Posts

Pencen bebanan kerajaan?

Wang Pencen. 1.0 Soalan. Adakah duit pencen ini duit dari kutipan hasil cukai Jawapan. Tidak. Pencen adalah duit tabungan kita dari gaji semasa kita berkhidmat. 2.0 Sebanyak 17.5% dari gaji kita dicarumkan ke dalam Kumpulan Wang Amanah Persaraan (KWAP).  mentadbirkan wang ini dan diberi pada warga pesara menurut perkiraan tertentu. Perkiraan melalui kaedah akturial dapat menampung saraan warga pesara sepanjang hayatnya. Atau pencen terbitan jika pesara meninggal dunia.  3.0 KWAP tidak menerima wang dari setiap belanjawan tahunan negara. Ia adalah entiti yg diperbadankan. Pesara tidak dibayar gaji tetapi pesara ini mendapat imbuhan bulan melalui simpanan yg telah dicarumkan ke KWAP semasa hayat perkhidmatan. Harap penerangan ini dapat  menangkis pandangan negatif terhadap warga pesara.

Anxiety

✏️Anxiety.  بسم الله الرحمن الرحيم  الحمد لله رب العالمين  اللهم صل على سيدنا محمد وعلى آله وصحبه أجمعين  اما بعد Apabila kita terlalu stress, terlalu takut, terlalu risau atau semua kerja kita nak siapkan serentak (multi-tasking), kita terdedah kepada satu penyakit psikologi yang bergelar Anxiety.  Ia adalah kegelisahan atau kerisauan melampau kerana ingin segera menyelesaikan satu perkara tetapi hakikatnya luar kemampuan.  Hal ini boleh kelihatan pada tingkah-laku diri kita seperti mengejar masa, terburu-buru, tergesa-gesa, terlalu banyak bertanya, terlalu banyak mencari maklumat dan terlalu melindungi diri. Rasulullah SAW bersabda  عَنْ سَهْلِ بْنِ سَعْدٍ قَالَ: قَالَ رَسُولُ اللهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ: الْعَجَلَةُ مِنَ الشَّيْطَانِ Dari sahabat Sahl bin Sa’ad radhiyallahu ‘anhuma, Rasulullah ﷺ bersabda, “Sesungguhnya sikap tergesa-gesa itu dari syaitan." HR Imam at-Tirmizi.  Ia bermaksud sikap tergesa-gesa membawa keburukan sebaga...

✏️ Filem Mat Kilau : Kenal Pasti Mesej Terbesar.

Image
✏️ Filem Mat Kilau : Kenal Pasti Mesej Terbesar.  بسم الله الرحمن الرحيم  الحمد لله رب العالمين  اللهم صل على سيدنا محمد وعلى آله وصحبه أجمعين Filem yang menggegar Pawagam baru-baru ini meninggalkan pelbagai kesan kepada penonton.  Pada pandangan diriku, mesej terbesar terkandung di penghujung Filem ini. Kemuncak pertarungan pahlawan-pahlawan Pulau Tawar dengan Kapten Syers dan Clifford memperlihatkan kemenangan berpihak kepada Kumpulan Mat Kilau.  Kerana Ketakutan, Clifford menyatakan kesilapan Kapten Syers memandang rendah terhadap orang Melayu lalu dia pergi melarikan diri.  Ketika melihat kekalahan tentera upahan British. Syers melarikan diri sementera pahlawan upahannya dari Borneo iaitu Toga berhadapan dengan Mat Kilau dan Wahid.  Goh Hoi yang menjadi orang tengah British untuk merasuah pembesar Melayu juga dibunuh oleh Pak Deris selepas sedar dari kesilapannya.  Hasilnya,  Pegawai British melarikan diri. Tiada seorang pun y...

Kelayakan berkahwin dan berpoligami

  Kelayakan berkahwin dan berPoligami Poligami umpama titik hitam dalam hidup perempuan. Boleh jadi hal ini tidak disukai oleh orang perempuan. Ia hakikatnya bergantung kepada adat setempat. Di Malaysia, ia memang tidak disukai oleh perempuan, kerana adat di Malaysia terdidik dari kecil hingga dewasa suami isteri adalah sepasang. Bahkan, mereka memandang negatif kepada lelaki yang berkahwin lebih dari satu. Perempuan yang menjadi isteri kedua, ketiga dan keempat juga dipandang sebagai perampas. Pandangan ini wujud pada minda lelaki dan perempuam. Sama sahaja. Hal ini perlu diperbetulkan. Kerana didikan seperti ini seakan memusuhi hukum Islam. Kefahaman sebenar terhadap poligami bukan seorang lelaki memiliki isteri yang ramai. Tetapi hakikatnya adalah semua perempuan boleh memiliki suami. Maka pandang sebagai ketaatan terhadap hukum hakam Allah. Ini adalah Qada dan Qadar Allah. Firman Allah SWT di dalam surah an-Nisa ayat 3: وَإِنْ خِفْتُمْ أَلَّا تُقْسِطُوا فِي الْيَتَامَ...

Hutang kereta : Kelebihan menghabiskan hutang awal.

 Ada beberapa kali aku habiskan hutang kereta awal. kali ni saja la nak cerita apa kelebihan habikan hutang awal. Pertama kali habiskan hutang awal tahun 2017. Masa tu pakai kereta Proton Perdana V6. Pinjaman dari Public Bank selama 9 tahun. Masa tu sengkek lagi. Jadi habiskan hutang awal 4 bulan je. Tapi dapat juga rebat RM 1,286... Ok jugak la dari tak de langsung.. haha. Kereta kedua aku beli Perodua Bezza. Tahun 2019. Jual Perdana V6, ambil Perodua Bezza baru. kereta ni harga cash RM42k. Jadi aku dan isteri cadang bagi RM10k deposit. Lepas tu bayar bulanan RM379 untuk 9 tahun pada RHB bank. Tapi aku bayar je RM400. tahun tu juga jadi Covid. Ketetapan bayaran bulanan dari bank kerap berubah. Mula-Mula turun jadi RM375, pastu RM364, Pastu RM361, Pastu RM355. Kemudian terakhir RM377. kalau tengok perjanjian. pinjaman RM32k tu, aku kena bayar jadi RM40k. serupa macam takde deposit je. haha... Masa ni aku dan isteri fikir untuk habiskan cepat hutang kereta. Kadar inflasi menyebabkan...

Imam Syafie dan Imam Ahmad : Halaqah Pertama – Antara Faham dan Faqih

  Imam Syafie dan Imam Ahmad : Halaqah Pertama – Antara Faham dan Faqih Kali pertama Imam Ahmad bertemu dengan Imam Syafie ialah sekitar tahun 190 H. Imam Ahmad datang ke Makkah menunaikan Umrah dan mengambil kesempatan beberapa tempoh berguru dengan Sufyan bin Uyainah serta Imam Syafie.  Kali pertama masuk ke dalam halaqah ilmu Imam Syafie, Imam Ahmad mendengar penjelasan Imam Syafie berkenaan dengan perbezaan maksud faham (الفهم) dan faqih (الفقه). Kata Imam Syafie : Antara kesalahan terbesar para penuntut ilmu ialah mencampurkan makna faham dan faqih. Sedangkan faham itu ialah mengetahui sesuatu makna perkataan dengan lafaznya sahaja.     Sedangkan faqih ialah satu tahap kefahaman yang lebih khusus dari faham. Faqih adalah mengetahui maksud yang ingin disampaikan oleh orang yang sedang menyampaikan perkataan, iaitu mengerti isi kandungan perkataannya.  Ini yang dimaksudkan di dalam surah an-Nisa ayat 78 : أَيْنَمَا تَكُونُوا يُدْرِكْكُمُ الْمَوْتُ و...

✏️Wadi'ah : Simpanan - Bank dan pelanggan.

 ✏️Wadi'ah : Simpanan - Bank dan pelanggan. Baru-baru ini tular berkenaan kehilangan wang simpanan di bank.  Bank menyatakan tiada penggantian dapat dilakukan terhadap kehilangan yang berlaku.  Pihak berkuasa juga tidak menjamin gantian boleh dilakukan. Apa pandangan ulama mazhab Syafie? Imam Abu Syuja' RH menyebut di dalam Matan Abi Syuja' وَلاَ يُضْمَنُ إِلاَّ بِالتَّعَدِّي Dan tidak wajib ditanggung ganti rugi barang yang disimpan oleh orang yang diamanahkan melainkan dengan sebab yang melampaui batas. Merujuk kepada Syarah matan Abi Syuja' oleh Imam Taqiyuddin asy-Syafi'e RH di dalam kitab Kifayatul Akhyar. Beliau menyatakan bahawa penyimpan yang amanah tidak wajib menggantikan benda yang disimpan jika hilang atau rosak. Namun begitu beliau menerangkan sebab melampau itu ada 9 iaitu : 1. Penyimpan memberikan kepada orang lain barang yang disimpan tanpa sebab munasabah dan tanpa izin pemilik simpanan. 2. Bermusafir dengan membawa simpanan tersebut. 3. Meninggalka...