Tadabbur Al Fatihah - Ayat 7 (3)

 بسم الله الرحمن الرحيم، 
الحمدلله رب العالمين،
والصلاة والسلام على رسول الله،

السلام عليكم..

Surah Al f​​atihah Ayat 7

Bahagian ketiga
Iaitu bahagian terakhir..
 Ayat terakhir tadabbur ialah



 Bermaksud

" dan juga jalan - jalan orang yang telah sesat"


 Siapakah golongan yang telah sesat di sisi Allah ini?

Mereka ini adalah golongan yang telah diberi akal, pendengaran dan penglihatan..

Tetapi tidak mahu menggunakannya untuk mengenali Allah SWT..


Firman Allah SWT di dalam surah Al - Anfal ayat 22




 Allah kata "sejahat - jahat makhluk.."

Jika kita langgar syariat dan hukum Allah SWT.. Kita termasuk di dalam makhluk yang sangat jahat di sisi Allah..

والعياذ بالله..

Siapakah contoh golongan sesat ini?

Dari 'Adiy bin Hatim, Rasulullah SAW bersabda ;

إن المغضوب عليهم اليهود، والضالين النصارى

"Sesungguhnya golongan yang dimurkai Allah adalah Yahudi, dan golongan yang sesat adalah Nasrani"

Hadis Riwayat Imam Ahmad.

Status Hadis Sahih.


 Nasrani atau Kristian merupakan golongan yang sesat kerana telah melanggar syariat Allah dan mengubah hukum Allah SWT..

Jika kita berperangai seperti mereka, maka kita termasuk ke dalam golongan mereka..


 Siapah ikutan golongan Nasrani ini?



 Golongan Nasrani ini pada awalnya mengikut jejak pendeta dan pemuka agama mereka tanpa berpandukan dalil dan bukti yang sahih

 Oleh itu, mereka terua berada di dalam kesesatan daripada jalan yang lurus.


 Hadis Nabi SAW..



 Bermaksud.

'Adiy bin Hatim telah datang berjumpa Rasulullah SAW dengan lehernya masih memakai salib daripada emas.

Lalu Rasulullah SAW menegur..
"wahai 'Adiy, buangkan dari lehermu berhala itu."

Kemudian Rasulullah SAW membaca surah At - Taubah ayat 31..


 At-Tawbah:31 - Mereka menjadikan pendita-pendita dan ahli-ahli ugama mereka sebagai pendidik-pendidik selain dari Allah, dan juga (mereka mempertuhankan) Al-Masih ibni Maryam, padahal mereka tidak diperintahkan melainkan untuk menyembah Tuhan Yang Maha Esa; tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia. Maha Suci Allah dari apa yang mereka sekutukan.

 Rasulullah SAW kemudian menyambung sabda baginda

 "adapun mereka itu memang tidak memyembah pemimpin dan pemuka agama mereka, akan tetapi, apabila mereka menghalalkan ke atas mereka sesuatu, mereka ikut menghalalkannya. Apabila mereka mengharamkan ke atas mereka sesuatu, mereka ikut mengharamkannya."

Hadis Riwayat Imam At Tirmizi.

Status Hadis Hasan Gharib.


 Pengikut Nasrani tidak menyembah pemimpin atau pendeta mereka, mereka masih menyembah Allah.

Tetapi, apabila pendeta mereka menghalalkan yang haram, mereka ikut. Mengharamkan yang halal, mereka ikut.

Mereka ikut membuta tuli tanpa ada dalil yang sahih.

Ini dikenali dengan taklid buta.

Ikut tanpa berfikir.


Apakah kesan daripada taklid buta?


Akan berlaku sifat افرت (ifrat) iaitu berlebih-lebihan dan sifat تفرت (tafrit) iaitu cuai di dalam agama.

Firman Allah SWT di dalam surah Al - Maidah ayat 77


 Al-Mā'idah:77 - Katakanlah: "Wahai Ahli Kitab! Janganlah kamu melampau dalam ugama kamu secara yang tidak benar, dan janganlah kamu menurut hawa nafsu suatu kaum yang telah sesat sebelum ini dan telah menyesatkan banyak manusia, dan juga (sekarang) mereka telah tersesat (jauh) dari jalan yang betul"


 Maka, jika taklid atau mengikut membuta tuli, akan menyebabkan kita berada di dalam kesesatan..

Tuan Hussain Kedah pengarang kitab Hidayatus Sibyan menyatakan di dalam kitabnya bahawa taklid buta itu adalah sifat tercela


Adakah Muslimin hari ini menjadi orang yang bertaklid buta?


 Ya, ada yang mengikut tanpa menyelidiki dahulu kesahihan amalan kerana lemah di dalam penguasaan ilmu.


Firman Allah SWT di dalam surah Al - Isra' ayat 72


 Buta matahati bermaksud tidak mahu menuntut ilmu

Hadis Rasulullah SAW


 "Sesungguhnya di antara tanda dekatnya hari kiamat itu ada tiga ; salah satu daripadanya ialah mengutip ilmu dari golongan kecil"

Hadis Sahih di dalam Mu'jam Al - Kabir

 Menurut Ibnu Mubarak, golongan kecil ini ditafsirkan sebagai Ahli Bida'ah.

 Iaitu orang yang mereka - reka perkara baharu di dalam beribadat.

Kitab i'tiqad Ahlu Sunnah Wal Jamaah.


 Maka, kita sebagai umat Islam sepatutnya tidak mengikut jejak langkah Orang Nasrani yang sesat.

Menukar hukum agama berdasarkan kemahuan diri dan nafsu.

Juga jangan meninggalkan amalan menuntut ilmu.

Kerana, jika kita tidak menimba ilmu, kita akan kurang maklumat dan mengikut secara membuta tuli iaitu bertaklid.

Kita perlu tahu bukti dan dalil untuk mengenalpasti sebab amalan itu dilaksanakan.

Maka, kita akan terselamat dari amalan bidaah yang direka-reka.

Ketahuilah, orang yang bermaksiat mudah menerima taubat kerana mereka tahu mereka melakukan dosa.

Tetapi, bagi pengamal bidaah, mereka sukar bertaubat kerana sangka bahawa amalan mereka membawa ke syurga.

 Jom kita muhasabah diri kita dan menambah ilmu sepanjang hayat yang fardhu ke atas kita.

Moga kita terlepas dari segala kesesatan di dunia untuk berjaya di akhirat.

إن شاء الله..
Untuk makluman, perkongsian ini saya ambil dari kitab tadabbur Al - Fatihah karangan Ustaz Baharuddin Ayuddin. 




Terbitan oleh penerbitan salafi, Selangor.


Rujukan daripada Tafsir Ibn Katsir

Comments

Popular posts from this blog

Tadabbur Surah Ad -Dhuha

Dosa Besar ke 11 : Lari dari medan perang.

Vitagen, Solivite Atau Susu Kultur Mengaktifkan Sel Kanser?