Tadabbur Al - Fatihah : Ayat 7(2)

 بسم الله الرحمن الرحيم، 
الحمدلله رب العالمين،
والصلاة والسلام على رسول الله،

السلام عليكم..


Surah Al Fatihah Ayat 7
Bahagian kedua

Iaitu...​​



Bermaksud "bukan jalan orang - orang yang Engkau murkai"


Selepas kita mohon pada Allah SWT agar diberi peluang mengikut jalan golongan yang diberi nikmat..

Kita mohon agar tidak mengikut jalan orang yang Allah Murkai..


 Siapakah golongan yang dimurkai oleh Allah?

Firman Allah SWT di dalam surah Ali Imran ayat 79..


'Āli `Imrān:79 - Tidaklah patut bagi seseorang manusia yang Allah berikan kepadanya Kitab ugama dan hikmat serta pangkat Nabi, kemudian ia tergamak mengatakan kepada orang ramai: "Hendaklah kamu menjadi orang-orang yang menyembahku dengan meninggalkan perbuatan menyembah Allah". Tetapi (sepatutnya ia berkata): "Hendaklah kamu menjadi orang-orang Rabbaniyin (yang hanya menyembah Allah Taala - dengan ilmu dan amal yang sempurna), kerana kamu sentiasa mengajarkan isi Kitab Allah itu, dan kerana kamu selalu mempelajarinya.


 Salah satu golongan yang dimurkai Allah ialah golongan yang diberi ilmu pengetahuan agama..

Tetapi menjadikan ia sebagai jalan kepentingan peribadi dan dunia...


Menyangka diri mereka ini maksum, suci dan lebih baik dari orang lain..


 Bagaimana bentuk penyelewengan ilmu dari golongan ilmuwan ini?


Firman Allah SWT di dalam surah Al - Baqarah ayat 79


 Al-Baqarah:79 - Kecelakaan besar bagi orang-orang yang menulis Kitab Taurat dengan tangan mereka (lalu mengubah Kalam Allah dengan rekaan-rekaan mereka), kemudian mereka berkata: "Ini ialah dari sisi Allah", supaya mereka dengan perbuatan itu dapat membeli keuntungan dunia yang sedikit. Maka kecelakaan besar bagi mereka disebabkan apa yang ditulis oleh tangan mereka, dan kecelakaan besar bagi mereka dari apa yang mereka usahakan itu.

 Penyelewengan ilmuwan ini adalah dengan meminda hukum Allah menurut hawa nafsu mereka.

Kemudian mereka mengatakan ia daripada Allah SWT...

Inilah para ilmuwan yang dimurkai Allah SWT

Mereka ini telah menjual agama demi kepentingan peribadi.

Mereka lalai dengan habuan dunia.

Mereka ini jauh dari petunjuk Allah..

Mereka juga tidak menyedari bahawa perbuatan ini tidak mendatangkan keuntungan apapun buat mereka.

Firman Allah SWT di dalam surah Al - Baqarah ayat 16


Mereka yang menjual agama ini tidak akan dapat keuntungan dunia, mahupun akhirat. 

Bahkan mereka adalah orang - orang yang rugi.

Siapakah contoh ilmuwan yang dimurkai Allah?

Firman Allah SWT di dalam surah Ali Imran ayat 78


 'Āli `Imrān:78 - Dan sesungguhnya, di antara mereka (Ahli Kitab itu) ada (Ketua-ketua ugamanya) yang memutar-mutar lidahnya semasa membaca Kitab Taurat (dengan mengubah maknanya), supaya kamu menyangkanya sebahagian dari Kitab Taurat padahal ia bukanlah dari Kitab itu. Dan mereka pula berkata: "(bahawa) ia adalah (datangnya) dari sisi Allah", padahal ia bukanlah dari sisi Allah; dan mereka pula tergamak berkata dusta terhadap Allah sedang mereka mengetahui (bahawa mereka adalah berdusta).

 Antara contoh ilmuwan yang menyeleweng adalah pendeta orang - orang yahudi


 Sikap buruk mereka ini Allah rakam di dalam Al-Quran seperti ayat di atas

 Selain itu, Rasulullah SAW bersabda :

"عن عادي ابن ابي حاتيم. ان رسول الله صلى الله عليه وسلم قال، إن المغضوب عليهم اليهود."

Dari Adiy bin Abi Hatim RA, Rasulullah SAW telah bersabda "Sesungguhnya yang dimurkai ke atas mereka itu adalah Yahudi"

Hadis Riwayat Imam Ahmad.

Status Hadis Sahih

 Maka, seharusnya kita hindari diri kita daripada menjadi seperti yahudi ini.

Mereka miliki ilmu yang tinggi, tetapi mengubah hukum Allah mengikut kehendak mereka.

Kita sebagai ahli masyarakat juga perlu tahu menilai para ilmuwan.

Yang mana benar - benar ikhlas di jalan Allah.

Atau yang mencari kepentingan dunia semata - mata.


Allah turut meninggalkan pesanan di hujung ayat 79 pada surah Ali Imran..


 'Āli `Imrān:79 - Tidaklah patut bagi seseorang manusia yang Allah berikan kepadanya Kitab ugama dan hikmat serta pangkat Nabi, kemudian ia tergamak mengatakan kepada orang ramai: "Hendaklah kamu menjadi orang-orang yang menyembahku dengan meninggalkan perbuatan menyembah Allah". Tetapi (sepatutnya ia berkata): "Hendaklah kamu menjadi orang-orang Rabbaniyin (yang hanya menyembah Allah Taala - dengan ilmu dan amal yang sempurna), kerana kamu sentiasa mengajarkan isi Kitab Allah itu, dan kerana kamu selalu mempelajarinya.


Pesanan buat para ilmuwan ini ialah mereka perlu menjadi golongan RABBANIYIN. Iaitu golongan yang hanya menyembah Allah dan mengajarkan ilmu serta mengamalkan ilmu yang benar.

Kerana para ilmuwan ini sentiasa mengajar dan mempelajari ilmu berterusan.

Jika mereka mengajar perkara yang salah. Maka rosaklah masyarakat..

Jika mereka mengajar kebenaran. Mereka telah mendekatkan diri mereka dan masyarakat kepada Allah SWT..


Untuk makluman, perkongsian ini saya ambil dari kitab tadabbur Al - Fatihah karangan Ustaz Baharuddin Ayuddin. 




Terbitan oleh penerbitan salafi, Selangor.

Rujukan daripada Tafsir Ibn Katsir

Comments

Popular posts from this blog

Tadabbur Surah Ad -Dhuha

Dosa Besar ke 11 : Lari dari medan perang.

Vitagen, Solivite Atau Susu Kultur Mengaktifkan Sel Kanser?