Tadabbur Al - Fatihah : ayat 7(1)

 بسم الله الرحمن الرحيم، 
الحمدلله رب العالمين،
والصلاة والسلام على رسول الله،

السلام عليكم..
Tuan2 dan puan2 yang dimuliakan Allah SWT.

surah Al fatihah Ayat 7








 Apa yang membezakan ayat ke 7 ini dengan a​​yat yang lain ialah..

Ayat ini dibahagikan kepada 3 bahagian


 1. صراط الذين أنعمت عليهم

Jalan orang - orang yang Engkau kurniakan nikmat.


2. غير المغضوب عليهم

Bukan (jalan) orang - orang yang Engkau telah murkai.


3. ولا الضآلين

Dan bukan pula (jalan) orang - orang yang sesat.

 Kita mulakan dengan bahagian yang pertama iaitu

 Bermaksud "Jalan orang - orang yang Engkau kurniakan nikmat"

Pastinya golongan ini merupakan golongan terpilih.

Sehinggakan ia dirakam di dalam Al Quran.

Di dalam surah yang di baca berulang - ulang setiap waktu.

 Siapakah golongan ini?


 Firman Allah SWT di dalam surah An - Nisa ayat 69


 An-Nisā':69 - Dan sesiapa yang taat kepada Allah dan RasulNya, maka mereka akan (ditempatkan di syurga) bersama-sama orang-orang yang telah dikurniakan nikmat oleh Allah kepada mereka, iaitu Nabi-nabi, dan orang-orang Siddiqiin, dan orang-orang yang Syahid, serta orang-orang yang soleh. Dan amatlah eloknya mereka itu menjadi teman rakan (kepada orang-orang yang taat).

 Mereka ini terdiri daripada 4 golongan utama iaitu


1. Para Nabi
2. Para Siddiqin
3. Para Syuhada
4. Para Salihin

Mereka ini teman yang sebaik-baiknya..


 Siapakah para Nabi?


 Firman Allah SWT di dalam surah Al - Baqarah ayat 213


 Al-Baqarah:213 - Pada mulanya manusia itu ialah umat yang satu (menurut ugama Allah yang satu, tetapi setelah mereka berselisihan), maka Allah mengutuskan Nabi-nabi sebagai pemberi khabar gembira (kepada orang-orang yang beriman dengan balasan Syurga, dan pemberi amaran (kepada orang-orang yang ingkar dengan balasan azab neraka); dan Allah menurunkan bersama Nabi-nabi itu Kitab-kitab Suci yang (mengandungi keterangan-keterangan yang) benar, untuk menjalankan hukum di antara manusia mengenai apa yang mereka perselisihkan dan (sebenarnya) tidak ada yang melakukan perselisihan melainkan orang-orang yang telah diberi kepada mereka Kitab-kitab Suci itu, iaitu sesudah datang kepada mereka keterangan-keterangan yang jelas nyata, - mereka berselisih semata-mata kerana hasad dengki sesama sendiri. Maka Allah memberikan petunjuk kepada orang-orang yang beriman ke arah kebenaran yang diperselisihkan oleh mereka (yang derhaka itu), dengan izinNya. Dan Allah sentiasa memberi petunjuk hidayahNya kepada sesiapa yang dikehendakiNya ke jalan yang lurus (menurut undang-undang peraturanNya).

 Para Nabi merupakan golongan terpilih yang di utus oleh Allah SWT

Sebagai 'Mubasyir' iaitu pembawa khabar gembira (pahala dan syurga). Juga sebagai 'Munzir' iaitu pembawa khabar ancaman (dosa dan azab neraka).

Mereka menyampaikan kebenaran menerusi kitab - kitab suci yang diwahyukan.


 Siapakah golongan kedua iaitu Siddiqin?


Firman Allah SWT di dalam surah Al - Hadid ayat 19


 Al-Ĥadīd:19 - Dan orang-orang yang beriman kepada Allah dan Rasul-rasulNya, merekalah pada sisi (hukum) Tuhan mereka, (orang-orang yang mempunyai kedudukan yang tinggi darjatnya) seperti orang-orang "Siddiqiin" dan orang-orang yang mati Syahid; mereka akan beroleh pahala dan cahaya orang-orang Siddiqiin dan orang-orang yang mati syahid itu; dan (sebaliknya) orang yang kufur ingkar serta mendustakan ayat-ayat keterangan Kami, merekalah ahli neraka.


 Para Siddiqin ialah orang yang taat kepada Allah dan menjadi pengikut para Rasul. Mereka ini berpegang kepada Al - Quran dan Sunnah.


Siapa pula golongan ketiga iaitu Para Syuhada?


 Firman Allah SWT di dalam surah Ali Imran ayat 169 - 173




'Āli `Imrān:170 - (Dan juga) mereka bersukacita dengan kurniaan Allah (balasan mati Syahid) yang telah dilimpahkan kepada mereka, dan mereka bergembira dengan berita baik mengenai (saudara-saudaranya) orang-orang (Islam yang sedang berjuang), yang masih tinggal di belakang, yang belum (mati dan belum) sampai kepada mereka, (iaitu) bahawa tidak ada kebimbangan (dari berlakunya kejadian yang tidak baik) terhadap mereka, dan mereka pula tidak akan berdukacita.









 'Āli `Imrān:173 - Mereka juga ialah yang diberitahu oleh orang-orang (pembawa berita) kepada mereka: "Bahawa kaum (kafir musyrik) telah mengumpulkan tentera untuk memerangi kamu, oleh itu hendaklah kamu gerun kepadanya". Maka berita itu makin menambahkan iman mereka lalu berkata: "Cukuplah untuk (menolong) kami, dan Ia sebaik-baik pengurus (yang terserah kepadaNya segala urusan kami)".


 Mereka adalah golongan yang syahid di medan perang kerana mempertahankan Islam.

Mereka ini tidak mati, bahkan mereka hidup di sisi Allah.

Dijaga oleh Allah hingga hari kiamat untuk menerima balasan amal baik mereka.

Siapa pula golongan terakhir yang diberi nikmat?

Mereka ini adalah para Salihin..

 Firman Allah SWT di dalam surah Al - Ankabut ayat 9


 Kumpulan orang - orang yang soleh ini adalah yang akan melengkapkan penerima nikmat Allah iaitu kebaikan di dunia dan akhirat..

Mereka ini sudah pastinya Muslim sejati.

Mereka menerima nikmat Allah yang telah dijanjikan di dalam Al-Quran.

Kemudian.

Cermin diri kita.. Di manakah tempat kita antara 4 golongan ini?

 Adakah kita termasuk para Nabi?

Pastinya tidak

Adakah kita termasuk para Siddiqin?

Tidak juga, kerana siddiqqin ini adalah para sahabat yang berjuang bermatian bersama Rasulullah SAW .

Para sahabat tidak sebanding kita walaupun kita bersedekah emas sebesar gunung uhud, tidak dapat dibanding 1/2 cupak sedekah mereka.

Kemuliaan mereka sangat tinggi. 

Adakah kita para Syuhada?

Boleh jadi ya, jika kita sanggup berkorban diri, nyawa dan harta untuk jihad di jalan Allah.

Jihad setiap segi bukan di medan perang sahaja. 

Adakah kita para solehin?

Boleh jadi ya, kepada mukmin dan mukminat..

Yang sentiasa melakukan amal soleh dengan ikhlas tanpa mengharap balasan melainkan redha Allah SWT.. 

Boleh jadi, mereka tergolong di dalam golongan ini. 

 Mari kita sama - sama berfikir, bermuhasabah agar kita termasuk di kalangan orang yang dikurniakan nikmat yang besar daripada Allah SWT di dunia dan akhirat..

Untuk makluman, perkongsian ini saya ambil dari kitab tadabbur Al - Fatihah karangan Ustaz Baharuddin Ayuddin. 



Terbitan oleh penerbitan salafi, Selangor.

Rujukan daripada Tafsir Ibn Katsir

Comments

Popular posts from this blog

Tadabbur Surah Ad -Dhuha

Dosa Besar ke 11 : Lari dari medan perang.

Vitagen, Solivite Atau Susu Kultur Mengaktifkan Sel Kanser?