Menuju Jambatan Allah : Konsep Ibadah
بسم الله الرحمن الرحيم.
الحمدلله رب العالمين.
والصلاة والسلام على رسول الله.
وعلى آله وصحبه أجمعين..
Segala puji bagi Allah yang telah menjadikan kita sebagai khalifah.
Dan memberi segala nikmatnya.
Kita mulakan perkongsian pertama malam ini berkenaan KONSEP IBADAH.
Tidak dinafikan bahawa antara syarat mencapai
khusyuk di dalam solat adalah memahami apa yang dibaca ketika solat.
Disamping itu, kita perlu tahu tujuan bacaa ini
secara luhur daripada hati nurani.
Agar ianya dapat di hayati.
Ia juga bertujuan agar, solat itu benar2 - benar mendatangkan kesan di dalam diri seorang muslim secara Lahiriah dan
Batiniah
Oleh itu, Konsep ini harus difahami dengan jelas agar ia berada pada Qalbu yang paling dalam.
IBADAH merupakan pengabdian atau penghambaan diri kepada PENCIPTA (Allah)
Ia datang daripada perasaan rendah diri kita kepada Allah.
Kita sedar bahawa Allah itu Maha Agung, Maha Besar.
Ini perlu dirasai dengan hati
Perasaan ini wujud dengan 3 rukun utama, iaitu :
1. حبّ
HUBBA.
iaitu CINTA
2. خوف
KHAUF
iaitu TAKUT
3. رجع
RAJA'
iaitu Harap.
Gabungan ini akan menjadikan kita hamba yang merasai kewujudan Allah secara menyeluruh.
Tujuan kita beribadah bukan untuk Allah SWT..
Kerana..
Allah tidak memerlukan kita untuk menjadi Sempurna.
Allah tidak mendapat sebarang faedah daripada ibadah kita.
Allah juga tidak mendapat sebarang kerugian daripada keingkaran kita.
Firman Allah SWT di dalam surah Az Zariat ayat 56 - 58
Ayat - ayat di atas jelas menunjukkan Allah tidak harap
apa2 daripada kita. Tetapi Allah yang memberi pada kita nikmat - nikmat Nya yang
tidak terbatas
Maka...
Tujuan kita beribadah kepada Allah adalah untuk diri kita..
Kerana cinta kita kepada Allah.
Kerana Takut kita kepada Allah.
Kerana kita mengharap kepada Allah..
Oleh sebab kita menghambakan diri kita kepada Allah,
maka Allah menambahk kurniaNya kepada kita sebagai membalas cinta kita
kepada Nya.
Cuba bayangkan kita menjadi hamba kepada yang lain.
Menyembah berhala, kita memberi korban makan kepada mereka.
Menyembah syaitan kita berkorban darah dan macam usaha yang susah pwrlu dilaksana.
Menyembah jin perlu diberi makan sehingga diri sendiri kesukaran..
Bandingkan lah penghambaan makhluk ini dengan penghambaan kepada Allah..
Sememangnya,
Penghambaan kepada Allah inilah kebenaran yang lurus.
Penghambaan kepada makhluk dan nafsu tidak akan puas sampai bila - bila..
Oleh itu,
Kita seharusnya sedar kedudukan kita dengan Allah yang Maha Besar.
Allah tidak untung dan tidak rugi dengan ibadah atau kederhakaan kita.
Tetapi,
Kita yang akan rugi jika tidak menyembah.
Jika yang akan untung dengam menyembah Allah dari hati yang tulus
Kitab yang akan digunakan adalah tulisan Tuan Haji Yusoff Zaky Yacob bertajuk Menuju Jambatan Allah.
Comments
Post a Comment