Posts

Showing posts from 2019

APAKAH YANG BERLAKU SAAT NABI ISA DIBURU?

Sempena tahun baharu 2020, elok juga kita mengulangkaji sejarah Nabi Isa yang dinisbahkan dengan tahun kelahirannya sebagai kiraan kalendar Masihi hari ini. Selaku umat Islam, kita beriman dengan Nabi Isa yang namanya diulang sebanyak 25 kali di dalam al-Quran. Bahkan Allah telah memperuntukkan sebuah surah khusus iaitu surah Maryam, yang meluruskan kembali sejarah sebenar berkenaan baginda & ibunya, Maryam. Sekaligus sebagai jawapan kepada kekeliruan yang dipegang oleh agama Kristian. ⚫ Mengapa Nabi Isa Diburu? Akhlak Nabi Isa sentiasa menyebarkan ajaran Islam ke mana sahaja baginda pergi. Itu jugalah yang dimaksudkan oleh ayat al-Quran, bahawa Isa merupakan insan serba berkat, di mana sahaja baginda pergi. Pengaruh Nabi Isa tersebar luas dalam waktu yang singkat. Selain dari hujah ilmu, baginda dikurniakan mu'jizat-mu'jizat yang boleh menyembuhkan orang sakit. Pada masa yang sama, Nabi Isa menumpukan da'wahnya agar Bani Israel: ▪️Bertaubat kembali ke pangkal jalan set...

من درر اهل العلم والفضل

من درر اهل العلم والفضل.... ---------------------------------- 🎯خمس يعرفن بخمس 🎯 🎾🎾🎾🎾🎾🎾🎾 ١- الشجرة تعرف من ثمارها  ٢- والمرأة عند إفتقار زوجها ٣- والصديق عند الشدة ٤- والمؤمن عند الإبتلاء  ٥- والكريم عند الحاجة 🎾🎾🎾🎾🎾🎾 🍡خمس يرفعن خمس🍡 ١- التواضع يرفع العلماء ٢- والمال يرفع اللئام ٣- والصمت يرفع الزلل ٤- والحياء يرفع الخلق ٥- والهزل يرفع الكلفة 🎾🎾🎾🎾🎾🎾🎾 🍡وخمس يأتين بخمس🍡  ١- الإستغفار يأتي بالرزق ٢- وغض البصر يأتي بالفراسة ٣- والحياء يأتي بالخير ٤- ولين الكلام يأتي بالمسألة ٥- والغضب يأتي بالندم 🎾🎾🎾🎾🎾🎾🎾 🍡وخمس يصرفن خمس🍡 ١- لين الكلام يصرف الغضب ٢- والإستعاذة بالله تصرف الشيطان ٣- والتأني يصرف الندامة ٤- وإمساك اللسان يصرف الخطأ ٥- والدعاء يصرف شر القدر 🎾🎾🎾🎾🎾🎾🎾 🍡خمس قربهن سعادة🍡 ١- الإبن البار ٢- والزوجة الصالحة ٣- والصديق الوفي ٤- والجار المؤمن ٥- والعالم الفقيه 🎾🎾🎾🎾🎾🎾🎾 🍡وخمس يطبن بخمس🍡  ١- الصحة برغد العيش ٢- والسفر بحسن الصحبة ٣- والجمال بحسن الخلق ٤- والنوم براحة البال ٥- والليل بذكر الله 🎾🎾🎾🎾🎾🎾🎾 على قدر اله...

Krismas: Sejarah, budaya dan hukum berkaitan

** December 24, 2019 SEJARAH sambutan Krismas Hari Krismas disambut pada 25 Disember setiap tahun oleh penganut Kristian. Penganut Kristian dari seluruh dunia menyambutnya sebagai satu perayaan tradisi sejak 2000 tahun yang lalu. Di tahun-tahun awal ‘Christianity’, sambutan utama hanyalah Hari Easter, dan tiada sambutan untuk kelahiran Jesus. Walaupun, beberapa hujah menunjukkan kelahiran Jesus adalah di waktu musim bunga, Pope Julius I telah memilih 25 Disember sebagai perayaan kelahiran Jesus. Ini dikatakan sebagai langkah untuk menerima budaya sambutan ‘Saturnalia’ orang Pagan yang terdahulu. Pertengahan musim sejuk juga merupakan tempoh perayaan yang biasa di kalangan orang Eropah, sebagai meraikan tamatnya hari-hari malam yang panjang dan Sang meraikan kehadiran hari siang yang lebih panjang. Sambutan Krismas di Malaysia Di Malaysia, 25 Disember telah dijadikan hari cuti umum sebagai menghormati perayaan ini. Menurut Jabatan Perangkaan, jumlah penganut Kristian di Malaysia adalah ...

Meraih Cinta Allah

Ada beberapa amalan, yang boleh dilakukan bagi meraih cinta Allah SWT. 1. Saling mengunjungi atau menziarahi kerana Allah SWT.  Rasulullah SAW bersabda,  Maksudnya :  Pernah ada seorang lelaki mengunjungi saudaranya di daerah yang lain, lalu Allah SWT mengutuskan Malaikat, ditengah perjalanan, Malaikat itu bertanya "Engkau hendak kemana?" Lalu lelaki itu menjawab "aku ingin berjumpa dengan saudaraku di daerah ini" Malaikat bertanya lagi "Adakah engkau mendapat sebarang keuntungan daripada saudaramu?" Lelaki itu menjawab "Tidak ada, kecuali aku mencintainya kerana Allah."  Maka Malaikat itu berkata "Sesungguhnya aku ini utusan Allah kepadamu, untuk mengkhabarkan kepadamu bahawa Allah SWT juga mencintaimu sebagaimana kamu mencintai saudaramu kerana-Nya" HR Muslim.  2. Bertawakkal dan hanya berserah diri kepada Allah SWT.  Firman Allah SWT  Bermaksud:  "Sesungguhnya Allah mencintai orang - orang yang bertawakkal"  Surah Ali Imran...

Fasal pada menyatakan waktu-waktu yang mungkin memaqbulkan doa...

[Waktu Mustajab Doa]  Dan hendaklah seseorang itu di dalam doanya disertakan bersama dengan menghadhirkan hatinya di dalam berdoa,memberikan tumpuan dengan sepenuhnya terhadap apa yang dimintanya,dan juga bertepatan pula waktunya yang memungkinkan dimaqbulkan Allah jika berdoa dikala itu,antaranya : (1) Di sepertiga malam  (2) Ketika dilaungkan azan (3) Di antara azan dan Iqamah (4) Sejurus selepas solat-solat wajib (5) Ketika khatib jumaat naik ke atas mimbar sehinggalah solat Jumaat dikerjakan (6) Di waktu akhir solat Asar di hari yang sama (hari Jumaat) Dan hendaklah apabila berdoa di waktu-waktu sedemikian dia  khusyuk memintanya dengan penuh tumpuan di dalam hatinya, penuh rasa hina di hadapan Tuhanya Yang Maha Pemberi, merintih dan mengharap agar dimaqbulkan apa  yang dipinta, menghadapkan dirinya ke arah qiblat, berwudhuk dengan sebaik-baik wudhuk, mengangkat tanganya ketika berdoa, mulakanlah doanya dengan puji-pujian terhadap Allah terlebih dahulu, memberika...

Gambaran ekonomi Islam

December 9, 2019 https://harakahdaily.net/index.php/2019/12/09/gambaran-ekonomi-islam/ Berita & Artikel HARAKAH: https://chat.whatsapp.com/Lxy4UFTAj1L7rrPpNT4ZKm GAMBARAN (1)     Perbahasan hukum dalam Islam terbahagi kepada 4 yang terutama, iaitu ibadat, pernikahan, ekonomi dan undang-undang (law). Cumanya susunan setiap ulamak di sepanjang zaman, tak semuanya sama. Adakalanya berbeza. Contohnya ada kitab Feqah yang dimulakan dengan Tauhid. Ada yang memulakan dengan perbahasan Taharah (bersuci). Ada yang selepas Bab Solat terus masuk ke Bab Zakat. Banyak lagi susunan yang berbeza-beza. (2)     Sebelum ini saya ada menulis beberapa artikel berkenaan dengan ‘Kapitalism’. Dalam artikel kali ini kita membincangkan secara kasar gambaran ekonomi Islam. Ini kerana permasalahan yang melanda Kapitalis, dan turut sama Sosialis, rata-rata membincangkan bab ekonomi. Justeru, sangat wajar untuk kita gambarkan bagaimana pula ekonomi Islam. (3)     Eko...

*Menolak bisikan maksiat*

December 17, 2019 https://harakahdaily.net/index.php/2019/12/17/menolak-bisikan-maksiat/ Berita & Artikel HARAKAH: https://chat.whatsapp.com/Lxy4UFTAj1L7rrPpNT4ZKm APABILA hati berbisik untuk melakukan maksiat, segeralah beristighfar, berwuduk dan berdoa agar Allah mengukuhkan hati kita dengan iman. Bacalah doa yang diajarkan oleh Baginda Rasulullah S.A.W. Menurut Saidina Anas bin Malik, doa ini antara yang kerap dibaca oleh Rasulullah S.A.W iaitu: يَا مُقَلِّبَ القُلُوبِ ثَبِّتْ قَلْبِي عَلَى دِينِكَ “Wahai Tuhan yang membolak-balikkan hati, kukuhkan hatiku dalam menuruti agamaMu.” (HR Tirmizi) Buat penuntut ilmu, maksiat boleh menghilangkan ilmu yang dipelajari. Kata Saidina Abdullah ibn Mas’ud: إني لأحسب أن الرجلَ ينسى العلم قد علِمه بالذنب يعمَله “Aku merasakan bahawa seorang lelaki itu akan lupa tentang ilmu yang pernah dipelajarinya disebabkan oleh dosa yang mereka lakukan.” (Ibn Abd al-Barr, Jami Bayan al-Ilm) Malah, al-Imam Abu Hanifah dikatakan akan segera melakukan muhasa...

*Diri yang ‘mencari’ akan menemui ‘tujuan’*

December 17, 2019 https://harakahdaily.net/index.php/2019/12/17/diri-yang-mencari-akan-menemui-tujuan/ Berita & Artikel HARAKAH: https://chat.whatsapp.com/Lxy4UFTAj1L7rrPpNT4ZKm SESEORANG mengadu kepada Buya Hamka bahawa “Pelacur di negara Arab itu memakai niqab dan hijab”. Tanpa disangka Buya Hamka memberi respons, “Oh ya? Saya baru saja balik dari Los Angeles dan New York. Masya Allah, di sana saya tak terjumpa pula dengan pelacur,” jawab Buya. “Ah tak kan lah begitu Buya, di Makkah pun ada. Apatah lagi di Amerika, dah tentunya lebih ramai,” kata orang tadi. Maka jawab Buya Hamka: “Sesungguhnya kita ini memang hanya akan ditemukan dengan apa-apa yang kita cari” “Meskipun kita ke Makkah, tetapi jika yang diburu oleh hati adalah hal-hal yang tak elok, maka syaitan yang tergolong dalam kumpulan jin dan manusia itu akan berusaha membantu kita untuk mendapatkannya.” “Tetapi sebaliknya, walau jauh perjalanan kita hingga sampai ke New York, Los Angeles sana, bila yang kita cari adalah k...

Umat Islam yang belum tersedar

Sebagai Umat Islam perlu memiliki kefahaman dan bertindak mengikut keutamaan. Realiti yang terjadi, Umat Islam mengalami krisis kesedaran الوعي السياسي menyebabkan mereka mengambil ringan terhadap bentuk - bentuk penjajahan pemikiran dan kurang berwaspada terhadap serangan halus musuh.  Menyebabkan Umat Islam membiarkan sesiapa sahaja untuk menjajah mereka, merampas tanah mereka, menafikan hak mereka dan sebagainya. Ada juga yang lebih seronok mengumpul kekayaan dan keuntungan dunia, berbanding melibatkan diri dengan usaha mendaulatkan Islam. Mungkin disebabkan penjajahan Sekularism yang lama.  Sekular hari ini tidak melarang orang untuk mendirikan sembahyang, tapi mereka mempromosi sesuatu yang membuatkan Umat Islam hanya tahu berbicara perkara yang membatalkan sembahyang, dan tidak berbicara perkara yang membatalkan aqidah. Mereka tidak menyekat kebangkitan Islam secara Imperialism, tetapi mereka memperkenalkan Islam baru yang mengikut bentuk ...

Pada Fasal Yang Menghimpunkan Dosa Yang Berkemungkinan Termasuk Dalam Dosa-Dosa Besar.

1. Dosa dengki. Sabda Rasulullah SAW, "Seseorang dalam kalangan kamu tidak beriman (dengan sempurna) sehingga kamu suka (gembira) apabila saudara kamu miliki apa yang dia sukai." Muttafaqun alaih, daripada Anas bin Malik. 2. Dosa tidak mencintai  Rasulullah SAW melebihi segalanya. Rasulullah SAW bersabda, "Seseorang dalam kalangan kamu tidak beriman (dengan sempurna) sehingga aku menjadi orang yang paling dikasihinya melebihi isteri, anak, diri sendiri dan seluruh manusia." Riwayat Al-Bukhari dan Muslim, daripada Anas bin Malik. Hadis ini Sahih. 3. Dosa menurut hawa nafsu jahat. Sabda Rasulullah SAW, "Seseorang dalam kalangan kamu tidak beriman (dengan sempurna sehingga hawa nafsunya mengikut ajaran yang aku bawa." Riwayat Abu Asim dalam As-Sunnah, daripada Abdullah bin 'Amru. Sanad hadis ini Sahih. 4. Dosa mengganggu Jiran. Sabda Rasulullah SAW, "Demi Allah, tidak sempurna iman seseoran...

Komunis Kembar Siam Penjajah

Minda Presiden PAS KOMUNIS KEMBAR SIAM PENJAJAH Walaupun Chin Peng sudah menjadi abu yang ditaburkan, pertelingkahan berkenaannya berlaku bukan hanya cerita abu dan habuk sahaja, tetapi selepas itu diadakan majlis sambutan yang diatur oleh pihak yang mendedahkan diri mereka sebagai menghargai perjuangan Chin Peng atau sekadar memperingati perjuangannya menentang penjajah British tanpa menilai ideologi perjuangan yang menegakkan ideologi komunis dan kembarnya sosialis. Semua itu kembar penjajah. Chin Peng dilahirkan pada 21 Oktober 1924 di Sitiawan, Perak sebagai Ong Boon Hwa dan meninggal dunia pada 16 September 2013 di Bangkok. Beliau merupakan Ketua Parti Komunis Malaya (PKM) yang telah dianugerahkan Order of the British Empire (OBE) dan dua pingat kerana membantu British melawan pendudukan Jepun di Malaya dalam Perang Dunia Kedua. Itu menunjukkan betapa hubungan ideologinya dengan penjajah British laksana kembar siam, seperti tangan kanan dan tangan kiri dalam satu jasad. Walaupun b...

Dosa besar ke 76 : Orang Yang Mengintip Kaum Muslimin Dan Membongkar Aib Mereka.

Orang - orang Islam adalah mulia di sisi Allah SWT.  Dijadikan sebagai sebaik - baik umat Dan sebagai contoh Kemuliaan ini Allah anugerahkan kepada semua umat Islam kerana telah beriman kepada Allah dan Rasul-Nya. Kita mulia kerana Allah dan Rasul, bukan kerana harta, pangkat, keturunan atau apa2. Tetapi kerana Islam... Oleh itu, adalah menjadi satu kesalahan yang besar bagi orang lain untuk mengintip orang Islam dan membongkar keaiban (rahsia) orang Islam. Pernah berlaku pada zaman Rasulullah SAW, Diceritakan di dalam sebuah hadis Hathib bin Abu Balta'ah yang menjadi sandaran kepada bab mengintip Orang Muslimin ini.  Hadis ini begitu masyhur dan diriwayatkan oleh Imam Al-Bukhari, daripada Ali RA, Ia menceritakan tentang perbuatan Hathib yang menulis sepucuk surat kepada kerabatnya di Makkah tentang kedatangan Rasulullah SAW dan Umat Islam ke sana pada peristiwa Fathul Makkah. Pada hakikatnya, Hathib melakukan hal ini bukan bertujuan mengkhi...

Dosa besar ke 75 : Orang Yang Meninggalkan Solat Jumaat.

Telah termaktub di dalam Al-Quran dan Hadis Rasulullah SAW, bahawa para lelaki yang telah baligh, diwajibkan ke atas mereka untuk menghadiri solat jumaat setiap minggu.  Tiada kelonggaran diberikan kepada mana - mana Mukmin unyuk tidak menghadiri solat jumaat kecuali kepada beberapa orang iaitu : 1. Wanita. 2. Kanak - kanak. 3. Orang yang uzur. (uzur terbahagi kepada beberapa jenis  seperti sakit, musafir, tawanan dan lain2) 4. Hamba. Hanya 4 golongan ini yang disebut oleh Rasulullah SAW, dilonggarkan untuk tidak menghadiri solat Jumaat. Selebihnya, wajib menghadiri solat Mingguan ini sebagai tanda taat kepada perintah Allah dan Rasul - Nya. Diriwayatkan daripada Ibnu Mas'ud RA, bahawa Rasulullah SAW bersabda kepada golongan yang meninggalkan solat Jumaat, "Demi Allah, sesungguhnya aku ingin memerintahkan seorang lelaki mengimami orang ramai, sedangkan aku pergi membakar rumah - rumah para lelaki yang tidak datang mendirikan solat Jumaat...