Fasal pada menyatakan waktu-waktu yang mungkin memaqbulkan doa...
[Waktu Mustajab Doa]
Dan hendaklah seseorang itu di dalam doanya disertakan bersama dengan menghadhirkan hatinya di dalam berdoa,memberikan tumpuan dengan sepenuhnya terhadap apa yang dimintanya,dan juga bertepatan pula waktunya yang memungkinkan dimaqbulkan Allah jika berdoa dikala itu,antaranya :
(1) Di sepertiga malam
(2) Ketika dilaungkan azan
(3) Di antara azan dan Iqamah
(4) Sejurus selepas solat-solat wajib
(5) Ketika khatib jumaat naik ke atas mimbar sehinggalah solat Jumaat dikerjakan
(6) Di waktu akhir solat Asar di hari yang sama (hari Jumaat)
Dan hendaklah apabila berdoa di waktu-waktu sedemikian dia
khusyuk memintanya dengan penuh tumpuan di dalam hatinya,
penuh rasa hina di hadapan Tuhanya Yang Maha Pemberi,
merintih dan mengharap agar dimaqbulkan apa yang dipinta,
menghadapkan dirinya ke arah qiblat,
berwudhuk dengan sebaik-baik wudhuk,
mengangkat tanganya ketika berdoa,
mulakanlah doanya dengan puji-pujian terhadap Allah terlebih dahulu,
memberikan selawat serta salam kepada baginda nabi sallallahu alaihi wassalam,
dan dahuluilah doanya itu dengan bertaubat serta meminta ampun kepada Allah,
dan bertawassul doanya itu dengan nama-nama Allah yang maha suci...
Dan ingatlah bahawa sesungguhnya keadaan berdoa dengan sedemikian rupa dengan izin Allah tidak akan ditolak selamanya,lebih-lebih lagi apabila kena dengan waktu-waktu yang memungkinkan dimaqbulkan doa seperti yang dinyatakan tadi seperti yang dikhabarkan oleh baginda nabi dan doa itu pula dipenuhi dengan nama-nama Allah yang maha agung,sebagai pedoman antaranya :
“Dari Abdullah Bin Buraidah daripada ayah beliau sesungguhnya rasulullah sallallahu alaihi wassalam telah terdengar seorang lelaki berkata :
،اللهم إني أسألك بأني، أشهد أنك أنت الله، لا إله إلا أنت الأحد الصمد، الذي لم يلد ولم يولد، ولم يكن له كفوا أحد، فقال : لقد سأل الله بالإسم الأعظم الذي إذا سئل به أعطى وإذا دعي به أجاب
Bermaksud : Ya Allah,sesungguhnya aku meminta kepadaMu dengan aku bersaksi bahawa engkaulah Allah tiada tuhan selain engkau,Yang Maha Satu,tempat meminta segala sesuatu,yang tidak beranak dan tidak pula diperanakkan dan tiadalah sesuatu yang setara dengaNya,maka berkatanya baginda nabi : Sesungguhnya dia telah berdoa dengan nama Allah yang maha agung,yang mana jika meminta denganya pasti akan diberi dan jika berdoa denganya pasti akan dimaqbulkan” (riwayat Imam Ahmad,Abu Daud,At-Tirmizi,Ibnu Majah,Ibnu Hibban)
Di dalam Musnad Imam Ahmad dan Sahih Ibnu Hibban :
“Dari Abu Hurairah radiallahu anhu dan dari Anas Bin Malik dan Rabia’h Bin A’mir dari baginda nabi sallallahu alaihi wassalam,sesungguhnya baginda telah bersabda :
ألظّوا بيا ذالجلال والإكرام
Bermaksud : Berpeganglah kalian dengan kalimah “Ya Zal Jalali Wal Ikram” (di dalam doa kalian)
“Dari Ibnu Abbas sesungguhnya rasulullah sallallahu alaihi wassalam pernah membaca doa ini dikala dilanda kesusahan :
لا إله إلا الله العظيم الحليم, لا إله إلا الله رب العرش العظيم,لا إله الا الله رب السموات ورب العرش الكريم
(hadith riwayat Imam Bukhari dan Imam Muslim)
dan berbagai lagi doa-doa dari baginda nabi yang dipenuhi dengan nama-nama Allah yang maha agung,bertawassul lah dengan nama-nama suci ini di dalam doa-doa kalian,dengan izin Allah akan diperkenankan…
Dan betapa banyak kita dapati doa-doa dari berbagai orang yang dimaqbulkan doanya,yang mana mereka menyertakan di dalam doa-doa mereka itu dengan penuh tawajjuh dan menghadhirkan hati mereka di dalamnya,ataupun mereka telah membuat segala macam kebaikkan sebelum berdoa dan Allah maqbulkan doa-doa mereka itu sebagai balasan terhadap amalan kebaikkan tersebut,ataupun waktu mereka berdoa kena dengan waktu yang memungkinkan dimaqbulkan doa oleh Allah,lalu doanya dimaqbulkan….
Maka orang lain yang melihat pun bersangka bahawa rahsia di sebalik doanya itu dimaqbulkan adalah disebabkan lafaz-lafaz yang dilafazkanya di dalam doanya,maka orang itu pun menggunakan lafaz-lafaz yang digunakan oleh insan yang dimaqbulkan doanya itu,maka hal sedemikian tidaklah ubah seperti seseorang yang makan u
bat yang sangat berkesan dan mujarab yang mana dia memakanya pada waktu yang sepatutnya dan dengan cara yang sebetulnya,maka sembuhlah penyakitnya disebabkan perlakuan tersebut,dan orang lain yang melihat hal sedemikian pun menyangka bahawa ubat tersebutlah sahaja penyebab ubat itu sangat mujarab dan berkesan,maka sedarlah kalian bahawa hal itu sangat bersalahan sama sekali!! yang mana ianya merupakan perkara yang selalu menjadi kesalahan orang ramai…
Begitulah juga,jika seseorang yang berdoa dan merintih dengan penuh terdesak di kuburan dan dimaqbulkan pula doanya,maka bersangkalah orang yang jahil bahawa rahsia di sebalik doanya dimaqbulkan adalah dengan berdoa di kuburan,sedangkan dia tidak mengetahui bahawa rahsia disebaliknya adalah disebabkan rintihanya dan pengharapanya yang ikhlas terhadap Allah,yang mana adalah terlebih baik jika dia berdoa di masjid dan dimaqbulkan pula oleh Allah yang mana keadaan sedemikian adalah lebih diredhai oleh Allah…
#pencintahadithkluang
#msjdakwah
#mohsoaljawab
#gengbacabidayah
#ustdaud
#DaudbinDalibAtTetouani
Comments
Post a Comment