Posts

Showing posts from 2018

Menuju Jambatan Allah : Solat

Image
Solat merupakan penghulu segala ibadah. Tanpa Solat,  ibadah yang lain tidak akan dipandang oleh Allah SWT.. Puasa, Zakat, Haji, Sedekah, bercakap baik, membaca Al Quran, belajar ilmu.. Tidak akan mendatangkan makna sekira solat ditinggalkan..  Solat itu bukan sekadar kewajipan fizikal melalui gerak rukun perbuatan (fi'li) semata - mata.. Ia merangkumi anggota jasmani, rasa hati, fikiran yang berpusat untuk ​​ berhubung dengan Allah SWT.  Solat ini menyegarkan badan.. Menyegarkan jiwa.. Mencerdaskan otot.. Membebaskan segala tekanan yang ada pada diri secara Jasmani dan Rohani..  Cuba rasakan.. Selepas penat bekerja, berdiri, berjalan... Kemudian kita berwudhuk dan nikmati solat itu.. Apakah yang kita rasa? Fikiran kembali kosong dan cerdas, jiwa menjadi tenang, otot menjadi kendur dan cergas semula. Malah, kita mampu tersenyum..  Solat ialah pujian terhadap Allah SWT.. Sebagai tanda rasa syuku...

Menuju Jambatan Allah : Ciri Ibadah

Image
​ ​​ بسم الله الرحمن الرحيم. الحمدلله رب العالمين. والصلاة والسلام على رسول الله. وعلى آله وصحبه أجمعين.. Segala puji bagi Allah yang telah menjadikan kita sebagai khalifah. Dan memberi segala nikmatnya. Di dalam ibadah terdapat rukun - rukunnya yang apabila kita selami, maka kita akan dapat merasai kewujudan Allah SWT.  Selain itu, ibadah juga memiliki ciri - cirinya yang tersendiri, iaitu :  1. Syukur. Allah merupakan sumber kepada seluruh makhluk.. Dia merupakan tempat kita bergantung, meminta, memohon dan segala - galanya. Oleh itu, wajar nikmat - nikmat kurniaan ini disyukuri melalui ibadah kita. Salah satu sebab kita beribadah adalah tanda rasa Syukur kita kepada Allah yang Maha Esa. Firman Allah SWT di dalam surah Al Baqarah ayat 172  Seluruh hidup kita dilingkungi nikmat Allah SWT yang tidak terbatas. Tanpa kita sedari, nikmat ini datang di dalam pelbagai bentuk seperti : Kebaikan, Ke...

Menuju Jambatan Allah : Konsep Ibadah

Image
 بسم الله الرحمن الرحيم. الحمدلله رب العالمين. والصلاة والسلام على رسول الله. وعلى آله وصحبه أجمعين.. Segala puji bagi Allah yang telah menjadikan kita sebagai khalifah. Dan memberi segala nikmatnya. Kita mulakan perkongsian pertama malam ini berkenaan KONSEP IBADAH.  Tidak dinafikan bahawa antara syarat mencapai khusyuk di dalam solat adalah memahami apa yang dibaca ketika solat.  Disamping itu, kita perlu tahu tujuan bacaa ini secara luhur daripada hati nurani.  Agar ianya dapat di hayati.  Ia juga bertujuan agar, solat itu benar2 - benar mendatangkan kesan di dalam diri seorang muslim secara Lahiriah dan Batiniah  Oleh itu, Konsep ini harus difahami dengan jelas agar ia berada pada Qalbu yang paling dalam.  IBADAH merupakan pengabdian atau penghambaan diri kepada PENCIPTA (Allah)  Ia datang daripada perasaan rendah diri kita kepada Allah. Kita sedar bahawa Allah itu Maha Agung, Maha Be...

Tadabbur Al Fatihah : Keutamaan Surah Al Fatihah

Image
​  بسم الله الرحمن الرحيم،  الحمدلله رب العالمين، والصلاة والسلام على رسول الله، السلام عليكم.. Tadabbur  terakhir berkaitan Al - Fatihah. Iaitu فضل سورة الفاتحة . Bermaksud Keutamaan Surah Al - Fatihah  Firman Allah SWT di dalam surah Al - Hijr ayat 87  Allah beritahu pada kita bahawa Allah kurniakan kepada kita 7 ayat yang diulang - ulang Dan.. Seluruh Al Quran yang sangat besar kemuliaan serta banyak faedah  Inilah 7 ayat daripada Surah Al - Fatihah Kita paling banyak membacanya. Berulang pada setiap rakaat solat   Apakah ada kitab atau surah yang sebanding Surah Al - Fatihah?  Rasulullah SAW bersabda...  Bermaksud, Rasulullah SAW bersabda " Demi Allah yang diriku di tanganNya, tidak diturunkan di dalam Taurat, Injil dan Zabur atau mana - mana ayat al - Furqan yang lain seumpamanya. Sesungguhn...

Tadabbur Al Fatihah - Ayat 7 (3)

Image
​  بسم الله الرحمن الرحيم،  الحمدلله رب العالمين، والصلاة والسلام على رسول الله، السلام عليكم.. Surah Al f ​​ atihah Ayat 7 Bahagian ketiga Iaitu bahagian terakhir..  Ayat terakhir tadabbur ialah  Bermaksud " dan juga jalan - jalan orang yang telah sesat"   Siapakah golongan yang telah sesat di sisi Allah ini? Mereka ini adalah golongan yang telah diberi akal, pendengaran dan penglihatan.. Tetapi tidak mahu menggunakannya untuk mengenali Allah SWT.. Firman Allah SWT di dalam surah Al - Anfal ayat 22  Allah kata "sejahat - jahat makhluk.." Jika kita langgar syariat dan hukum Allah SWT.. Kita termasuk di dalam makhluk yang sangat jahat di sisi Allah.. والعياذ بالله.. Siapakah contoh golongan sesat ini? Dari 'Adiy bin Hatim, Rasulullah SAW bersabda ; إن المغضوب عليهم اليهود، والضالين النصارى "Sesungguhnya...

Tadabbur Al - Fatihah : Ayat 7(2)

Image
​  بسم الله الرحمن الرحيم،  الحمدلله رب العالمين، والصلاة والسلام على رسول الله، السلام عليكم.. Surah Al Fatihah Ayat 7 Bahagian kedua Iaitu... ​​ Bermaksud "bukan jalan orang - orang yang Engkau murkai" Selepas kita mohon pada Allah SWT agar diberi peluang mengikut jalan golongan yang diberi nikmat.. Kita mohon agar tidak mengikut jalan orang yang Allah Murkai..   Siapakah golongan yang dimurkai oleh Allah? Firman Allah SWT di dalam surah Ali Imran ayat 79.. 'Āli `Imrān:79 - Tidaklah patut bagi seseorang manusia yang Allah berikan kepadanya Kitab ugama dan hikmat serta pangkat Nabi, kemudian ia tergamak mengatakan kepada orang ramai: "Hendaklah kamu menjadi orang-orang yang menyembahku dengan meninggalkan perbuatan menyembah Allah". Tetapi (sepatutnya ia berkata): "Hendaklah kamu menjadi orang-orang Rabbaniyin (yang hanya menyembah Allah Taala - den...