Umat Islam yang belum tersedar

Sebagai Umat Islam perlu memiliki kefahaman dan bertindak mengikut keutamaan. Realiti yang terjadi, Umat Islam mengalami krisis kesedaran الوعي السياسي menyebabkan mereka mengambil ringan terhadap bentuk - bentuk penjajahan pemikiran dan kurang berwaspada terhadap serangan halus musuh. 

Menyebabkan Umat Islam membiarkan sesiapa sahaja untuk menjajah mereka, merampas tanah mereka, menafikan hak mereka dan sebagainya.

Ada juga yang lebih seronok mengumpul kekayaan dan keuntungan dunia, berbanding melibatkan diri dengan usaha mendaulatkan Islam. Mungkin disebabkan penjajahan Sekularism yang lama. 

Sekular hari ini tidak melarang orang untuk mendirikan sembahyang, tapi mereka mempromosi sesuatu yang membuatkan Umat Islam hanya tahu berbicara perkara yang membatalkan sembahyang, dan tidak berbicara perkara yang membatalkan aqidah.

Mereka tidak menyekat kebangkitan Islam secara Imperialism, tetapi mereka memperkenalkan Islam baru yang mengikut bentuk acuan mereka. 

Mereka membina masyarakat yang bernama sebagai seorang islam, mengamalkan Islam, tetapi tidak menegakkan Islam. Mereka juga mengkaderkan generasi yang namanya Islam, inginkan Islam, tapi bukan dengan syariat Islam.

Justeru Umat Islam perlu ada kesedaran, dan membina ideologi (fikrah) Islam mengikut acuan Islam supaya tidak terjerat dengan menipulasi musuh Islam yang menjerat. Apabila seorang muslim itu ada kesedaran Islam dan membentuk fikrahnya dengan acuan Islam, pasti akan mengikat dirinya dalam jemaah Islam seterusnya mengerahkan staminanya untuk meninggikan Islam.

MUHAMMAD MUJAHID IR HJ MOHAMMAD FADZIL
Harakah Daily

Comments

Popular posts from this blog

Tadabbur Surah Ad -Dhuha

Dosa Besar ke 11 : Lari dari medan perang.

Vitagen, Solivite Atau Susu Kultur Mengaktifkan Sel Kanser?