Posts

Permasaalahan Solat Gerhana : Waktu Afdhal Solat.

Dengan Nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.  ✏️Permasaalahan Solat Gerhana : Waktu Afdhal Solat.  Solat sunat gerhana paling afdhal dilakukan ketika kemuncak gerhana.  Bagi gerhana bulan kali ini (Khusuf)  Jabatan KajiUkur dan Pemetaan Malaysia (JUPEM). Pada 26 mei 2021 Gerhana Penumbra penuh berlaku pada 713pm dan kemuncaknya pada 719pm.  Gerhana berakhir pada jam 949pm pada 26 mei 2021. Jadi solat sunat gerhana Khusuf paling afdhal dilakukan pada jam 719pm. Namun begitu,  Ia sangat hampir dengan waktu solat maghrib.  Oleh itu,  Disarankan untuk solat maghrib terlebih dahulu dan diikuti dengan solat Sunat Gerhana.  Kerana solat Gerhana boleh dilakukan sehingga waktu luput gerhana. Dalam hal ini pada 26 Mei, waktu luput adalah pada jam 949pm. Waktu Malaysia.  Dalam hal lain, selepas solat sunat Gerhana, disunatkan membaca 2 Khutbah seperti Khutbah Jumaat. Begitu juga Rukun dan Syaratnya. Kitab Fathul Qorib karangan Imam Ibnu...

Teori Konspirasi : Pentaksub dan Pengikut.

✏️Teori Konspirasi : Pentaksub dan Pengikut. Tidak dinafikan bahawa perancangan rahsia yang jahat atau konspirasi wujud di dunia ini. Ia bukan lagi teori, bahkan ia hakikat yang wujud.  Ia wujud kerana dunia ini ada yang "Superior" yang ingin dunia ini berjalan menurut kemahuan dirinya atau organisasi yang terlibat supaya mereka mendapat manfaat.  Dalam kata mudah "mengambil alih kerja tuhan" Banyak tulisan dan ucapan yang mendedahkan konspirasi. Dan hasil tulisan serta ucapan ini melahirkan pengikut dan pentaksub. Bukti ketaksuban dan ikutan ini jelas apabila pandemik covid-19 melanda dunia. Ia menyebabkan umat Islam tidak dapat beribadah seperti biasa. Terpaksa mengikut peraturan baru yang dilihat melanggar beberapa asas ibadah. Lalu,  Ada pihak yang menjadi penganalisis, penggemar dan penilai teori konspirasi menampilkan hujah serta kesimpulan bahawa wabak ini hanya konspirasi merosakkan umat Islam.  Manusia, penggemar kepada analisis dan kesimpulan kejutan yang ...

Tips menulis pendahuluan

Tips menulis pendahuluan.  Baca soalan untuk gambaran, dan ambil sedikit maklumat. Kemudian kembangkan.  Contoh soalan Tugasan ini untuk menilai kebolehan  pelajar membincangkan Tamadun China dan sumbangannya terhadap peradaban dunia. Kata kunci  1. Tamadun China 2. Sumbangan Fokus kepada 2 kata kunci ini.  Contoh pendahuluan. Tamadun China telah dikenalpasti bermula sejak 4000 SM. Tamadun ini terkenal dengan perubahan dinasti pemerintahan dari zaman ke zaman. Sepanjang perubahan dinasti itu, terhasil pelbagai teknologi yang menjadi penyumbang kepada peradaban dunia. Sebahagian sumbangan itu masih kekal hingga hari ini.  Ambil beberapa frasa dari soalan bagi membuktikan kita memahami kehendak soalan.  Semoga bermanfaat.

Peranan Ayah Kepada Anak.

✏️ Peranan Ayah Kepada Anak.  Bapa adalah tempat rujuk bagi anak. Berkongsi masalah dan meminta pandangan.  Contoh peranan bapa ini diperlihatkan oleh Allah SWT dalam Firman-Nya : Surah Yusuf 12:4 إِذْ قَالَ يُوسُفُ لِأَبِيهِ يَٰٓأَبَتِ إِنِّى رَأَيْتُ أَحَدَ عَشَرَ كَوْكَبًا وَٱلشَّمْسَ وَٱلْقَمَرَ رَأَيْتُهُمْ لِى سَٰجِدِينَ  [Of these stories mention] when Joseph said to his father, "O my father, indeed I have seen [in a dream] eleven stars and the sun and the moon; I saw them prostrating to me." (Ingatlah peristiwa) ketika Nabi Yusuf berkata kepada bapanya: "Wahai ayahku! Sesungguhnya aku mimpi melihat sebelas bintang dan matahari serta bulan; aku melihat mereka tunduk memberi hormat kepadaku". ... Namun begitu,  Keadaan ini hanya akan wujud jika hubungan bapa dan anak sangat baik.  Interaksi yang baik, akan mewujudkan suasana yang mesra antara bapa dan anak.  Anak melihat bapanya sangat berketrampilan dan berilmu. Dan anak sangat bangga dengan bapanya....

'UTBAH, DARIPADA PEMBENCI KEPADA PENCINTA NABI SAW BHG. II

'UTBAH, DARIPADA PEMBENCI KEPADA PENCINTA NABI SAW BHG. II Rasulullah SAW membaca ayat 1 hingga 54 daripada surah Fussilat, “Ha Mim, (Ini merupakan ucapan) yang diturunkan dari Yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani, sebuah kitab bacaan berbahasa Arab yang diperincikan makna ayatnya bagi mereka yang mengetahui. (Ia datang sebagai) pemberi berita gembira dan amaran, tetapi ramai mereka berpaling kerana enggan mendengar (isi) nya. Mereka berkata, 'Sesungguhnya hati kami telah tertutup rapat dari mendengar apa yang kamu serukan...'” Rasulullah SAW terus melantunkan ayat-ayat yang menempelak kuffar Quraysh yang degil itu. Ayat-ayat tersebut menegaskan bahawa mereka berada dalam kerugian kerana enggan menerima ajaran Baginda (ayat ke-19 hingga 36). Allah maha berkuasa dan pada hari akhirat akan ditentukan nasib mereka akibat dari perbuatan ingkar yang dilakukan di dunia (ayat ke-37 hingga 52). Apabila membacakan ayat yang mengandungi sajdah (sujud tilawah), Baginda bersujud dan...

'UTBAH, DARIPADA PEMBENCI KEPADA PENCINTA NABI SAW BHG. I

'UTBAH, DARIPADA PEMBENCI KEPADA PENCINTA NABI SAW BHG. I Pengislaman Hamzah ibn Abd al-Muttalib merupakan suatu peristiwa yang bersejarah bagi umat Islam. Sementara itu di pihak Kafir Quraisy, ia adalah malapetaka kerana telah menguatkan lagi pengaruh umat Islam di kota Mekah. Hamzah memeluk Islam pada tahun ke-2 kenabian (612 Masihi) dan kenyataan itu telah menarik ramai manusia untuk mengikuti agama baharu yang diperkenalkan Nabi SAW. Ini menjadikan pemimpin Quraish semakin bingung dan buntu. 'Utbah ibn Rabi’ah sebagai seorang pemuka Quraysh daripada kabilah ‘Abd Shams tidak berdiam diri. Setiap hari bilangan pengikut Muhammad semakin bertambah. Dia melihat Rasulullah SAW duduk sendirian dekat Kaabah lalu bangun seraya berkata kepada pemuka-pemuka Quraish yang lain, “Biarlah aku bercakap dengannya (yakni Rasulullah SAW). Mungkin dia akan berminat dan menerima sebahagian daripada apa yang aku katakan nanti.” Semakin beliau menghampiri Rasulullah SAW yang sedang duduk, dia ber...

Kaitan Dosa dan Bencana ‎: ‏Amaran Dari Rasulullah ‎صل الله عليه وسلم .

✏️ Kaitan Dosa dan Bencana : Amaran Dari Rasulullah  صل الله عليه وسلم . Bencana atau bala hadir kerana dosa yang kita lakukan.  Bencana dan bala ini hadir dalam pelbagai bentuk seperti Wabak Penyakit, Kemarau, Kelaparan, Krisis Politik, Orang Islam dikuasai orang kafir, Permusuhan sesama bangsa dan agama.  Perhatikan keadaan kita mutakhir ini.  Pejam mata, diam dan berfikir.  Kemudian kita amati sabda Rasulullah صل الله عليه وسلم  : يا مَعشَرَ المُهاجِرينَ، خَمسُ خِصالٍ إذا ابتُليتُم بهنَّ -وأعوذُ باللهِ أنْ تُدرِكوهنَّ-:  Wahai sekalian kaum Muhajirin, ada lima hal yang jika kalian terjatuh ke dalamnya, dan aku berlindung kepada Allah supaya kalian tidak menjumpainya :- ١.  لم تَظهَرِ الفاحِشةُ في قَومٍ قَطُّ حتى يُعلِنوا بها إلَّا فَشا فيهمُ الطَّاعونُ والأوجاعُ التي لم تَكُنْ مَضَتْ في أسلافِهمُ الذين مَضَوْا، 1. Tidaklah nampak zina di suatu kaum, sehingga dilakukan secara terang-terangan kecuali akan tersebar di tengah-tengah mereka taun (wa...