Tadabbur Al Fatihah : Keutamaan Surah Al Fatihah

 بسم الله الرحمن الرحيم، 
الحمدلله رب العالمين،
والصلاة والسلام على رسول الله،

السلام عليكم..

Tadabbur  terakhir berkaitan Al - Fatihah.

Iaitu

فضل سورة الفاتحة.

Bermaksud
Keutamaan Surah Al - Fatihah
 Firman Allah SWT di dalam surah Al - Hijr ayat 87





 Allah beritahu pada kita bahawa Allah kurniakan kepada kita 7 ayat yang diulang - ulang

Dan..

Seluruh Al Quran yang sangat besar kemuliaan serta banyak faedah

 Inilah 7 ayat daripada Surah Al - Fatihah

Kita paling banyak membacanya. Berulang pada setiap rakaat solat

 Apakah ada kitab atau surah yang sebanding Surah Al - Fatihah?

 Rasulullah SAW bersabda...


 Bermaksud,

Rasulullah SAW bersabda " Demi Allah yang diriku di tanganNya, tidak diturunkan di dalam Taurat, Injil dan Zabur atau mana - mana ayat al - Furqan yang lain seumpamanya.

Sesungguhnya, ia adalah 7 ayat yang di ulang - ulang, yang telah dikurniakan kepadaku oleh Allah Azza Wajjala.

Hadis Riwayat Imam At - Tirmizi.


Status Hadis Sahih

 Al - Fatihah sangat istimewa sehingga tiada yang sebanding dengannya.


Kenapa Al - Fatihah sangat Istimewa?


 Imam Hassan Al - Basri, seorang Tabi'in menyatakan  bahawa...


"Sesungguhnya, Allah tinggalkan ilmu - ilmu daripada kitab - kitab terdahulu ke dalam Al - Quran."

Kemudian Allah tinggalkan ilmu yang ada di dalam Al-Quran ke dalam surah - surah.

Kemudian Allah tinggalkan ilmu - ilmu di dalam surah - surah ke dalam Al - Fatihah.

Sesiapa yang mengetahui tafsirannya, seolah - olah dia mengetahui tafsiran bagi semua kitab yang diturunkan."

 Inilah keistimewaan Al - Fatihah.

Ia merupakan kesimpulan bagi Al - Quran.

Ia juga merupakan penawar, ruqyah, dan lain - lain.

 Dari ayat 1 hingga ke 7. Perkara yang diajarkan, merupakan aqidah yang Maha Esa. Iaitu...

1. Bacalah dengan nama Allah.

2. Segala puji adalah untuk Allah.

3. Nama yang indah adalah Allah.

4. Yang berkuasa pada hari kiamat adalah Allah.

5. Tempat memohon dan meminta adalah Allah.

6. Mohon petunjuk dari Allah.

7. Mohon hindar dari kemurkaan dan kesesatan juga dari Allah.

8. Mohon perlindungan dari syaitan juga dari Allah.

Ini adalah

لا إله إلا الله..

Tiada tuhan yang layak disembah melainkan Allah.

Kemudian..

Dari siapa kita belajar ayat 1 hingga 7 ini.

Dari Rasulullah SAW..

Tanpa utusan Allah ini.. Kita akan kekal di dalam kegelapan (kufur).

Inilah..

محمد الرسول الله..

Nabi Muhammad SAW itu Utusan Allah..

 Di dalam Al - Fatihah, Allah beritahu kita rukun iman

1. Percaya pada Allah iaitu segalanya datang dari Allah. Dari ayat 1 hingga 7 bicara kekuasaan Allah. 

2. Percaya pada malaikat. Malaikat Jibril a.s menyampaikan wahyu Al Quran kepada Nabi SAW.

3. Percaya kepada Al-Quran iaitu keistimewaan Al - Fatihah.

4. Percaya kepada Nabi SAW iaitu yang mengajarkan kita Al - Quran dan memahami al - Quran adalah Nabi SAW. 


5. Percaya pada hari kiamat iaitu kekuasaan dan pemilikan Allah pada hari kiamat (ayat 4 fatihah)

6. Percaya kepada qada dan qadar iaitu kita meminta dan memohon hanya dari Allah. Tetapi, yang berhak ke atas hidayah itu adalah Allah..

Qadanya kita termasuk golongan yang diberi nikmat.

Qadarnya kita tidak terlepas dari kebarangkalian fitnah golongan yang dimurkai dan yang sesat..



Untuk makluman, perkongsian ini saya ambil dari kitab tadabbur Al - Fatihah karangan Ustaz Baharuddin Ayuddin.

Terbitan oleh penerbitan salafi, Selangor.

Rujukan daripada Tafsir Ibn Katsir

Comments

Popular posts from this blog

Tadabbur Surah Ad -Dhuha

Dosa Besar ke 11 : Lari dari medan perang.

Vitagen, Solivite Atau Susu Kultur Mengaktifkan Sel Kanser?