Meraih Cinta Allah

Ada beberapa amalan, yang boleh dilakukan bagi meraih cinta Allah SWT.

1. Saling mengunjungi atau menziarahi kerana Allah SWT. 

Rasulullah SAW bersabda, 

Maksudnya : 

Pernah ada seorang lelaki mengunjungi saudaranya di daerah yang lain, lalu Allah SWT mengutuskan Malaikat, ditengah perjalanan, Malaikat itu bertanya "Engkau hendak kemana?"

Lalu lelaki itu menjawab "aku ingin berjumpa dengan saudaraku di daerah ini"

Malaikat bertanya lagi "Adakah engkau mendapat sebarang keuntungan daripada saudaramu?"

Lelaki itu menjawab "Tidak ada, kecuali aku mencintainya kerana Allah." 

Maka Malaikat itu berkata "Sesungguhnya aku ini utusan Allah kepadamu, untuk mengkhabarkan kepadamu bahawa Allah SWT juga mencintaimu sebagaimana kamu mencintai saudaramu kerana-Nya"

HR Muslim. 

2. Bertawakkal dan hanya berserah diri kepada Allah SWT. 

Firman Allah SWT 

Bermaksud: 

"Sesungguhnya Allah mencintai orang - orang yang bertawakkal" 

Surah Ali Imran (3) ayat 159.

Bertawakkal dan hanya berserah diri kepada Allah SWT adalah sifat orang - orang yang masuk syurga tanpa hisab diakhirat kelak.

Rasulullah SAW bersabda, 

Maksudnya, 

"Orang-orang yang masuk syurga tanpa hisab adalah orang-orang yang tidak berubat menggunakan kaiy (besi panas), tidak minta untuk diruqyah, tidak beranggapan sial dengan sesuatu, dan dia hanya bertawakkal kepada Rabb mereka."

HR Al-Bukhari

3. Berzikir kepada Allah SWT.

Rasulullah SAW bersabda, 

Maksudnya :

" Dua kalimah yang ringan pada lidah, Berat pada timbangan (Al - Mizan), dan dicintai oleh Ar-Rahmaan iaitu

سبحان الله وبحمده
، سبحان الله العظيم

Maha suci Allah dan dengannya kami memuji-Nya, 
Maha suci Allah Zat-Nya yang Agung.

HR Al-Bukhari dan Muslim.

4. Membaca Surah Al-Ikhlas dan memahami maknanya.

"Dari Aisyah Ra. Ha dia berkata, Rasulullah SAW pernah menghantar  seorang lelaki untuk memimpin sebuah pasukan, ketika mengimami solat, dia sentiasa membaca
قل هو الله احد

Pada setiap solat.

Setelah kembali, mereka menceritakan kepada Rasulullah SAW akan hal itu. 

Lalu Rasulullah SAW bersabda :
"Tanyakanlah kepadanya, mengapa dia melakukannya" 

Lalu ditanya kepada lelaki itu, dan dia menjawab " Kerana surah ini merupakan sifat Ar-Rahmaan (Sifat Allah yang Maha Pemurah) dan aku mencintai untuk membacanya."

Rasulullah SAW bersabda 

"Beritahu kepadanya, bahawa Allah memcintainya"

HR Al - Bukhari dan Muslim. 

5. Mengerjakan kemudahan - kemudahan yang disyariatkan. 

Agama Islam penuh dengan kemudahan dan keringanan. Diantara, dibolehkan bagi seorang musafir untuk mengqasarkan solat 4 rakaat menjadi 2 rakaat.

Apabila seorang hamba melakukan keringanan tersebut, maka Allah SWT menganugerahkan cinta kepada hamba-Nya. 

Rasulullah SAW bersabda, 

Maksudnya :

"Allah SWT menyukai keringanan - keringanan atau kemudahan - kemudahan yang telah dikurniakan-Nya, dilakukan oleh hamba-Nya.

Sebagaimana Allah membenci maksiat-maksiat yang dilakukan oleh hamba-Nya."

HR Ibnu Hibban.

Sumber dari Yufid TV. 
Al-Hujjah.com

Comments

Popular posts from this blog

Tadabbur Surah Ad -Dhuha

Dosa Besar ke 11 : Lari dari medan perang.

Vitagen, Solivite Atau Susu Kultur Mengaktifkan Sel Kanser?