Posts

Dosa besar ke 12 : ZINA, dengan sebahagian jenisnya lebih besar daripada sebahagian yang lain.

Sebagaimana yang kita maklumi, zina merupakan salah satu dosa besar yang dikenakan hukuman hudud. Ia merupakan kesalahan beaar yang mengakibatkan tercalarnya kesucian maruah dan nasab keturunan. Larangan zina bukan bermula pada perbuatan zina, tetapi, larangan itu telah bermula ketika menghampiri zina. Apa itu menghampiri zina? Berpegangan tangan, berbalas mesej, bercinta, berdua - duaan.. Ini semua adalah contoh perkara yang menghampiri zina. Firman Allah SWT Al-Isra' ayat 32 وَلَا تَقْرَبُوا الزِّنٰىٓ ۖ إِنَّهُۥ كَانَ فٰحِشَةً وَسَآءَ سَبِيلًا Dan janganlah kamu mendekati zina; sesungguhnya zina itu adalah suatu perbuatan yang keji. Dan suatu jalan yang buruk. Di dalam ayat ini, Allah nyatakan larangan menghampiri zina kerana ia adalah keji dan jalan yang membuka kepada jalan zina. Larangan zina ini diletak bersama beberapa dosa lain seperti syirik dan membunuh bagi menggambarkan besarnya kesalahan ini. Firman Allah SWT Al-Fu...

Dosa Besar ke 11 : Lari dari medan perang.

Berperang merupakan perintah Allah SWT kepada orang Islam dalam beberapa keadaan. Ia bukanlah kewajipan mutlak pada waktu - waktu aman. Tetapi kewajipan apabila berlaku penindasan terhadap umat Islam atau negara Islam. Dengan syarat yang telah ditetapkan oleh Allah SWT.. Antaranya : 1. Negara Islam mestilah berdaulat (kerajaan yang kuat) 2. Diperangi oleh musuh dengan ancaman. (bukan mencari musuh) 3. Mempertahankan negara Islam dari pencerobohan. 4. Menyebarkan Islam dengan baik kepada orang kafir. jika ditolak, perlu menawarkan mereka supaya tunduk kepada Islam, jika mereka menolak, boleh memulakan peperangan dengan tujuan menyatakan kehebatan Islam. Jika mereka menyerah diri, peperangan perlu berhenti serta merta. Maka, jika berlaku peperangan, askar - askar Islam merupakan kekuatan kepada tentera Islam. Jasa mereka mendapat balasan Syahid fi sabilillah. Namun, jika askar - askar ini takut. Lalu melarikan diri. Ia adalah penghinaan kep...

Makna Istiazah

Fasal Istia’dzah Isti'adzah artinya memohon perlindungan kepada Allah dan bernaung di bawah lindungan-Nya dari kejahatan semua makhluk yang jahat. Pengertian meminta perlindungan ini adakalanya dimaksudkan untuk menolak kejahatan dan adakalanya untuk mencari kebaikan, seperti pengertian yang terkandung di dalam perkataan Al-Mutanabbi (salah seorang penyair), yaitu: يَا مَنْ أَلُوذُ بِهِ فِيمَا أُؤَمِّلُهُ ... وَمَنْ أَعُوذُ بِهِ مِمَّنْ أُحَاذِرُهُ لَا يَجْبُرُ النَّ...

Dosa Besar ke 10 : Membatalkan puasa bulan Ramadan tanpa sebarang keuzuran dan Rukhsah

Sebagaimana yang kita maklumi, bulan Ramadan adalah 1 bulan yang Allah wajibkan kepada umat Islam untuk berpuasa. Kewajipan ini merupakan perintah yang apabila meninggalkannya, akan mendapat dosa. Bagi sesetengah orang, meninggalkan puasa wajib di bulan Ramadan adalah dosa. Tetapi tanpa disedari, ia merupakan dosa besar di sisi Allah. Bagi yang menganggap ia sekadar dosa, dia hanya akan mengganti puasa sahaja, tanpa ada rasa sesalan dan tidak ada rasa ingin bertaubat nasuha. Sedangkan, ia adalah dosa yang memerlukan taubat nasuha untuk membersihkan dosa tersebut. Rasulullah SAW bersabda "Sesiapa yang membatalkan puasa dalam bulan Ramadan tanpa sebarang keuzuran atau rukhsah, puasa setahun penuh (yang dikerjakan) tetap tidak mampu menggantikannya walaupun dia melakukannya" Riwayat Imam At Tirmizi dan Abu Daud, daripada Abu Hurairah. Namun, hadis ini tidak sahih (daif). Baginda bersabda lagi, "Solat lima waktu, hari Jumaat sehingga...

Dosa besar ke 9 : Berdusta atas nama Nabi Muhammad SAW.

Sebagaimana kita sedia maklum, Rasulullah SAW merupakan utusan Allah SWT kepada seluruh umat manusia.. Diutusnya Rasulullah SAW adalah sebagai penyampai ilmu bagi menjelaskan Al Quran yang diturunkan buat seluruh umat manusia ini. Dengan sifat kenabian daripada baginda Rasulullah SAW seperti 1. Amanah 2. Tabligh 3. Fatonah 4. Siddiq Mustahil bagi baginda Rasulullah SAW menyatakan sesuatu yang dusta dan menurut kehendak hati baginda sendiri.. Firman Allah SWT An-Najm ayat 3 وَمَا يَنْطِقُ عَنِ الْهَوٰىٓ dan tiadalah yang diucapkannya itu (Al-Quran) menurut kemauan hawa nafsunya. An-Najm ayat 4 إِنْ هُوَ إِلَّا وَحْىٌ يُوحٰى Ucapannya itu tiada lain hanyalah wahyu yang diwahyukan (kepadanya). Jelas apa yang dinyatakan di dalam Al-Quran itu bahawa Rasulullah SAW tidak akan mengikut hawa nafsunya sendiri.. Namun begitu, apa yang baginda lafazkan atau perbuatan baginda tiada jaminan oleh Allah SWT akan dipelihara sebagaimana A...

Dosa Besar ke 8 : Makan Harta Anak Yatim Secara Zalim

Rasulullah SAW merupakan anak yatim. Iaitu lahir tanpa bapa kerana telah meninggal dunia sebelum baginda dilahirkan.. Yatim pada sisi Rasulullah SAW adalah kemuliaan bagi baginda. Ia merupakan nikmat yang Allah kurniakan sebagai tanda kenabian bagi Rasulullah SAW.. Maka, secara tidak langsung, Allah turut memuliakan anak yatim yang lain.. Dan banyak ayat-ayat Al Quran yang membela nasib anak2 yatim, juga memberi ancaman bagi  mereka yang tidak melayani anak yatim dengan baik. Yang paling berat azab diceritakan oleh Allah SWT tentang anak yatim ini adalah apabila seseorang memakan (menggunakan) harta anak yatim secara zalim. Firman Allah SWT An-Nisa' ayat 10 إِنَّ الَّذِينَ يَأْكُلُونَ أَمْوٰلَ الْيَتٰمٰى ظُلْمًا إِنَّمَا يَأْكُلُونَ فِى بُطُونِهِمْ نَارًا ۖ وَسَيَصْلَوْنَ سَعِيرًا Sesungguhnya orang-orang yang memakan harta anak yatim secara zalim, sebenarnya mereka itu menelan api sepenuh perutnya dan mereka akan masuk ke dalam api yan...

Dosa Besar Ke 7 : memakan Riba

Riba bermaksud lebihan, penambahan atau peningkatan dalam suatu urusan pertukaran.  Terbahagi kepada 2 jenis yang utama.. Iaitu 1. Riba duyun (riba hutang) 2. Riba buyu' (riba dalam jual beli barang ribawi) Riba merupakan kezaliman kerana termasuk di dalam sifat memakan harta org lain secara batil.. Firman Allah SWT Al-Baqarah ayat 278 يٰٓأَيُّهَا الَّذِينَ ءَامَنُوا اتَّقُوا اللَّهَ وَذَرُوا مَا بَقِىَ مِنَ الرِّبٰوٓا إِنْ كُنْتُمْ مُّؤْمِنِينَ Hai orang-orang yang beriman, bertakwalah kepada Allah dan tinggalkan sisa riba (yang belum dipungut) jika kamu orang-orang yang beriman. Ayat ini adalah perintah Allah SWT kepada org yang beriman agar bertaqwa.. Supaya meninggalkan sisa riba.. Bermakna, bukan semua org mampu memilih jalan taqwa ini.. Yang benar2 takut kepada Allah sahaja akan menjauhi riba. Sisa riba ini adalah jika kita pernah ada terlibat tiba.. Kita tinggal terus perbuatan tersebut.. Ini adalah sifat orang yang...