Pemerintahan Dajjal - Petanda kiamat episod 18

1. Siapakah para pengikut Dajjal dan apakah faedah pengikut ini kepada Dajjal? Dajjal datang diera Al Mahdi, Hadith menyebut Imam Al- Mahdi dan tentera islam akan berperang dalam peperangan Al - Malhamah Al- Kubra. Dalam peperangan tersebut, dinyatakan peperangan ini melibatkan Imam Al - Mahdi dan Umat Islam menentang Rom. Rom ditafsirkan sebagai Eropah pada masa moden iaitu masa kini. Kemudian, umat islam akan menakluki semula Konstantinopol, Turki. Menunjukkan bahawa Turki bakal dikuasai musuh islam tetapi dikuasai semula oleh umat islam. Itu memakan masa lebih kurang 6 tahun dan pada tahun ke - 7, datanglah Dajjal bersama tenteranya. Riwayat Imam Muslim : "Dajjal datang dari sebelah Timur, dan bersama Dajjal adalah 70,000 orang Yahudi Isfahan dengan Pakaian Yayalissah." Al-Hadith Ada Hadith menyatakan Dajjal akan datang dari Khurasan. Isfahan dan Khurasan adalah berkait rapat. Khurasan Hadith Tirmizi juga menyebut bahawa pengikut Dajjal adalah manusia...