Tadabbur Al Fatihah : Ayat 6
بسم الله الرحمن الرحيم،
الحمدلله رب العالمين،
والصلاة والسلام على رسول الله،
السلام عليكم..
Tuan2 dan puan2 yang dimuliakan Allah SWT.
surah Al fatihah Ayat 6
اهْدِنَا
Dibaca Ihdina kerana huruf depan adalah hamzah wasal yang tiada baris.
Ia dari kata akar
هُدَى
Dibaca Huda..
Bermaksud hidayah
Bila dibaca اهدنا ihdina.. Ia bermaksud kurniakan kami hidayah.
Ia adalah ayat permohonan dari fiil amar di dalam bahasa arab
Jadi, apakah hidayah yang dimaksudkan di dalam ayat ini?
Di dalam ayat ini, hidayah boleh diterjemah kepada beberapa makna iaitu...
1. أَرْشِدْنَا
Dibaca Arshidna..
Bermaksud "Pimpinlah kami.."
2. وَفِقْنَا..
Dibaca wafiqna..
Bermaksud "kurniakanlah kami taufiq.."
Al-'A`rāf:30 - Sebahagian (dari umat manusia) diberi
hidayah petunjuk oleh Allah (dengan diberi taufiq untuk beriman dan
beramal soleh); dan sebahagian lagi (yang ingkar) berhaklah mereka
ditimpa kesesatan (dengan pilihan mereka sendiri), kerana sesungguhnya
mereka telah menjadikan Syaitan-syaitan itu pemimpin-pemimpin (yang
ditaati) selain Allah. Serta mereka pula menyangka, bahawa mereka berada
dalam petunjuk hidayah.
3. ثَبِتْنَا
Dibaca Tsabitna..
Bermaksud "teguhkan kami .."
'Āli `Imrān:101 - Dan bagaimana kamu akan menjadi
kafir padahal kepada kamu dibacakan ayat-ayat Allah (Al-Quran), dan
dalam kalangan kamu ada RasulNya (Muhammad, s.a.w)? Dan sesiapa
berpegang teguh kepada (ugama) Allah, maka sesungguhnya ia telah beroleh
petunjuk hidayah ke jalan yang betul (lurus).
Oleh itu, makna ayat ke 6 ini merupakan permohonan kita kepada 3 perkara iaitu..
1.
Pimpinlah kami ke jalan yang lurus.. (memohon agar diberi tunjuk ajar
di atas perkara yang benar seperti mendapat Islam atau bertaubat)
2. Kurniakanlah kami taufiq ke jalan yang lurus.. (memohon dibuka ruang untuk beramal soleh dan berbuat baik)
3. Teguhkanlah kami ke jalan yang lurus.. (memohon agar kita istiqamah melakukan kebaikan dan terus berada di dalam Keimanan..
# Makna yang terlalu luas untuk diceritakan..
Perhatikan pula ayat selepasnya iaitu
الصِرَاطَ الْمُسْتَقِيمَ.
Di baca siratal mustaqim..
Bermaksud "jalan yang lurus."
Apakah jalan yang lurus?
Menyembahkan Allah, mengabadikan diri kepada Allah, menghambakan diri kepada Allah..
Bermaksud mentaati segala perintah Allah sebagai Maha Pencipta..
Inilah maksud jalan yang lurus..
Oleh itu, apakah panduan menuju jalan yang lurus ini?
Panduannya ada di dalam 2 perkara yang diwasiatkan Rasulullah SAW kepada kita.. Iaitu
1. Al Quran
2. As-sunnah.
Al-Mā'idah:15 - Wahai Ahli Kitab! Sesungguhnya telah
datang kepada kamu Rasul Kami (Muhammad, s.a.w) dengan menerangkan
kepada kamu banyak dari (keterangan-keterangan dan hukum-hukum) yang
telah kamu sembunyikan dari Kitab Suci, dan ia memaafkan kamu (dengan
tidak mendedahkan) banyak perkara (yang kamu sembunyikan). Sesungguhnya
telah datang kepada kamu cahaya kebenaran (Nabi Muhammad) dari Allah,
dan sebuah Kitab (Al-Quran) yang jelas nyata keterangannya.
Al-Mā'idah:16 - Dengan (Al-Quran) itu Allah
menunjukkan jalan-jalan keselamatan serta kesejahteraan kepada sesiapa
yang mengikut keredaanNya, dan (dengannya) Tuhan keluarkan mereka dari
gelap-gelita (kufur) kepada cahaya (iman) yang terang-benderang, dengan
izinNya; dan (dengannya juga) Tuhan menunjukkan mereka ke jalan yang
lurus.
Diceritakan daripada Malik, Sesungguhnya
disampaikannya daripada Rasulullah SAW, "aku tinggalkan kepada kamu dua
perkara, kamu tidak akan sesat selamanya selagi berpegang teguh kepada
kedua - duanya : Kitabullah dan Sunnah NabiNya"
Al - Muwatta' Karangan Imam Malik.
Status Hadis - Sahih
Tetapi,
Kita tidak akan sunyi dengan halangan - halangan.
Apakah halangan kita untuk menuju jalan yang lurus ini?
Şād:26 - Wahai Daud, sesungguhnya Kami telah
menjadikanmu khalifah di bumi, maka jalankanlah hukum di antara manusia
dengan (hukum syariat) yang benar (yang diwahyukan kepadamu); dan
janganlah engkau menurut hawa nafsu, kerana yang demikian itu akan
menyesatkanmu dari jalan Allah. Sesungguhnya orang-orang yang sesat dari
jalan Allah, akan beroleh azab yang berat pada hari hitungan amal,
disebabkan mereka melupakan (jalan Allah) itu.
Manusia lemah dengan 2 perkara, iaitu
1. Syaitan
2. Hawa nafsu
Inilah penghalang menuju ke jalan yang lurus..
Oleh
itu, usah menurut hawa nafsu, tetapi, turutilah Syariat Allah SWT
sebagai panduan. Bukan akal fikiran kita yang terbatas ilmunya ini.
Jadi, bagaimanakah jalan untuk kita istiqamah dijalan Allah?
Kita perlu bersabar di dalam menjalankan syariat Allah.
Bersabar melaksanakan perintah Allah.
Hidup di dunia adalah ujian untuk menuju redha Allah.
Ujian pastilah memerlukan kesabaran.
Jika kita tidak sabar, maka, kita akan mengikut orang - orang yang ingkar kepada Allah.
Kita takut, kita tidak lagi mendapat redha Allah kerana terus mengikut nafsu dan akal kita ini.
Sedangkan Allah telah memberi kita panduan yang paling baik melalui Rasul-Nya yang paling hebat...
Untuk makluman, perkongsian ini saya ambil dari kitab tadabbur Al - Fatihah karangan Ustaz Baharuddin Ayuddin.
Terbitan oleh penerbitan salafi, Selangor.
Rujukan daripada Tafsir Ibn Katsir
Comments
Post a Comment