Pada Fasal Yang Menghimpunkan Dosa Yang Berkemungkinan Termasuk Dalam Dosa-Dosa Besar.


1. Dosa dengki.

Sabda Rasulullah SAW,

"Seseorang dalam kalangan kamu tidak beriman (dengan sempurna) sehingga kamu suka (gembira) apabila saudara kamu miliki apa yang dia sukai."

Muttafaqun alaih, daripada Anas bin Malik.
2. Dosa tidak mencintai  Rasulullah SAW melebihi segalanya.

Rasulullah SAW bersabda,

"Seseorang dalam kalangan kamu tidak beriman (dengan sempurna) sehingga aku menjadi orang yang paling dikasihinya melebihi isteri, anak, diri sendiri dan seluruh manusia."

Riwayat Al-Bukhari dan Muslim, daripada Anas bin Malik.

Hadis ini Sahih.
3. Dosa menurut hawa nafsu jahat.

Sabda Rasulullah SAW,

"Seseorang dalam kalangan kamu tidak beriman (dengan sempurna sehingga hawa nafsunya mengikut ajaran yang aku bawa."

Riwayat Abu Asim dalam As-Sunnah, daripada Abdullah bin 'Amru.

Sanad hadis ini Sahih.
4. Dosa mengganggu Jiran.

Sabda Rasulullah SAW,

"Demi Allah, tidak sempurna iman seseorang yang membuatkan jirannya berasa tidak aman dengan kejahatannya."

Riwayat Al-Bukhari, daripada Abu Syuraih.
5. Dosa tidak mencegah kemungkaran.

Sabda Rasulullah SAW,

"Sesiapa diantara kamu yang melihat suatu kemungkaran,

maka hendaklah dia mengubah dengan tangan.

Jika tidak mampu, maka hendaklah mengubah dengan lidah.

Jika dia tidak mampu juga, maka hendaklah mengubahnya dengan hati. 

Yang demikian itu adalah selemah - lemah iman."

Riwayat Muslim, daripada Abu Sa'id.
6.  Dosa jika tidak mengingkari maksiat.

Sabda Rasulullah SAW,

"Maka, sesiapa yang memerangi mereka dengan tangannya, dia ialah seorang Mukmin.

Sesiapa yang memerangi mereka dengan lidahnya, dia ialah seorang Mukmin.

Sesiapa yang memerangi mereka dengan hatinya, dia ialah seorang Mukmin.

Tiada lagi keimanan setelah itu walau sebesar sebiji sawi. "

Riwayat Muslim, daripada Abdullah Ibnu Mas'ud.
 Kata pengarang kitab,

Hadis di atas menjadi dalil bahawa sesiapa yang tidak mengingkari maksiat dengan hatinya dan tidak suka ia lenyap, maka dia ialah orang yang tidak memiliki iman.

Antara Jihad hati ialah berdoa kepada Allah SWT agar Dia menghapuskan kebatilan dan para pelakunya, atau memperelokkan keadaan mereka.
7. Dosa Taat kepada pemimpin yang Jahat.

Rasulullah SAW bersabda,

"Sesungguhnya ada pemimpin yang akan diangkat ke atas kamu (mentadbir urusan), lalu kamu memuji dan mengingkari mereka (ada perbuatan yang baik dan tidak baik).

Sesiapa yang membencinya, maka dia terlepas (daripada dosa).

Sesiapa yang ingkar, maka dia akan selamat.

Akan tetapi, (dosa dan balasna buruk dikenakan kepada) sesiapa yang redha dan patuh."

Baginda ditanya,

" Maka adakah kami perlu memerangi mereka? "

Baginda menjawab,

" Tidak, selagi mereka masih mengerjakan solat. "

Riwayat Muslim, daripada Ummu Salamah.
8. Dosa tidak memelihara diri dari dosa yang ringan.

Rasulullah SAW pernah melintasi dua kubur yang penghuninya sedang diazab, lalu baginda Rasulullah SAW bersabda,

"Sesungguhnya mereka berdua sedang diazab, namun, kedua-duanya tidak diazab kerana suatu perkara yang besar. Bahkan ia tetap besar, Salah seorangnya, dahulu dia tidak memelihara kebersihan setelah kencing, manakala seorang lagi, dia selalu mengadu domba." 

Riwayat Ibnu Majah, daripada Ibnu Abbas.
9. Dosa menjadi batu api.

Hadis Riwayat Ibnu Umar, daripada Rasulullah SAW, sabdanya,

"Sesiapa yang membantu suatu pertelingkahan tanpa hak, maka dia berada dlama kemurkaan Allah sehingga dia berhenti (melakukannya).

Riwayat Al-Hakim, daripada Ibnu Umar.

Hadis ini Sahih.
10. Dosa merancang kejahatan dan penipuan.

Rasulullah SAW bersabda,

"Perancangan jahat dan tipu daya berada dalam neraka."

Riwayat Al-Baihaqi dalam Syu'ab Al-Iman, daripada Abu Hurairah.

Sanad Hadis ini kuat.
11. Dosa menjadi Muhallil (Cina Buta).

Rasulullah SAW bersabda,

"Allah melaknat lelaki yang mengahwini perempuan yang dicerai talak tiga oleh suaminya untuk menjadi halal bagi suami itu dan suami tersebut."

Riwayat Al-Hakim, daripada 'Uqbah bin' Amir.

Hadis ini diriwayatkan mellaui 2 sanad yang baik.
12. Dosa merosakkan hubungan seorang suami dengan Isterinya atau hambanya.

Diriwayatkan daripada Rasulullah SAW,

"Sesiapa yang merosakkan hubungan seseorang dengan isterinya atau hambanya, maka dia bukanlah dikalangan kami."

Riwayat Abu Daud, daripada Abu Hurairah.
13. Dosa bercakap keji (mencarut) dan bersifat kasar.

Rasulullah SAW bersabda,

"Kurang bicara dan malu ialah dua cabang iman. Manakala bercakap keji dan bersifat kasar ialah dua cabang nifak."

Riwayat Al-Hakim, daripada Abu Umamah.

Hadis ini Sahih.
14. Dosa bercakap keji (mencarut). 

Rasulullah SAW bersabda,

"Kurang bicara dan malu ialah dua cabang iman. Manakala bercakap keji dan bersifat kasar ialah dua cabang nifak."

Riwayat Al-Hakim, daripada Abu Umamah.

Hadis ini Sahih.
15. Dosa berperangai kasar.

Sabda Rasulullah SAW,

"Malu adalah sebahagian daripada iman, dan iman itu berada di dalam syurga. Manakala bercakap keji adalah sebahagian daripada kekasaran, dan kekasaran berada di dalam neraka."

Riwayat Al-Hakim
Kata pengarang kitab,

Hadis ini diriwayatkan oleh Husyaim, daripada Mansur bin Zadzan, daripada Al-Hasan, daripada Abu Bakrah.

Ia juga diriwayatkan oleh Muhammad bin 'Amru bin Abu Salamah, daripada Abu Hurairah.

Kedua - dua sanad adalah Sahih.
16. Dosa tidak bersama Jemaah Islam.

Rasulullah SAW bersabda,

"Sesiapa yang mati tanpa (berbaiah dengan) pemimpin kumpulan manusia, maka matinya adalah mati Jahiliyyah."

Riwayat Al-Hakim, daripada Ibnu Umar.

Sanad hadis ini sahih
17.  Dosa melakukan kezaliman kepada orang Islam.

Sulaiman bin Musa berkata, "Waqqash bin Rabi'ah memberitahu kami, daripada Al-Mustaurid bin Syaddad, katanya"

Rasulullah SAW bersabda,

"Sesiapa yang memakan harta seorang Muslim sekali, maka Allah akan memberi makan kepadanya dengan makanan daripada neraka pada hari kiamat disebabkan hal itu.

Sesiapa yang menempatkan seorang Muslim (diri sendiri atau orang lain) pada kedudukan kemasyhuran, maka Allah akan menempatkannya pada hari kiamat nanti pada kedudukan yang membuatkannya dipandang dan dikenali (oleh semua makhluk melalui perbuatan buruknya dahulu).

Sesiapa yang memakai pakaian disebabkan (menghina) seorang Muslim, maka Allah akan memakaikannya dengan pakaian daripada api neraka pada hari kiamat. "

Riwayat Al-Hakim.

Hadis ini disahihkan oleh Al-Hakim.
18.  Dosa mengabaikan saudara.

Diriwayatkan Abu Khirasy Al-Sulami, bahawa beliau mendengar Rasulullah SAW bersabda,

"Sesiapa yang meminggirkan saudaranya (tanpa sebarang keuzuran) selama setahun, maka dia seolah - olah telah membunuhnya."

Riwayat Al-Hakim

Disahihkan oleh Al-Hakim.
19. Dosa menghalang hukum hudud.

Diriwayatkan daripada Ibn Umar RA, daripada Rasulullah SAW, sabdanya,

"Sesiapa yang rayuannya menghalang suatu hukuman had daripada hudud Allah (dikenakan ke atas dirinya), maka dia ialah orang yang menentang urusan Allah."

Riwayat Al-Hakim, daripada Abdullah bin 'Amru.

Sanad Hadis ini baik.
20. Dosa tidak menjaga percakapan.

Rasulullah SAW bersabda,

Sesungguhnya seorang lelaki yang mengucapkan sesuatu yang mengundang murka Allah, tanpa mempedulikan ucapannya itu, nescaya kata - kata tersebut akan menjerumuskannya ke dalam neraka Jahannam. "

Riwayat Al-Bukhari, daripada Abu Hurairah.
21. Dosa Berkata sesuatu yang dimurkai Allah walaupun tidak sedar.

Sabda Rasulullah SAW,

"Sesungguhnya ada seorang lelaki yang mengucapkan kata - kata yang termasuk daripada Redha Allah, yang dia tidak merasakan bahawa kata - katanya akan mendapat apa yang sepatutnya (Redha Allah),

Maka, Allah mencatatkan Redha-Nya bagi lelaki tersebut sehingga hari kiamat dengan sebab kata - kata itu.

Sesungguhnya ada seorang lelaki yang mengucapkan sesuatu kata - kata yang termasuk daripada kemurkaan Allah, yang dia tidak merasakan bahawa kata-katanya akan mendapat apa yang sepatutnya (kemurkaan Allah),

Maka Allah akan mencatatkan murka-Nya bagi lelaki tersebut sehingga hari bertemu - Nya dengan sebab kata - kata itu. "

Riwayat Al-Tirmizi, daripada Bilal bin Harits Al-Muzani.

Hadis ini disahihkan oleh Al-Tirmizi.
22. Dosa memanggil munafik itu tuan.

Diriwayatkan daripada Buraidah, katanya, Rasulullah SAW bersabda,

"Janganlah memanggil orang munafik sebagai tuan, kerana jika dia memang seorang tuan, maka, kamu telah menyebabkan Tuhan kamu Murka."

Hadis ini Sahih dan diriwayatkan oleh Abu Daud.
23. Dosa bersifat dengan sifat munafik.

Baginda bersabda,

"Tanda orang munafik ada tiga :

1. Apabila bercakap, dia berdusta;

2. Apabila berjanji, dia mungkiri;

3. Apabila diberi amanah, dia khianati."

Muttafaqun alaih, daripada Abu Hurairah.

24. Dosa mungkir janji.

Baginda bersabda,

"Tanda orang munafik ada tiga :

1. Apabila bercakap, dia berdusta;

2. Apabila berjanji, dia mungkiri;

3. Apabila diberi amanah, dia khianati."

Muttafaqun alaih, daripada Abu Hurairah.
 Kata pengarang kitab,

Tentang dusta dan khianat, perbahasan kedua - duanya telah berlalu, mana kala mungkir janji, itulah yang dimaksudkan disini, ketika Allah berfirman :
At-Taubah ayat 75

وَمِنْهُمْ مَّنْ عٰهَدَ اللَّهَ لَئِنْ ءَاتٰىنَا مِنْ فَضْلِهِۦ لَنَصَّدَّقَنَّ وَلَنَكُونَنَّ مِنَ الصّٰلِحِينَ

Dan diantara mereka ada orang yang telah berikrar kepada Allah: "Sesungguhnya jika Allah memberikan sebahagian karunia-Nya kepada kami, pastilah kami akan bersedekah dan pastilah kami termasuk orang-orang yang saleh.
 At-Taubah ayat 76

فَلَمَّآ ءَاتٰىهُمْ مِّنْ فَضْلِهِۦ بَخِلُوا بِهِۦ وَتَوَلَّوا وَّهُمْ مُّعْرِضُونَ

Maka setelah Allah memberikan kepada mereka sebahagian dari karunia-Nya, mereka kikir dengan karunia itu, dan berpaling, dan mereka memanglah orang-orang yang selalu membelakangi (kebenaran).
At-Taubah ayat 77

فَأَعْقَبَهُمْ نِفَاقًا فِى قُلُوبِهِمْ إِلٰى يَوْمِ يَلْقَوْنَهُۥ بِمَآ أَخْلَفُوا اللَّهَ مَا وَعَدُوهُ وَبِمَا كَانُوا يَكْذِبُونَ

Maka Allah menimbulkan kemunafikan pada hati mereka sampai kepada waktu mereka menemui Allah, karena mereka telah memungkiri terhadap Allah apa yang telah mereka ikrarkan kepada-Nya dan juga karena mereka selalu berdusta.
Jelas Allah sendiri menghukum munafik kepada perangai mungkiri janji.
25. Dosa tidak membuang misai.

Diriwayatkan daripada Zaid bin Arqam secara marfu, sabdanya Rasulullah SAW,

"Sesiapa yang tidak membuang misai, maka dia bukanlah termasuk daripada kalangan kami."

Riwayat Al-Tirmizi.

Hadis ini disahihkan oleh Al-Tirmizi dan selainnya.
Diriwayatkan daripada Ibn Umar RA, daripada Rasulullah SAW, sabdanya,

" Berbezalah dengan orang Majusi : biarkanlah janggut dan buanglah misai (sehingga tidak mencecah bibir)."

Muttafaqun alaih.
26. Dosa tidak mengerjakan Haji ketika mampu.

Hasan Al-Basri berkata, Umar RA berkata,

"Sesungguhnya aku benar - benar ingin mengutuskan beberapa orang lelaki untuk pergi ke beberapa kawasan, lalu memerhatikan setiap orang yang tidak menunaikan haji,

Sesiapa yang mempunyai kesungguhan, namun tidka berhaji, mereka akan mengenakan cukai kepada nya. Mereka bukanlah dariapada kalangan orang Muslim.

Mereka bukanlah daripada kalangan kaum Muslim.

Hadis ini diriwayatkan oleh Sa'id bin Mansur di dalam sunan.
27. Dosa memisahkan ibu dan anak secara paksa.

Diriwayatkan daripada Abu Ayyub Al-Ansari RA, beliau mendengar Rasulullah SAW bersabda,

"Sesiapa yang memisahkan seorang ibu daripada  anaknya. Maka Allah akan memisahkannya dengan orang yang paling dicintai pada hari kiamat."

Riwayat Ahmad dan Al- Tirmizi.
28. Dosa meremehkan urusan perwarisan harta.

Diriwayatkan daripada Rasulullah SAW, Baginda bersabda,

"Sesungguhnya seorang lelaki yang mengamalkan ketaatan kepada Allah selama 60 tahun,

Kemudian dia meninggal dunia,

Namun dia memudaratkan pada urusan wasiat (melakukan yabg tidak sepatutnya),

Maka wajiblah baginya api neraka."

Kemudian Abu Hurairah RA membaca,

".... (wasiat - wasiat tersebut hendaklah) tidak mendatangkan mudarat (kepada para waris) sebagai suatu ketetapan daripada Allah.

Ingatlah, Allah Maha Mengetahui lagi Maha Lemah Lembut. (An-Nisa' :12).

Riwayat Abu Daud dan Al-Tirmizi.
Diriwayatkan daripada 'Amru bin Kharijah, katanya, Rasulullah SAW berkhutbah di atas untanya, lalu aku mendengar Rasulullah SAW bersabda,

"Sesungguhnya Allah telah mengurniakan hak bagi setiap orang yang berhak, Maka, tiada wasiat bagi pewaris."

Riwayat Al-Tirmizi.

Hadis ini disahihkan oleh Al-Tirmizi.
29. Dosa berperangai keji dan suka mencarut.

Diriwayatkan daripada Rasulullah SAW, Baginda bersabda,

"Sesungguhnya Allah membenci orang yang berperilaku keji lagi berkata kotor."

Riwayat Al-Tirmizi, daripada Abu Darda'.
30. Dosa menceritakan rahsia pasangan.

Rasulullah SAW bersabda,

"Sesungguhnya orang yang paling buruk kedudukannya disisi Allah pada hari kiamat ialah lelaki yang mengauli Isterinya,

Dan begitu juga isterinya menggaulinya, kemudiannya lelaki itu menceritakan rahsia (perhubungan) isterinya (kepada orang lain)."

Riwayat Muslim, daripada Abu Sai'd Al-Khudri.
31. Dosa meliwat isteri.

Diriwayatkan daripada Abu Hurairah RA, katanya, Rasulullah SAW bersabda,

"Dilaknat orang yang mendatangi isterinya dari dubur."

Hadis ini diriwayatkan oleh Ahmad dan Abu Daud (daripada Abu Hurairah).
Dalam lafaz yang lain,

Allah tidak akan memandang (dengan pandangan rahmat) kepada lelaki yang memggauli isterinya pada dubur. "

Riwayat Ibnu Majah, daripada Abu Hurairah.
32.  Dosa mendatangi isteri ketika haid.

Diriwayatkan daripada Rasulullah SAW, sabdanya,

"Sesiapa yang mendatangi perempuan haid pada faraj, atau mendatangi perempuan(isterinya) pada dubur, atau bertemu dengan seorang tukang tilik, lalu membenarkannya, maka sesungguhnya dia telah kafir.

Atau baginda bersabda,

"..... Maka dia  berlepas diri daripada ajaran yang telah diturunkan kepada Nabi Muhammad SAW.
Hadis ini diriwayatkan oleh Abu Daud dan Al-Tirmizi (dariapada Abu Hurairah,

Sanadnya tidak kukuh.

33. Dosa Lelaki mengintip perempuan.

Rasulullah SAW bersabda,

"Jika seorang lelaki mengintip kamu tanpa izin, lalu kamu lemparkan batu kecil ke arahnya dan mencabut matanya (membuatkannya tertonjol), maka tiada dosa atasmu (disebabkan perbuatan itu)."

Muttafaqun alaih, daripada Abu Hurairah.
34. Sabda Rasulullah SAW lagi,

"Sesiapa yang mengintip rumah suatu kaum tanpa izin mereka, maka halal bagi mereka untuk mencabut matanya (membuatkannya tertonjol)."

Riwayat Muslim, daripada Abu Hurairah.
35. Dosa melampau dalam agama.

Ziyad bin Al-Hushain meriwayatkan daripada Abu Al-'Aliyah, daripada Ibnu Abbas RA, beliau berkata, Rasulullah SAW bersabda,

"Jauhilah sikap melampau (ekstrim) dalam agama, kerana sesungguhnya golongan sebelum kamu telah binasa disebabkan sikap melampau dalam agama."

Riwayat Ahmad.
 Firman Allah SWT
Al-Ma'idah ayat 77

قُلْ يٰٓأَهْلَ الْكِتٰبِ لَا تَغْلُوا فِى دِينِكُمْ غَيْرَ الْحَقِّ وَلَا تَتَّبِعُوٓا أَهْوَآءَ قَوْمٍ قَدْ ضَلُّوا مِنْ قَبْلُ وَأَضَلُّوا كَثِيرًا وَضَلُّوا عَنْ سَوَآءِ السَّبِيلِ

Katakanlah: "Hai Ahli Kitab, janganlah kamu berlebih-lebihan (melampaui batas) dengan cara tidak benar dalam agamamu. Dan janganlah kamu mengikuti hawa nafsu orang-orang yang telah sesat dahulunya (sebelum kedatangan Muhammad) dan mereka telah menyesatkan kebanyakan (manusia), dan mereka tersesat dari jalan yang lurus".
 Kata pengarang kitab,

"Ibnu Hazm memasukkan sikap melampau dalam agama dalam kategori dosa - dosa besar.
36. Dosa tidak reda sumpah atas nama Allah.

Diriwayatkan daripada Ibn Umar, daripada Rasulullah SAW, Baginda bersabda,

"Sesiapa yang diucapkan sumpah sumpah atas nama Allah kepadanya, maka dia hendaklah redha. Sesiapa yang tidak redha, maka dia sama sekali tidak termasuk daripada (orang yang mendekatkan diri kepada) Allah.

Riwayat Ibnu Majah.
37. Dosa menipu, memgungkit dan bakhil.

Diriwayatkan daripada Abu Bakar As-Siddiq RA, beliau berkata,

Rasulullah SAW bersabda,

"Tidak akan masuk syurga orang yang suka menipu, orang yang suka mengungkit pemberian, dan orang yang bakhil."

Hadis ini diriwayatkan oleh Al-Tirmizi dengan sanad yang lemah.
Firman Allah SWT

Al-Hadid ayat 24

الَّذِينَ يَبْخَلُونَ وَيَأْمُرُونَ النَّاسَ بِالْبُخْلِ ۗ وَمَنْ يَتَوَلَّ فَإِنَّ اللَّهَ هُوَ الْغَنِىُّ الْحَمِيدُ

(yaitu) orang-orang yang bakhil dan menyuruh manusia berbuat bakhil. Dan barangsiapa yang berpaling (dari perintah-perintah Allah) maka sesungguhnya Allah Dialah Yang Maha Kaya lagi Maha Terpuji.
Firman Allah SWT
Muhammad ayat 38

هٰٓأَنْتُمْ هٰٓؤُلَآءِ تُدْعَوْنَ لِتُنْفِقُوا فِى سَبِيلِ اللَّهِ فَمِنْكُمْ مَّنْ يَبْخَلُ ۖ وَمَنْ يَبْخَلْ فَإِنَّمَا يَبْخَلُ عَنْ نَّفْسِهِۦ ۚ وَاللَّهُ الْغَنِىُّ وَأَنْتُمُ الْفُقَرَآءُ ۚ وَإِنْ تَتَوَلَّوْا يَسْتَبْدِلْ قَوْمًا غَيْرَكُمْ ثُمَّ لَا يَكُونُوٓا أَمْثٰلَكُم

Ingatlah, kamu ini orang-orang yang diajak untuk menafkahkan (hartamu) pada jalan Allah. Maka di antara kamu ada yang bakhil, dan siapa yang bakhil sesungguhnya dia hanyalah bakhil terhadap dirinya sendiri. Dan Allah-lah yang Maha Kaya sedangkan kamulah orang-orang yang berkehendak (kepada-Nya); dan jika kamu berpaling niscaya Dia akan mengganti (kamu) dengan kaum yang lain; dan mereka tidak akan seperti kamu ini.
Firman Allah SWT
Al-Lail ayat 8

وَأَمَّا مَنۢ بَخِلَ وَاسْتَغْنٰى

Dan adapun orang-orang yang bakhil dan merasa dirinya cukup,
Al-Lail ayat 9

وَكَذَّبَ بِالْحُسْنٰى

serta mendustakan pahala terbaik,
Al-Lail ayat 10

فَسَنُيَسِّرُهُۥ لِلْعُسْرٰى

maka kelak Kami akan menyiapkan baginya (jalan) yang sukar.
Al-Lail ayat 11

وَمَا يُغْنِى عَنْهُ مَالُهُۥٓ إِذَا تَرَدّٰىٓ

Dan hartanya tidak bermanfaat baginya apabila ia telah binasa.
38. Dosa Bakhil.

Rasulullah SAW bersabda,

"Jauhilah kezaliman, kerana sesungguhnya kezaliman ialah kegelapan - kegelapan pada hari kiamat, Jauhilah sifat bakhil, kerana sesungguhnya sifat bakhil itu telah membinasakan orang yang terdahulu sebelum kamu. Ia menyebabkan mereka saling menumpahkan darah (bunuh - membunuh), dan menghalalkan perkara yang haram buat mereka. "

Riwayat Muslim, daripada Jabir bin Abdullah.
Baginda bersabda lagi,

"Apa lagi penyakit yang lebih parah daripada sifat bakhil?"

Riwayat Al-Bukhari dalam kitab Al-Adab Al-Mufrad, daripada Jabir.
39. Dosa mengganggu Majlis Ilmu.

Imam Al-Tirmizi mensahihkan sebuah hadis,

"Bahawa Rasulullah SAW, melaknat orang yang duduk di tengah - tengah halaqah (Majlis Pengajian dan sebagainya)."

Dilaknat kerana pelakunya bertujuan mengganggu majlis ilmu.

Riwayat Al-Tirmizi, daripada Huzaifah.
40. Dosa perasaan Hasad Dengki.

Diriwayatkan daripada Abu Hurairah RA, katanya, Rasulullah SAW bersabda,

"Jauhilah perasaan hasad, kerana sesungguhnya perasaan hasad memakan (menghapuskan) segala kebaikan (yang dilakukan ) sepertimana api memakan (membakar) kayu api."

Riwayat Abu Daud, daripada Abu Hurairah.
41. Dosa melintasi orang yang sedang Sembahyang.

Rasulullah SAW bersabda,

"Jika seorang yang melintas di hadapan orang yang sedang solat, dan tahu dosa yang akan diperolehi, nescaya tindakan dia berhenti (dan menunggu untuk melintasinya), selama 40 (tahun, bulan atau hari) adalah lebih baik baginya."

Riwayat Al-Bukhari dan muslim, daripada Abu Juhaim.
Sabda Rasulullah SAW lagi,

"Jika seseorang dari kalangan kamu solat menghadap sesuatu (sutrah) , yang menghalangnya daripada orang lain, lalu ada seorang melintas dihadapannya, orang yang solat itu hendaklah menghalangnya di leher.

Jika dia tetap enggan, maka perangilah dia kerana dia ialah syaitan,

Dalam lafaz Muslim, Jika dia tetap enggan, maka perangilah dia kerana bersamanya ada qarin. "

Riwayat Al-Bukhari dan Muslim, daripada Abu Sa'id Al-Khudri.
42. Dosa tidak mengasihi Muslim yang lain.

Diriwayatkan daripada Abu Hurairah RA, katanya, Rasulullah SAW bersabda,

"Demi Tuhan yang diriku berada di tangan, kamu benar2 tidak akan masuk syurga sehinggalah kamu (benar - benar) beriman,

Dan kamu tidak beriman dengan sempurna sehingga kamu saling berkasih sayang.

Mahukah aku tunjukkan kepada kamu perkarayang apabila kamu lakukannya, nescaya kamu akan saling berkasih sayang,

Sebarkanlah salam sesama kamu. "

Riwayat Ahmad, daripada Abu Hurairah.
Sebagai penutup,

Pengarang kitab menyatakan bahawa,

الحمدلله رب العالمين،

Segala puji bagi Allah SWT, Tuhan sekalian alam,

Selawat ke atas Rasulullah SAW 

Semoga Allah memberi limpah rahmatNya.

Dinukilkan kitab ini ada 1 atau 2 daripada nashkah yang kedua yang dibaca dihadapan pengarang
Semoga Allah memberikan hidayah kepada kita semua, untuk manusia.

Semoga Allah ampuni dosa2 kita.

Sebelum kita menilai orang kita nilai dan muhasabah diri kita terlebih dahulu.

Sentiasa perbaiki diri kita.

Agar kita bersih dari dosa2 besar.

Comments

Popular posts from this blog

Tadabbur Surah Ad -Dhuha

Dosa Besar ke 11 : Lari dari medan perang.

Vitagen, Solivite Atau Susu Kultur Mengaktifkan Sel Kanser?