Dosa besar ke 75 : Orang Yang Meninggalkan Solat Jumaat.
Telah termaktub di dalam Al-Quran dan Hadis Rasulullah SAW, bahawa para lelaki yang telah baligh, diwajibkan ke atas mereka untuk menghadiri solat jumaat setiap minggu.
Tiada kelonggaran diberikan kepada mana - mana Mukmin unyuk tidak menghadiri solat jumaat kecuali kepada beberapa orang iaitu :
1. Wanita.
2. Kanak - kanak.
3. Orang yang uzur.
(uzur terbahagi kepada beberapa jenis seperti sakit, musafir, tawanan dan lain2)
4. Hamba.
Hanya 4 golongan ini yang disebut oleh Rasulullah SAW, dilonggarkan untuk tidak menghadiri solat Jumaat.
Selebihnya, wajib menghadiri solat Mingguan ini sebagai tanda taat kepada perintah Allah dan Rasul - Nya.
Diriwayatkan daripada Ibnu Mas'ud RA, bahawa Rasulullah SAW bersabda kepada golongan yang meninggalkan solat Jumaat,
"Demi Allah, sesungguhnya aku ingin memerintahkan seorang lelaki mengimami orang ramai, sedangkan aku pergi membakar rumah - rumah para lelaki yang tidak datang mendirikan solat Jumaat."
Hadis Riwayat Muslim.
Amaran keras ini Rasulullah SAW sabdakan kepada para lelaki, ia menggambarkan betapa besar dan beratnya dosa meninggalkan solat Jumaat.
Rasulullah SAW nak bakar rumah,
Rasulullah SAW terkenal dengan sifat kasih sayang dan sangat menjaga orang lain.
Tetapi, jika rumah orang pun ingin dibakar, bayangkan betapa marahnya Rasulullah SAW kepada orang lelaki yang meninggalkan solat Jumaat.
Rasulullah SAW bersabda lagi,
"Demi Allah, hendaklah kumpulan - kumpulan manusia itu berhenti daripada meninggalkan solat Jumaat. Atau Allah pasti akan memateri (menutup) hati - hati mereka (terhalang daripada mendapat limpah kurnia-Nya). Kemudian mereka benar -benar termasuk daripada golongan yang lalai. "
Hadis Riwayat Muslim, daripada Abdullah Ibnu Umar dan Abu Hurairah.
Ancaman yang lain dari Rasulullah SAW bagi sesiapa yang meninggalkan solat Jumaat,
Hatinya akan dikunci , ditutup dari menerima Hidayah dan Taufiq Allah.
Bermakna, hatinya tidak lagi tertarik dengan cara Islam, hatinya tiada dorongan untuk dekat dengan Allah.
Lebih menakutkan lagi, mereka termasuk dikalangan orang yang Kufur serta Fasiq.
Bahkan hingga boleh menjadi munafiq dan murtad.
اعوذ بالله من ذلك...
Besarnya kesan meninggalkan solat Jumaat.
Diriwayatkan daripada Abu Al-Ja'd Al-Dhamri, bahawa Rasulullah SAW bersabda,
"Sesiapa yang meninggalkan tiga kali solat Jumaat kerana menganggapnya remeh, nescaya Allah akan memateri hatinya (menjadikannya terhalang daripada mendapat limpah kurnia-Nya)."
Sanad hadis ini kuat, dan diriwayatkan oleh Abu Daud dan An-Nasa'i.
Apabila Allah teah berpaling dari kita, kita hanya tunggu ajal yang datang, kemudian kita akan berhadapan dengan ALLAH.
tetapi Allah tidak mahu melihat kita..
Wajib bagi para lelaki untuk ke Masjid bagi melaksanakan solat Jumaat setiap minggu.
Diriwayatkan daripada Hafsah RA.Ha, daripada Rasulullah SAW, baginda bersabda,
"Pergi menunaikan solat Jumaat adalah wajib ke atas setiap lelaki yang telah bermimpi (baligh)."
Riwayat An - Nasa'i.
Semoga para lelaki, memenuhi tuntutan solat Jumaat, bahkan, lebih rajin lagi ke Masjid untuk berjemaah pada setiap solat Fardhu.
Kitab Dosa - dosa besar, Karangan Imam Az-Zahabi, Terjemahan Kitab Al- Kabair, Terbitan Telaga BIru.
Kitab Dosa - dosa besar, Karangan Imam Az-Zahabi, Terjemahan Kitab Al- Kabair, Terbitan Telaga BIru.
Comments
Post a Comment