatakan hukumnya merupakan sunnah yang ...

Tipu Daya Iblis

Tipu Daya Iblis yang paling utama bukan datang dari Harta, bukan dari wanita, bukan dari pangkat atau Jawatan. Tetapi, tipu daya Iblis yang paling utama adalah meletakkan rasa tidak senang dan susah untuk menuntut ilmu agama. Dinukilkan oleh Imam Ibnu al-Jauzi RH dalam kitab Tablis al-Iblis, "Ketahuilah, tipu daya iblis yang paling utama adalah menghalangi manusia daripada menuntut ilmu agama. Kerana ilmu itu adalah cahaya. Sekiranya cahaya - cahaya ilmu ini dapat dipadamkan oleh iblis, maka, iblis mampu memandu kamu ke arah kegelapan mengikut kehendaknya" Oleh yang demikian, menuntut ilmu itu WAJIB bagi setiap Muslim. Kerana, dengan cahaya ilmu, kita akan terus berada di atas Jalan Allah yang lurus. Sumber dari Yufid TV.

Ibrah Transformasi Diri (Hijrah)

بسم الله الرحمن الرحيم 11.50am - Tapah Ceramah Transformasi Diri. Prof. Dr. Muhd Kamil Ibrahim. Penulis Buku Travelog Haji. Ketika ceramah beliau : Adakah kita ini berdosa? Tanya beliau, maka hadirin semua menjawab "BERDOSA" Jawab beliau, "Benar" lalu beliau membacakan hadis "Dari Jabir R.A, Rasulullah SAW bersabda, setiap anak adam itu berdosa KECUALI yang berTAUBAT" - Al-Hadis. Tiba - tiba, penceramah mendekati ku, lalu menyentuh bahu ku sambil berkata "Tuan, ada dosa?" Aku menjawab "ada". Kemudian dia lanjutkan "apa dosa tuan, cuba cerita". Berderau darah dari kepala ke seluruh tubuh ku, sejuk jari - jari ku, berpeluh dahi dan tangan ku. Jantung berdegup laju. Penceramaah kemudian senyum dan berlalu dari ku. Ku terbayang, sekiranya persoalan itu ditujukan kepadaku ketika di Mahsyar, di hadapan Allah SWT. Apakah jawapan ku? Mampukah aku menjawab? Ku teringat Fi...

Doa Pertemuan dan Perpisahan

Image
Doa Para Ulama...

Hentikan Sifat Perkauman

Pada pandangan saya, sebaiknya kita buang sifat perkauman dalam hati kita kerana Allah telah menCIPTAkan kita terdiri daripada pelbagai bangsa, kaum untuk kita saling mengenali, menghormati sesama sendiri. Allah berfirman : 22. Dan di antara tanda-tanda (kekuasaan)-Nya ialah penciptaan langit dan bumi, perbedaan bahasamu dan warna kulitmu Sungguh, pada yang demikan itu benar-benar terdapat tanda-tanda (kekuasaan-Nya) bagi orang-orang yang mengetahui Surah Ar Rum ayat 22   Jika kita sentiasa menerbitkan rasa perkauman atau permusuhan, maka, kita termasuk di dalam orang yang melakukan DOSA BESAR. Allah telah memberi AMARAN kepada golongan ini melalui firmanNya 31. Dengan kembali bertaubat kepada-Nya dan bertakwalah kepada-Nya serta laksanakanlah solat dan janganlah kamu termasuk orang-orang yang mempersekutukan Allah. 32 . yaitu orang-orang yang memecah belah agama mereka dan mereka menjadi beberapa golongan (Puak) . Setiap golongan(puak) merasa bangga dengan apa ya...

Amalan Ahli Korban sebelum Haiwan korban di sembelih

Soalan: Saya pernah mendengar, ada yang mengatakan bahawa terdapat hadith yang menganjurkan bagi mereka yang ingin melakukan ibadah korban agar tidak memotong kuku dan juga rambutnya apabila tiba sahaja 1 Zulhijjah. Sejauh manakah kebenaran anjuran ini? Jawapan: Alhamdulillah, segala puji bagi Allah SWT, selawat dan salam kepada junjungan besar Nabi Muhammad SAW, ahli keluarga baginda SAW, sahabat baginda SAW serta orang-orang yang mengikuti jejak langkah baginda SAW. Apabila sudah masuk bulan Zulhijjah (1 Zulhijjah) maka disunatkan bagi orang yang ingin berkorban untuk tidak memotong rambut di kepalanya, wajahnya, atau badannya, tidak juga memotong kukunya, sehingga dia selesai menyembelih korbannya. Hal ini berpandukan hadis daripada Ummu Salamah R.anha bahawa beliau mendengar Rasulullah SAW bersabda:  مَنْ كَانَ لَهُ ذِبْحٌ يَذْبَحُهُ فَإِذَا أُهِلَّ هِلَالُ ذِي الْحِجَّةِ، فَلَا يَأْخُذَنَّ مِنْ شَعْرِهِ، وَلَا مِنْ أَظْفَارِهِ شَيْئًا حَ...