Dosa besar ke 76 : Orang Yang Mengintip Kaum Muslimin Dan Membongkar Aib Mereka.
Orang - orang Islam adalah mulia di sisi Allah SWT.
Dijadikan sebagai sebaik - baik umat
Dan sebagai contoh
Kemuliaan ini Allah anugerahkan kepada semua umat Islam kerana telah beriman kepada Allah dan Rasul-Nya.
Kita mulia kerana Allah dan Rasul, bukan kerana harta, pangkat, keturunan atau apa2.
Tetapi kerana Islam...
Oleh itu, adalah menjadi satu kesalahan yang besar bagi orang lain untuk mengintip orang Islam dan membongkar keaiban (rahsia) orang Islam.
Pernah berlaku pada zaman Rasulullah SAW,
Diceritakan di dalam sebuah hadis Hathib bin Abu Balta'ah yang menjadi sandaran kepada bab mengintip Orang Muslimin ini.
Hadis ini begitu masyhur dan diriwayatkan oleh Imam Al-Bukhari, daripada Ali RA,
Ia menceritakan tentang perbuatan Hathib yang menulis sepucuk surat kepada kerabatnya di Makkah tentang kedatangan Rasulullah SAW dan Umat Islam ke sana pada peristiwa Fathul Makkah.
Pada hakikatnya, Hathib melakukan hal ini bukan bertujuan mengkhianati Rasulullah SAW dan Islam, tetapi untuk memyediakan perlindungan buat keluarganya di sana.
Surat ini dibawa oleh seorang perempuan, namun dapat dihalang dan dirampas dipertengahan jalan oleh Panglima Rasulullah SAW, iaitu Ali RA, Al-Zubair RA, dan Al-Miqdad bin Al-Aswad setelah diarahkan oleh Rasulullah SAW yang mengetahui hal itu melalui Wahyu.
Umar RA ingin membunuhnya disebabkan perbuatan yang Hathib lakukan, Namun, Rasulullah SAW melarang pembunuhan itu kerana Hathib adalah salah seorang ahli Badar.
Ahli Badar ialah orang yang menyertai Peperangan Badar dan Allah anugerahkan keistimewaan iaitu kesalahan mereka atau dosa mereka diampunkan sebelum dan selepasnya.
Kata pengarang kitab.
Jika perbuatan Hathib ini menyebabkan Islam dan Umat Islam menjadi lemah, terbunuh, dihalau, ditawan, harta benda dirampas atau lain - lain musibah.
Maka, perbuatan Hathib ini termasuk di dalam perkara yang membinasakan dan ia adalah perbuatan yang perlu dibalas bunuh serta berhak mendapat azab.
Semoga Allah melindungi kita dari perbuatan ini.
Pengarang kitab menyambung,
"Setiap orang yang melakukan intipan dapat menyedari secara pasti, bahawa apabila adu domba sudah termasuk daripada dosa - dosa besar, maka dosa adu domba seorang pengintip adalah lebih besar berbandingnya.
Secara dasarnya, perbuatan ini adalah pengkhianatan kepada Islam.
Dengan perbuatan ini, Islam boleh musnah.
Sebagaimana kita lihat pada hari ini.
Orang kafir berjaya memperolehi maklumat demi maklumat untuk menjatuhkan Islam.
Mereka hampir berjaya pada akhir zaman ini.
Jika bukan kerana janji Allah untuk menjamin kebangkitan Islam, sudah pasti Islam telah terkubur.
Oleh itu, sebagai umat Islam, kita perlu mengekalkan kesatuan dari pelbagai sudut, ekonomi, aqidah, pemerintahan, pentadbiran.
Ini bertujuan agar Islam kembali Izzah (Agung).
Kitab Dosa - dosa besar, Karangan Imam Az-Zahabi, Terjemahan Kitab Al- Kabair, Terbitan Telaga BIru.
Kitab Dosa - dosa besar, Karangan Imam Az-Zahabi, Terjemahan Kitab Al- Kabair, Terbitan Telaga BIru.
Comments
Post a Comment