Posts

Makan Tengahari di Kampung Melayu Sungai Buloh, Selangor

Image
NASI MMANGGEY Di Perak, terkenal dengan Nasi Vanggey / Nasi Ganja.. Namun lain pula kisahnya di Negeri Selangor... Korang pernah dengar Nasi Mmanggey??? Mungkin ada yang pernah dengar atau tidak pernah sama sekali.. Perjalanan aku hari ini adalah misi mencari kedai makan / warung yang menyediakan makanan tengahari terbaik. MISI Ketika aku menambah ilmu di benak fikiran aku di Sungai Buloh, Selangor.. rajin juga lah keluar bersama kawan2 untuk menjamah makanan tengahari. Kalau tak cari betul2, memang makan tengahari yang di rasa hari tu pasti tidak akan memuaskan hati korang kan. Kali ini aku mencari di kawasan Kampung Melayu Sungai Buloh terletak berdekatan dengan Hospital Sungai Buloh. Oleh kerana aku dah terbiasa denagan kawasan disini, maka tidak susah untuk aku meneroka segenap kawasan berdekatan. WARUNG KITA Warung ini baru sahaja dibuka pada pengakhiran tahun 2014. Kawasannya agak terbuka dan mempunyai kawasan parkir kereta yang agak besar tetapi terha...

Pos Basik Otorhinolaryngology (Kementerian Kesihatan Malaysia)

POS BASIK Pengenalan Ia adalah program pembelajaran tambahan dan pengkhususan selepas pembelajaran Basik. Ia dikendalikan oleh Bahagian Pengurusan Latihan Kementerian Kesihatan Malaysia dengan silibus pembelajarannya yang tersendiri. Program ini adalah khas untuk Jururawat  dan Penolong Pegawai Perubatan (MA) lepasan diploma dari sektor awam mahupun sektor swasta. Permohonan boleh dilakukan secara atas talian di laman web Bahagian Pengurusan Latihan Kementerian Kesihatan Malaysia. Syarat Antara syarat2 untuk memohon Pos Basik ini ialah : 1. Bebas dari tindakan tatatertib 2. Sah dalam perkhidmatan 3. Telah berada diunit yang berkenaan lebih dari 6 bulan 4. Dilepaskan oleh ketua jabatan Implimentasi Program Pos Basik ini amat bagus dalam memberi pengetahuan tambahan bagi Jururawat mahupun MA untuk memberikan perkhidmatan kepada pesakit. Dengan wujudnya program ini, kemahiran serta pengetahuan Jururawat dan MA akan bertambah seterusnya menjamin ...

Kueh Tiow Terbaik di Taiping, Perak

Image
Tempat Makan Pilihan Taiping, Perak Ada antara kita yang menjadi penggemar Kueh Tiow Goreng . Kebanyakkan orang akan merasakan bahawa kueh tiow goreng udang atau kueh tiow goreng kerang menjadi pilihan TERBAIK Di Taiping, ramai orang mengenali kueh tiow goreng DOLI yang terletak di Jalan Tupai.... Walaubagaimanapun, ramai yang tidak tahu bahawa terdapat kueh tiow goreng di gerai lain yang mampu menandingi DOLI bahkan, pada penulis sendiri, Kueh tiow di tempat ini adalah lebih baik dari kueh tiow DOLI. KUEH TIOW GORENG KOBOI. Jarang dengar KOBOI jadi nama kedai...Mungkin kerana pakcik yang jual kueh tiow ni suka goreng kue tiow sambil pakai pakaian koboi menjadikan gerai ini dinamakan sebagai Kueh tiow Goreng KOBOI.. Memang best kue tiow yang dimasak dengan api yang panas, bahan2 yang segar serta perasa yang mencukupi. Gerai ini juga menyediakan menu masakan panas yang lain... Memang Syok... Penulis amat meyarankan tempat ini menjadi pilihan untuk menjamu selera...

Harapkan Pagar, Pagar Makan Padi

Image
Pepatah Bahasa Melayu "Harapkan Pagar, Pagar Makan Pagi" adalah antara perumpamaan yang biasa digunakan untuk menggambarkan seorang 'PENGKHIANAT' ataupun seseorang yang tidak boleh diharap. Walaubagaimanapun, TAHUKAH ANDA sebenarnya pepatah ini adalah berbunyi "Harapkan PEGAR, PEGAR Makan Padi" Menarik bukan? Menurut seorang pakar Bahasa Melayu, Mohd Sariman Azman (Berita Harian 2015) Pepatah ini sebenarnya berpandukan burung pegar atau burung kuang yang digunakan masyarakat pada zaman lampau untuk memakan serangga perosak padi. Burung ini amat berkesan untuk menangkis serangan serangga perosak tersebut. Namun, burung ini juga memakan padi yang ditanam tuannya. Maka wujudlah peribahasa tersebut. Kesilapan sebutan ini berlaku akibat daripada peralihan tulisan JAWI kepada tulisan RUMI dalam bahasa melayu lama. Oleh itu, asal sebutan adalah "Harapkan Pegar, Pegar makan padi" menjadi " Harapkan Pagar, Pagar makan padi." Sumber :...

Epitaxis dan teknik nasal packing

Nak kongsi ilmu pasal epistaxis (nasal bleed) dan cara nasal packing sbb semalam baru dgr CME...   Epitaxis ialah perkara biasa terjadi di Jabatan Kecemasan..Kebanyakan pendarahan yang berlaku adalah di kawasan (Little's Area) atau dikenali juga sebagai (Kiesselbach's area). Kawasan ini terletak di bahagian anterior septum (septum hadapan) . kawasan tersebut mempunyai cabang 4 arteri utama bahagian nasal iaitu :- 1. Anterior ethmoidal artery (ophtalmic artery) 2. Sphenopalatine artery (terminal branch of maxilary artery) 3. Greater palatine artery (maxilary artery) 4. Superior labial artery (facial artery) Terdapat juga epitaxis yang berpunca daripada salur darah yang pecah akibat tekanan darah tinggi (Hypertension). Kebiasaannya pendarahan ini tidak berlaku di kawasan hadapan tetapi berlaku dikawasan Posterior (belakang) nasal. Kawasan ini mempunyai artery utama yang menjadi punca kepada cabang artery di bahagian Little's area tadi. Punca berlaku pendar...

MENU SIHAT DAN LAZAT

Image
Anggapan orang, Masakan sihat biasa tidak menarik dan enak kerana kurang rasa dan perisa... Pernah tak anda semua rasa nak makan makanan sihat tetapi sedap? Disini saya kongsikan sedikit ilmu yang saya belajar dari pembelajaran saya sewaktu di kolej... saya gabungkan rasa dan teknik memasak supaya makanan sihat dapat dimakan dengan keenakannya yang tersendiri... Nasi Ayam Sihat Ala Hainan Bahan - Bahan Utama: 1. Seekor Ayam (Jangan Dipotong) 2. Sebiji Timun Jepun (Japanesse cucumber) 3. Kicap Cair (Light Soy Sauce) 4. Minyak Bijan (Sesame Oil) 5. Daun Bawang (Green Onion) 6. Beras (ikut bilangan hidangan)  7. Sedikit Mentega/ Butter 8. Sedikit Garam. Cara Masakan : 1. Sediakan air dalam satu periuk yang boleh memuatkan seekor ayam dan didihkan air tersebut sehingga mendidih. 2. Apabila air telah mendidih, tutup api dan masukkan ayam (tanpa dipotong) selama 5 minit serta jangan lupa untuk tutup periuk tadi. 3. Keluarkan semula seekor ayam ta...

PENGALAMAN MENJALANI RAWATAN DI FERTILITY CLINIC (KLINIK KESUBURAN) siri 1

Selepas berkahwin lebih 2 tahun, pasti orang akan tertanya kenapa masih belum belum ada 'isi' lagi? dan secara tidak langsung...pasti orang akan beranggapan bahawa isteri anda MANDUL. TAHUKAH ANDA? Bahawa kemandulan berlaku kepada lelaki dan perempuan pada nisbah yang sama....50% masalah kemandulan berlaku kepada lelaki dan 50% lagi bermasalah kepada perempuan.. Disini aku nak kongsi pengalaman aku ketika aku pergi ke Klinik Kesuburan di Hospital Raja Permaisuri Bainun Ipoh... 2 tahun selepas pernikahan aku, aku masih belum dikurniakan anak membuatkan aku tertanya, adakah ada masalah dari salah seorang dari kami...aku mengambil keputusan untuk terus membuat pemeriksaan air mani (Semen Analysis) di Hospital Metro...sebuah hospital swasta khas untuk Wanita dan pakar kesuburan... Sehari kemudian, keputusan yang aku tunggu pun tiba...aku termanggu kerana aku mendapati keputusannya tidak menggembirakan aku..aku mengalami masalah Oligispermia (kekurangan bilangan spe...