Menuju Jambatan Allah : Solat



Solat merupakan penghulu segala ibadah.

Tanpa Solat,  ibadah yang lain tidak akan dipandang oleh Allah SWT..

Puasa, Zakat, Haji, Sedekah, bercakap baik, membaca Al Quran, belajar ilmu..
Tidak akan mendatangkan makna sekira solat ditinggalkan..

 Solat itu bukan sekadar kewajipan fizikal melalui gerak rukun perbuatan (fi'li) semata - mata..

Ia merangkumi anggota jasmani, rasa hati, fikiran yang berpusat untuk ​​berhubung dengan Allah SWT.

 Solat ini menyegarkan badan..

Menyegarkan jiwa..

Mencerdaskan otot..

Membebaskan segala tekanan yang ada pada diri secara Jasmani dan Rohani..

 Cuba rasakan..

Selepas penat bekerja, berdiri, berjalan...

Kemudian kita berwudhuk dan nikmati solat itu..

Apakah yang kita rasa?

Fikiran kembali kosong dan cerdas, jiwa menjadi tenang, otot menjadi kendur dan cergas semula.

Malah, kita mampu tersenyum..😄

 Solat ialah pujian terhadap Allah SWT..

Sebagai tanda rasa syukur kita kepada Nya..

Yang telah memberi rezeki,

Kesihatan,

Darjat kehidupan,

Penghormatan,

Rahmat..

Dan sebagainya..

Kerana nikmat yang tidak dapat kita dustakan ini..

Kita berdiri, rukuk, sujud dan duduk memuji Allah..

Menghubungkan hati kita dengan Allah..

 Solat itu Tiang Seri agama..

Tanda tegak dan utuh umpama konkrit agama Islam..

Sabda Rasulullah SAW..



 Dari Jabir bin Abdillah, beliau berkata : Aku telah mendengar Rasulullah SAW bersabda : Sempadan di antara seseorang dan kekafiran itu ialah meninggalkan Solat.

Hadis Riwayat Muslim dan Ahmad.

Status Hadis Sahih.
 Orang yang meninggalkan solat merupakan orang yang berada diambang KEKAFIRAN

 Iaitu engkar kepada Allah SWT.

 Mana tidaknya..

Perintah solat tidak turun ke bumi..

Atau melalui perantara Malaikat..

Tetapi..

Ia turun terus dari Allah kepada Rasulullah SAW di Sidratul Muntaha..

Tempat yang lebih tinggi dari langit ke 7..

Inilah kemuliaan Solat..

Kerana itu, ia digelar Penghulu Ibadah.

Tanpa Solat, amalan lain tidak akan dihitung..

 Solat ini perlu menjadi darah daging kita dan anak - anak kita.

Firman Allah SWT di dalam surah Ta Ha ayat 132


Melalui solat, hidup kita diseimbangkan..

Yang kurang ditambah..

Yang lebih dikurangkan..

Supaya seimbang dunia dan akhirat..

Manusia yang mendirikan solat, tidak akan hanyut dengan godaan..

Tidak akan mengikut telunjuk nafsu jahat yang akan membawa kita menemani Syaitan durjana..

Manusia tidak akan sunyi dari melakukan kesilapan..

Tetapi,

Dengan solat, dosa  kita diampunkan..

 Solat itu memupuk rasa cinta kita kepada Allah..

Kerana Solat itu hak Allah..

Apabila kita jaga hak Allah..

Allah akan jaga kita tanpa culas..

Solat memberi pengaruh di dalam hidup kita.

Secara sedar mahupun tidak.

Hasil daripada solat yang berkualiti akan mencorakkan fikiran, perasaan, akhlak dan budipekerti seseorang.

Firman Allah SWT di dalam surah Al - Ankabut ayat 45


 Al-`AnkabÅ«t:45 - Bacalah serta ikutlah (wahai Muhammad) akan apa yang diwahyukan kepadamu dari Al-Quran, dan dirikanlah sembahyang (dengan tekun); sesungguhnya sembahyang itu mencegah dari perbuatan yang keji dan mungkar; dan sesungguhnya mengingati Allah adalah lebih besar (faedahnya dan kesannya); dan (ingatlah) Allah mengetahui akan apa yang kamu kerjakan.

 Solat yang dilaksanakan dengan tekun dan sabar akan menghasilkan suatu kesan yang besar.

Iaitu..

Mencegah kita daripada perbuatan keji dan mungkar.

Jika solat kita tidak mampu menghalang perkara negatif ini..

Sebaiknya kita periksa dan imbang semula apakah solat kita itu berada pada tahap tekun dan juga sabar.

Atau sekadar memenuhi kewajipan muslim semata-mata..

 Solat yang berkualiti merupakan kejayaan seorang muslim.

Allah papar di dalam surah Al - Mukminun ayat 1-2











 Hasil kualiti adalah kejayaan.

Perumpamaan kerja yang dilakukan bersungguh sungguh.. Akan memberi hasil yang sangat memuaskan..

Berbanding usaha yang tidak seberapa, hasilnya juga banyak ke " reject shop "..


 Hasil kerja yang tidak seberapa ini Allah tegur di dalam surah Al - Maun ayat 5


 Solat tetap solat.. Tetapi tidak sempurna.

Tiada erti disisi Allah..

Hanya penat solat..

Bukan kah itu suatu kerugian.

 Maka, solat itu hanya akan terasa berat, bosan dan menyeksakan jiwa..

Dirasakan sebagai membazir waktu..

والعياذ بالله..

Moga Allah lindungi kita dari keburukan ini..

Kitab yang akan digunakan adalah tulisan Tuan Haji Yusoff Zaky Yacob bertajuk Menuju Jambatan Allah.

Comments

Popular posts from this blog

Tadabbur Surah Ad -Dhuha

Dosa Besar ke 11 : Lari dari medan perang.

Vitagen, Solivite Atau Susu Kultur Mengaktifkan Sel Kanser?