Posts

Qunut dibaca Jahar atau kuat pada keseluruhan bacaan.

Imam baca slow doa Qunut bahagian Faiinaka Taqdhi. Di dalam Doa Qunut yang selalu dibaca, ada  3 bahagian iaitu: 1- Permintaan. 2-  Pujian kepada Allah (الثناء)  3-  Selawat ke atas Nabi. Bahagian permintaan ialah kita meminta kepada Allah supaya memberi hidayah, afiah (kesihatan), pemeliharaan, keberkatan dan keselamatan daripada keburukan yang telah ditakdirkanNya. Setelah selesai meminta kepada Allah, maka kita pun memuji ALLAH dengan mengucapkan: فإنك تقضي ولا يقضى عليك،   Maksudnya: Maka Sesungguhnya Engkaulah yang menghukum (mentakdirkan sesuatu) dan tidaklah Engkau yang kena hukum.(yakni tiada yang akan dapat memberi mudarat  kepada Allah) إنه لا يذل من واليت Sesungguhnya tiada kehinaan bagi sesiapa yang yang telah Engkau pimpin (beri kemuliaan) ولا يعز من عاديت Dan tidak akan mulia orang yang telah Engkau musuhi. تباركت ربنا وتعاليت Maha suci Engkau dan Maha Tinggi Engkau Wahai Tuhan kami. Isu Apabila solat berjemaah, Imam yang akan mewakili ki...

Nabi Adam AS Berdosa?

Saya terima soalan berkaitan Nabi Adam AS berdosa?  وعليكم السلام ورحمة الله.  بسم الله الرحمن الرحيم ، 1. Rasulullah SAW bersabda   كُلُّ بَنِي آدَمَ خَطَّاءٌ وَخَيْرُ الْخَطَّائِينَ التَّوَّابُونَ Maksudnya: Kesemua anak Adam itu melakukan kesilapan, dan sebaik-baik orang yang melakukan kesilapan itu adalah mereka yang bertaubat. Riwayat Ibn Majah (4392) Maksud anak adam itu adalah manusia, termasuk Nabi Adam AS.  2. Firman Allah SWT  Al-Mulk 67:2 ٱلَّذِى خَلَقَ ٱلْمَوْتَ وَٱلْحَيَوٰةَ لِيَبْلُوَكُمْ أَيُّكُمْ أَحْسَنُ عَمَلًاۚ وَهُوَ ٱلْعَزِيزُ ٱلْغَفُورُ  Dia lah yang telah mentakdirkan adanya mati dan hidup (kamu) - untuk menguji dan menzahirkan keadaan kamu: siapakah di antara kamu yang lebih baik amalnya; dan Ia Maha Kuasa (membalas amal kamu), lagi Maha Pengampun, (bagi orang-orang yang bertaubat); Allah berhak menentukan Dosa Dan Pahala, Bukan kita.  3. Maksud maksum yang disepakati para Ulama adalah : A.  Amanah dalam menyampaikan wahyu ...

Sejarah Syirik

✏️ Sejarah Syirik. بسم الله االرحمن الرحيم، Ibnu Jarir (2/334)menukilkan daripada Ibnu Abbas RA. Bahawa beliau menceritakan tentang kesyirikan manusia.  Kata Ibnu Abbas RA.  Manusia tidak pernah syirik kepada Allah sebelum zaman Nabi Nuh AS. Antara Nabi Adam AS hingga Nabi Nuh AS terdapat 10 generasi (1000 tahun).  Ketika zaman Nabi Nuh AS, manusia mula memyembah selain daripada Allah. Lalu Allah utus Nabi Nuh AS. Tetapi yang mendengar seruan Nabi Nuh AS tidak sampai 100 orang selepas 950tahun berdakwah. Maka Allah bersihkan dunia ini dari kesyirikan. Selepas Nabi Nuh AS wafat, anak dan pengikutnya yang taat telah membina peradaban dunia dan melahirkan zuriat yang baharu.  Sampai satu saat, para pengikut Nabi Nuh AS juga mati. Oleh kerana sifat soleh mereka, mereka diingati dan para manusia pada ketika itu membina tugu / patung sebagai tanda peringatan dan penghormatan. Tetapi mereka tidak menyembah tugu tersebut.  Selepas itu, muncul generasi baharu yang memuli...

SUKA DUKA HIDUP IBUNDA KITA: UMMU SALAMAH (BHG. 6/6)

Ummu Salamah menjawab, "Wahai Rasulullah, mereka ditimpa dengan apa yang engkau lihat sekarang (sedih, kecewa, penat dan rindu tidak terlunas). Apa kata, kamu keluar daripada khemah tetapi tidak bercakap dengan siapa pun lalu kamu bercukur dan melakukan sembelihan. Jika kamu berbuat demikian, pasti mereka akan menurutimu." Hakikatnya, para Sahabat bukanlah ingin membantah, apatah lagi mengingkari perintah Rasulullah SAW. Mereka cuma ingin berunding. Nabi SAW pun melakukan saranan Ummu Salamah.  Melihat kelakuan Nabi SAW, fahamlah para Sahabat akan kesalahan mereka lalu mula menuruti Baginda. Ini berpunca daripada idea Ummu Salamah RA.  Selepas kewafatan Nabi SAW,  Ummu Salamah banyak meriwayatkan hadith. Para Sahabat banyak merujuknya. Ummu Salamah pernah mewasiatkan agar sekiranya beliau meninggal dunia, Sa'd bin Zaid akan memimpin Solat Jenazah ke atasnya. Namun, umurnya dipanjangkan oleh Allah SWT, Sa'd bin Zaid sendiri lebih dahulu meninggal daripadanya.  Pada su...

SUKA DUKA HIDUP IBUNDA KITA: UMMU SALAMAH (BHG. 5/6)

Ummu Salamah RA terkenal dengan kebijaksanannya. Hal ini jelas sewaktu peristiwa Perjanjian al-Hudaibiyah. Pada tahun 6H, Nabi SAW telah mimpi bertawaf di Kaabah bersama para Sahabat. Lantaran itu, Baginda mengajak para Sahabat untuk melakukan ibadah umrah. Mereka menjangka bahawa umrah dapat dijalankan pada tahun itu namun Allah menangguhkan hasrat mereka pada tahun berikutnya. Kerinduan mereka kepada Kaabah tidak dapat dibendung lagi, maka berangkatlah Nabi SAW bersama 1400 orang sahabat. Mereka berangkat secara bersenjata kerana bersedia dengan sebarang kemungkinan. Setibanya di al-Hudaibiyah (kira-kira 20 km daripada kota Mekah), mereka dihalang oleh Musyrikin Mekah.  Nabi SAW lantas mengutus Uthman bin Affan sebagai wakil masuk ke dalam Mekah. Beberapa ketika selepas itu, Uthman masih tidak pulang dan Rasulullah menyangka bahawa dia telah dibunuh atau ditangkap oleh Musyrikin. Maka Nabi melaksanakan sebuah perjanjian yang dinamakan Bai'at al-Ridwan seperti yang dirakamkan Alla...

SUKA DUKA HIDUP IBUNDA KITA: UMMU SALAMAH (BHG. 4/6)

Pada suatu hari, ketika Ummu Salamah sedang membersihkan kulit binatang, datang seorang utusan Rasulullah SAW. Dia membersihkan tangan dan mengalu-alukan kedatangannya. Lalu disampaikan kepadanya lamaran daripada Baginda SAW. Ummu Salamah berkata, "Aku ini seorang perempuan yang kuat cemburu. Aku juga mempunyai anak yang ramai. Aku tiada wali (semuanya di Mekah). Aku juga sudah tua." Ketika itu, dia masih menyayangi Abu Salamah dan berasa tidak layak untuk bersama dengan Rasulullah SAW. Dia menyambung, "Orang seperti aku, tidak layak untuk dinikahi." Ketika itu, Rasulullah SAW sudah beristeri 4 iaitu Saudah, Aisyah, Hafsah dan Zainab. Nabi membalas, "Adapun kamu katakan kamu sudah tua, aku lebih tua daripadamu. Adapun anakmu ramai, tidak mengapa, aku akan uruskan. Adapun kamu kuat cemburu, aku akan berdoa kepada Allah SWT agar dihilangkan kecemburuanmu. Adapun kamu tiada wali, jika wali kamu mengetahui bahawa aku akan menikahimu, mereka pasti akan reda." U...

Hadis berkaitan Wabak Akhir Zaman

Soalan : Assalamu’alaikum ustaz.  Saya ingin bertanya tentang status hadis yang banyak dikongsikan semenjak isu Covid- 19 ini yang menyatakan :  ‘’Di akhir zaman nanti akan ada banyak wabak penyakit melanda manusia di dunia, hanya umatku yang terhindar kerana memelihara wuduknya’’ -  Riwayat Al-Thabrani.  Persoalan saya, adakah hadis ini sahih ? Jawapan : Wa’alaikumussalam w.b.t.  Alhamdulillah segala puji dan syukur kami panjatkan kepada Allah S.W.T.  Selawat dan salam kami ucapkan ke atas junjungan besar Nabi Muhammad S.A.W, para isteri dan keluarga baginda, para sahabat, seterusnya golongan yang mengikuti jejak langkah baginda sehingga hari kiamat. Pertama sekali, perlu dijelaskan bahawa memang terdapat nas-nas syarak yang mengkhabarkan akan berlakunya wabak penyakit berjangkit pada generasi yang terkemudian dari kalangan umat ini. Antaranya adalah seperti yang disebutkan dalam sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Ibn Umar R.Anhuma beliau berkata bahawa R...