Menuju Jambatan Allah : Ciri Ibadah

​​ بسم الله الرحمن الرحيم.
الحمدلله رب العالمين.
والصلاة والسلام على رسول الله.
وعلى آله وصحبه أجمعين..

Segala puji bagi Allah yang telah menjadikan kita sebagai khalifah.

Dan memberi segala nikmatnya.



Di dalam ibadah terdapat rukun - rukunnya yang apabila kita selami, maka kita akan dapat merasai kewujudan Allah SWT.
 Selain itu, ibadah juga memiliki ciri - cirinya yang tersendiri, iaitu :

 1. Syukur.


Allah merupakan sumber kepada seluruh makhluk..

Dia merupakan tempat kita bergantung, meminta, memohon dan segala - galanya.

Oleh itu, wajar nikmat - nikmat kurniaan ini disyukuri melalui ibadah kita.

Salah satu sebab kita beribadah adalah tanda rasa Syukur kita kepada Allah yang Maha Esa.

Firman Allah SWT di dalam surah Al Baqarah ayat 172

 Seluruh hidup kita dilingkungi nikmat Allah SWT yang tidak terbatas.

Tanpa kita sedari, nikmat ini datang di dalam pelbagai bentuk seperti :

Kebaikan,
Keseronokan,
Penderitaan,
Malapetaka,
Bencana,
Dan sebagainya...
 Biar apa bentuk nikmat ini datang, pastinya ia datang dengan sebab kebijaksanaan Allah SWT buat hambaNya yang taat dan soleh.
 Ada manusia terima kekayaan kerana andai dia miskin, dia jauh dari Allah. 

Ada manusia terima kemiskinan kerana dengan kekayaan dia lupa Allah.

Ada manusia bahagia kerana dengan derita dia melupai Allah.

Ada orang derita kerana dengan bahagia dia derhaka kepada Allah.

Begitulah Seterusnya..

Allah memberi banyak ruang agar kita mengetahui bahawa nikmat ini datamg dari Allah.

Dan wajib kita syukuri

 Nikmat ini memerlukan kita untuk berani menganalisa dengan kesabaran..

Firman Allah SWT di dalam surah Ibrahim ayat 34
 Maka,

Bersyukur itu ialah melahirkan rasa terhutang budi kita kepada Allah.

Perasaan itu lahir hasil pancaran kesyukuran dari hati.

Firman Allah SWT di dalam surah Ad - Dhuha


2. Berserah


Allah merupakan Pemilik, Penguasa dan Raja kepada alam ini.

Sewajarnya kita menjadikan dia sebagai tempat kita berserah segalanya
 Firman Allah SWT di dalam surah Hud ayat 123
 Maksud berserah ini adalah bergantung atau bertawakkal sepenuhnya kepada Allah setelah disempurnakan segala daya usaha..
 Segala kudrah dan iradah Allah itu adalah pengakhiran segala keputusan.

Maka segala hasrat kita seharusnya berharap kepada Allah..

Agar hasrat ini tercapai tanpa akibat yang buruk.

Sikap tawakkal ini merupakan penghambaan kepada Allah bagi melahirkan rasa Tabah dan Tenang selepas kita berusaha sedaya mungkin..
 FirmanNya dalam surah Al Fatihah ayat 5

 "KepadaMU kami berserah dan kepadaMU kami mohon pertolongan"

 3. Ikhlas


Ibadah yang tulen adalah lahir dari hati yang ikhlas.

Tujuan ibadah bukan untuk di tayang atau menunjukkan kesolehan.

Tetapi lahir dari hati hanya untuk Allah.

Firman Allah SWT di dalam surah Al Baiyyinah ayat 5

 Dan surah al Ghafir ayat 14



 Inilah ketulenan ibadah yang lahir dari hati sebagai salah satu ciri khusyuk di dalam beribadah.

Tiada yang melapisi ibadah antara kita dengan Al Khaliq

4. Doa


Doa merupakan tali hubungan antara Allah dan makhluk.

Para ulama menyifatkan doa ini sebagai jiwa ibadah.

Doa itu merupakan dialog hamba dengan Tuhannya untuk mencurahkan harapan, pujian, sanjungan dan permohonan.

Firman Allah SWT di dalam surah Al Ghafir ayat 60


 Doa juga merupakan penawar hati yang gelap, yang sedih, yang hancur dan yang penuh dosa.

Ia memberikan kekuatan kepada jiwa yang telah rosak.

Apabila ia yakin, maka Allah akan mengabuli doanya.

Firman Allah SWT di dalam surah Al Baqarah ayat 186



 Al-Baqarah:186 - Dan apabila hamba-hambaKu bertanya kepadamu mengenai Aku maka (beritahu kepada mereka): sesungguhnya Aku (Allah) sentiasa hampir (kepada mereka); Aku perkenankan permohonan orang yang berdoa apabila ia berdoa kepadaKu. Maka hendaklah mereka menyahut seruanku (dengan mematuhi perintahKu), dan hendaklah mereka beriman kepadaKu supaya mereka menjadi baik serta betul.

 Doa merupakan senjata paling ampuh buat muslim yang yakin kepada Allah.


5. Tenang


Kemanisan ibadah dirasai dengan ketenangan jiwa.

Ibadah yang lahir dari hati akan merasai kemanisan ini.

Nikmat terbesar di dalam ibadah.

Firman Allah SWT di dalam surah Al Fajr ayat 27 - 30





 Bagaimana tenang tidak meresapi jiwa...

jika...

Apabila kita dijemput Allah dengan lemah lembut.. Santun..

umpama hotel 10 bintang..

Hai hamba Ku yang telah tenang...

Jemput lah bersama orang yang telah bahagia....

Masuk lah ke dalam syurga ku ini....


الله... 😭😭😭

 Maka... Konsep ibadah di dalam Islam ini pastinya berlainan daripada agama lain..

Kita mencari Redha Allah..

Bukan sekadar mengamalkan Solat, Puasa, Zakat, Haji..

Bahkan lebih jauh lagi jangkauan ibadah ini

 Ini merupakan salah satu dari kunci syurga.

Bekalan untuk ke akhirat..

Matlamatnya hanya Allah..

Namun, di dunia ini, Allah tidak mencela orang yang mengumpul hal dunia

Tetapi, pastikan niatnya kerana Allah.

Firman Allah SWT di dalam surah Al Qasas ayat 77

 Al-Qaşaş:77 - "Dan tuntutlah dengan harta kekayaan yang telah dikurniakan Allah kepadamu akan pahala dan kebahagiaan hari akhirat dan janganlah engkau melupakan bahagianmu (keperluan dan bekalanmu) dari dunia; dan berbuat baiklah (kepada hamba-hamba Allah) sebagaimana Allah berbuat baik kepadamu (dengan pemberian nikmatNya yang melimpah-limpah); dan janganlah engkau melakukan kerosakan di muka bumi; sesungguhnya Allah tidak suka kepada orang-orang yang berbuat kerosakan ".


 Kerja kita tidak menjadi penghalang antara kita dengan Allah..

Bahkan ianya juga ibadah apabila kita tidak melupai Allah..

Firman Allah SWT di dalam surah An Nur

 An-Nūr:37 - (Ibadat itu dikerjakan oleh) orang-orang yang kuat imannya yang tidak dilalaikan oleh perniagaan atau berjual-beli daripada menyebut serta mengingati Allah, dan mendirikan sembahyang serta memberi zakat; mereka takutkan hari (kiamat) yang padanya berbalik-balik hati dan pandangan.

 Garis panduan hal kerja dan ibadah Allah wahyukan di dalam surah Al Baqarah ayat 177

 Al-Baqarah:177 - Bukanlah perkara kebajikan itu hanya kamu menghadapkan muka ke pihak timur dan barat, tetapi kebajikan itu ialah berimannya seseorang kepada Allah, dan hari akhirat, dan segala malaikat, dan segala Kitab, dan sekalian Nabi; dan mendermanya seseorang akan hartanya sedang ia menyayanginya, - kepada kaum kerabat, dan anak-anak yatim dan orang-orang miskin dan orang yang terlantar dalam perjalanan, dan kepada orang-orang yang meminta, dan untuk memerdekakan hamba-hamba abdi; dan mengerjanya seseorang akan sembahyang serta mengeluarkan zakat; dan perbuatan orang-orang yang menyempurnakan janjinya apabila mereka membuat perjanjian; dan ketabahan orang-orang yang sabar dalam masa kesempitan, dan dalam masa kesakitan, dan juga dalam masa bertempur dalam perjuangan perang Sabil. orang-orang yang demikian sifatnya), mereka itulah orang-orang yang benar (beriman dan mengerjakan kebajikan); dan mereka itulah juga orang-orang yang bertaqwa.

 Inilah hubungan ibadah kita dengan Allah.. Melalui ciri yang telah dinyatakan tadi..

Semoga kita mampu ibadah dengan ikhlas untuk capai ketenangan yang telah dijanjikan..

إن شاء الله..

Kitab yang akan digunakan adalah tulisan Tuan Haji Yusoff Zaky Yacob bertajuk Menuju Jambatan Allah.

Comments

Popular posts from this blog

Tadabbur Surah Ad -Dhuha

Dosa Besar ke 11 : Lari dari medan perang.

Vitagen, Solivite Atau Susu Kultur Mengaktifkan Sel Kanser?