Posts

Doa apabila dipuji

‎اللَّهُمَّ أَنْتَ أَعْلَمُ مِنِّى بِنَفْسِى وَأَنَا أَعْلَمُ بِنَفْسِى مِنْهُمْ اللَّهُمَّ اجْعَلْنِى خَيْرًا مِمَّا يَظُنُّوْنَ وَاغْفِرْ لِى مَا لاَ يَعْلَمُوْنَ وَلاَ تُؤَاخِذْنِى بِمَا يَقُوْلُوْنَ Ya Allah, Engkau lebih mengetahui keadaan diriku daripada diriku sendiri, dan aku lebih mengetahui keadaan diriku daripada mereka yang memujiku. Ya Allah, jadikanlah diriku lebih baik dari yang mereka sangka, ampunilah aku terhadap apa yang mereka tidak ketahui dariku, dan janganlah menyeksaku dengan perkataan mereka.

HADITH : PERBANYAKKANLAH DOA KETIKA MUSAFIR

• Sebelum Musafir Berdoa Dahulu عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ أَنَّ النَّبِيَّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ: Daripada Saidina Abu Hurairah bahawa Nabi ﷺ bersabda:  ثَلَاثُ دَعَوَاتٍ مُسْتَجَابَاتٌ لَا شَكَّ فِيهِنَّ: دَعْوَةُ الْوَالِدِ، وَدَعْوَةُ الْمُسَافِرِ، وَدَعْوَةُ الْمَظْلُومِ "Tiga doa yang akan dimustajabkan, dan tidak diragukan padanya, iaitu: Doa ibubapa, Doa orang yang bermusafir, dan Doa orang yang di zalimi." HR. Abu Daud (1536) dalam Sunannya. Hadis ini hasan lighairih. Keterangan Hadis : Permusafiran merupakan sebahagian daripada lumrah kehidupan seorang yang bergelar manusia. Permusafiran adalah perpindahan daripada satu tempat menuju ke tempat yang lain bagi tujuan tertentu. Untuk itu, agama Islam tidak pernah sesekali membiarkan umatnya melakukan sesuatu perkara tanpa ada panduan atau garis panduan yang perlu dilakukan oleh seseorang itu apabila ingin melakukan sesuatu perkara seperti permusafiran. Terdapat doa yang diajar oleh Rasulullah ﷺ kepada kita...

Dosa besar ke 74 : Mencabul Kehormatan Tanah Haram.

Bagi umat Islam seluruh dunia, terdapat 2 Tanah Haram yang menjadi tempat mulia bagi kita. 1. Tanah Haram Mekah 2. Tanah Haram Madinah. Tanah Haram ini adalah tempat yang harus dihormati serta dimuliakan. Kerana Allah SWT telah menjadikan tanah haram ini sebagai tempat ibadah bagi Umat Islam. Di tanah haram ini, setiap perbuatan baik buruk akan menerima balasan berganda. Tidak sama dengan keadaan di tempat lain. Tanah Haram Mekah dibangunkan oleh Bapa segala Rasul, iaitu Ibrahim Kalimullah AS. Dijanjikan dengan kemakmuran dan ketenangan berpanjangan. Tanah Haram Madinah pula dibangunkan oleh Penghulu segala Rasul iaitu Rasulullah Muhammad SAW. Dijanjikan sebagai tanah yang penuh keberkatan dan penawar.  Oleh itu, seharusnya kita menjaga dan menghormatinya Mencabul kehormatan tanah ini, Allah menjanjikan azab yang sangat pedih Firman Allah SWT Al-Hajj ayat 25 إِنَّ الَّذِينَ كَفَرُوا وَيَصُدُّونَ عَنْ سَبِيلِ اللَّهِ وَالْمَسْج...

Dosa besar ke 73 : Pertaruhan.

Pertaruhan adalah antara salah satu cara untuk mencabar. Pertaruhan ini merupakan satu perjudian yang akan menguntungkan sebelah pihak dan merugikan sebelah pihak yang lain.  Pertaruhan boleh melibatkan banyak perkara seperti : 1. Pertaruhan haiwan. 2. Pertaruhan perlawanan. 3. Pertaruhan kemampuan. Dan sebagainya. Pertaruhan merupakan perkara keji, yang Allah larang umat Islam untuk melakukannya Firman Allah SWT Al-Ma'idah ayat 90 يٰٓأَيُّهَا الَّذِينَ ءَامَنُوٓا إِنَّمَا الْخَمْرُ وَالْمَيْسِرُ وَالْأَنْصَابُ وَالْأَزْلٰمُ رِجْسٌ مِّنْ عَمَلِ الشَّيْطٰنِ فَاجْتَنِبُوهُ لَعَلَّكُمْ تُفْلِحُونَ Hai orang-orang yang beriman, sesungguhnya (meminum) khamar, berjudi, (berkorban untuk) berhala, mengundi nasib dengan panah, adalah termasuk perbuatan syaitan. Maka jauhilah perbuatan-perbuatan itu agar kamu mendapat keberuntungan. Judi dan mengundi nasib itu adalah pertaruhan Pertaruhan ini adalah kezaliman kerana ada Penganiayaan wujud di da...

Dosa besar ke 72 : Orang Yang Menanda Binatang Pada Wajahnya.

Menjadi kebiasaan bagi penternak haiwan, akan menanda pada haiwan ternakannya. Ia merupakan salah satu jalan mengetahui umur haiwan tersebut atau tanda hak milik. Sebagai orang Islam yang beriman kepada Allah dan Rasul-Nya, kita pastinya ada sifat kasih sayang kepada semua makhluk. Maka, memelihara hubungan baik dengan makhluk itu, secara tidak langsung akan memelihara hubungan dengan Allah. Oleh itu, tidak wajar bagi orang Islam menanda haiwan pada wajahnya. Kerana wajah adalah lambang kemuliaan bagi sesuatu tidak kira manusia atau haiwan. Haram bagi kita untuk memcabul kemuliaan itu. Diriwayatkan daripada Jabir RA, Rasulullah SAW telah melintasi seekor keldai yang telah ditanda pada wajahnya, lalu baginda Rasulullah SAW bersabda, "Allah melaknat orang yang menandanya (pada wajah)." Riwayat Muslim. Dalam sebuah riwayat lain pula, daripada Jabir RA, Baginda Rasulullah SAW bersabda, "Bukankah kamu tahu bahawa aku melaknat orang y...

Dosa Besar Ke 71 : Menahan Lebihan Air

Air merupakan perkara paling asas dalam kehidupan.  peratus terbesar bahagian bumi adalah air Sebahagian besar isi kandungan manusia, haiwan, tumbuhan adalah air  Tanpa air, makhluk akan mati kekeringan Dalam feqah Islam, air yang asal iaitu air mentah tidak boleh dijual beli. Kerana ia merupakan hak Allah SWT untuk makhluknya.  Air tidak boleh dimiliki oleh sesiapapun kecuali Allah. Sekiranya dalam sebuah kawasan yang dimiliki oleh seseorang itu mempunyai sungai, telaga, tasik atau apa2 bentuk takungan air, pemiliknya hanya boleh menyimpan untuk keperluan untuk diri dan keluarga sahaja. Selebihnya, dia tidak boleh menahan, atau menyimpan sebagai haknya.  Malah, hukum menyimpan adalah haram dan melakukannya adalah dosa  Air perlu dikongsi dengan orang lain dan makhluk lain, kerana ia bukan hak mutlak seseorang Firman Allah SWT Al-Mulk ayat 30 قُلْ أَرَءَيْتُمْ إِنْ أَصْبَحَ مَآؤُكُمْ غَوْرًا فَمَنْ يَأْتِيكُمْ بِمَآء...

Hati kecewa dan sedih?

Saya terima permintaan untuk bercerita tentang perasaan kecewa. Jiwa manusia ini dipegang oleh Allah. Bahagia, sedih, gembira mahupun kecewa. Ia adalah hak Allah. Dan Allah beri kerana ada sebabnya. Firman Allah SWT Al-Baqarah ayat 155 وَلَنَبْلُوَنَّكُمْ بِشَىْءٍ مِّنَ الْخَوْفِ وَالْجُوعِ وَنَقْصٍ مِّنَ الْأَمْوٰلِ وَالْأَنْفُسِ وَالثَّمَرٰتِ ۗ وَبَشِّرِ الصّٰبِرِينَ Dan sungguh akan Kami berikan cubaan kepadamu, dengan sedikit ketakutan, kelaparan, kekurangan harta, jiwa dan buah-buahan. Dan berikanlah berita gembira kepada orang-orang yang sabar. Kerana Allah nak uji kesabaran kita, adakah kita berputus asa dengan Rahmat Allah? Atau kita kekal sabar kerana kita tahu ia datang dari Allah. Bila terasa sedih atau kecewa, ingatlah, bahawa Allah sentiasa dekat dengan kita. Dan dia sentiasa memberi khabar gembira buat hambaNya  Hayati firman ini  Al-'Imran ayat 170 فَرِحِينَ بِمَآ ءَاتٰىهُمُ اللَّهُ مِنْ فَضْلِهِۦ وَيَسْتَبْشِرُون...