Posts

Kebaikan Spirulina

Image
Tahukah Anda? Spirulina telah wujud selama 3.5 bilion tahun di bumi... ia merupakan antara  hidupan terawal yang wujud dan menjalankan proses fotosintesis untuk hidup... Di Afrika, terdapat satu etnik iaitu Kanem  yang mengumpul sejenis alga hijau untuk dijadikan kek kering untuk disimpan. Kaum ini mempunyai jangka hayat yang agak panjang iaitu 80 hingga 90 tahun dan sentiasa sihat kerana memakan alga hijau ini... penemuan ini dilakukan oleh seorang mikrobiologist dari Perancis iaitu Dr. Clement pada tahun 60-an... alga tersebut ialah Spirulina... Spirulina merupakan sejenis tumbuhan laut yang mempunyai jumlah nutrisi 1000 kali ganda dalam sayuran biasa.. 1 gram spirulina bersamaan nutrisi 1kg sayuran. Ia juga mempunyai 60 - 70% kandungan protein iaitu 3 kali dari daging dan 10 kali ganda dari nasi dan bijirin Spirulina mempunyai nutrisi dan mineral penting untuk tubuh manusia seperti zink, kalsium, kalium, magnesium, fosforus dan iodin.. ia juga mengandungi...

Vitagen, Solivite Atau Susu Kultur Mengaktifkan Sel Kanser?

Image
Post dari FB ni aku terima dari seorang rakan dalam whatsapp... seakan akan menjadi viral di laman sosial...  PERSOALAN  Adakah benar apa yang diperkatakan oleh ibu ini? Ramai org awam mempercayai kenyataan tanpa mengkaji secara total tentang hal ini... Bahkan lebih menakutkan, perkara ini tersebar meluas dan menyebabkan orang ramai salah faham tentang susu kultur ini. ADAKAH KITA FIKIR AKAN KESANNYA PADA MASA AKAN DATANG? Aku berasa kesal dengan kenyataan seperti ini kerana sepatutnya org siasat dahulu serta bertanya pada org yang lebih mengetahui hal ini sebelum mempercayai kenyataan ibu ni... Allah berfirman dalam  Surah al-Hujurat, ayat 6 yang  maksudnya "Wahai orang-orang yang beriman! Jika datang kepada kamu seorang fasik membawa sesuatu berita, maka selidikilah (untuk menentukan) kebenarannya, supaya kamu tidak menimpakan sesuatu kaum dengan perkara yang tidak diingini , dengan sebab kejahilan kamu (mengenainya) sehingga men...

10 cara Memasang lampu hiasan dinding (DIY)

Image
Nak pasang lampu hiasan dinding sendiri ni tak susah... Asal ade siap wiring.. klu  tak de wiring lagi, kena la panggil wireman... Melainkan korang pandai wiring sendiri... Kat rumah aku dah siap wiring, jadi tak susah untuk aku pasang lampu hiasan dinding ni.. Antara barang penting perlu ade :- 1. Mesin gerudi 2. Tukul besi 3. Skru ikut saiz tapak lampu 4. Tapak skru plastik 5. Skru driver ikut bunga skru 6. Pembaris 7. Pensil tanda 8. Test pen 9. Penyambung wire plastik 10. Pita pelekat hitam Cara2 :- 1. Ukur jarak yang sesuai untuk ketinggian lampu ( biasanya wiring yang telah dibuat akan berada pada ketinggian yang sesuai) 2. Guna pembaris untuk memastikan lubang gerudi dalam keadaan lurus (kalau tak buat ni memang senget la lampu tu jawabnya dan alamat bising la orang rumah) - tanya orang rumah sendiri untuk elak dia bising :p 3. Dah dapat tempat yang sesuai dan lurus, tanda kawasan lubang gerudi dengan pensil/apa2 la asal bertanda 4. Bi...

MEMBAIKI KEROSAKAN AIRCOND PERDANA V6

Image
SE-AWAL KEJADIAN Ketika aku melanjutkan pelajaran aku di Sungai Buloh, Selangor... kereta aku mengalami aircond yang tidak sejuk selepas aku terlanggar takungan air yang banyak dengan kelajuan (50km/j - 60km/j) 3 minggu sebelumnya... Kereta aku terpaksa dibawa ke bengkel dan di tinggalkan selama 8 hari untuk fully overhaul... Air masuk enjin dan segala kaki piston 6 batang tu bengkok kerana sejuk tiba2 selepas perjalanan jauh akibat air masuk melalui air filter box.... 8 hari dalam bengkel...fully overhaul memakan kos rm 3800... tapi kereta menjadi semakin sedap dibawa.... hehe... Namun Begitu, selepas beberapa hari Aircond menjadi semakin kurang bernyawa "macam ayat novel pulak" :p.... aku pun pergilah  ke kedai air cond untuk memeriksa...... KEDAI PERTAMA ( BATU 17, KUANG) Pekedai : Kenape bang? Aku : air cond tak sejuk la, boleh check? Pekedai : kereta ade buat ape2 tak sebelum ni? Aku : hari tu ada langgar air, hantar baiki, bawa turun enjin Pekedai ...

Berjalan ke Kertih, Terengganu

19/2/2015 (Khamis) Sempena cuti tahun baru cina, sepupu aku akan melangsungkan perkahwinannya di Kertih, Terengganu..jadi aku pun amik kesempatan ini untuk bercuti ke Negeri Penyu ini. Perjalanan ke Kertih, Terengganu dimulakan jam 1130am... kerana cuti tahun baru cina 2015 baru bermula, maka, berpusu pusu jg lah org memenuhi jalan menuju ke Bentong... Dari Sg. Buloh menuju ke Bentong mengambil masa 2 jam kerana kereta memenuhi jalan.. Jalan sesak hingga ke Karak...selepas Karak...baru lah jalan lancar semula Tiba di tol jabor, jalan menjadi sesak semula, 5km panjang n lebih sejam kami perlu beratur untuk membuat bayaran tol Kami tiba di Kertih jam 740pm..lebih 7 jan perjalanan kerana kesesakan lalu lintas... 20/2/2015 (Jumaat) Pada pagi jumaat selepas solat subuh, kami merancang untuk bersarapan di luar, pak cik membawa kami bersarapan di RANTAU CATERING yang berada ditepi jalan utama Kemaman - K. Terengganu 1km dari Petronas di situ menghala ke K. ...

Makan Tengahari di Kampung Melayu Sungai Buloh, Selangor

Image
NASI MMANGGEY Di Perak, terkenal dengan Nasi Vanggey / Nasi Ganja.. Namun lain pula kisahnya di Negeri Selangor... Korang pernah dengar Nasi Mmanggey??? Mungkin ada yang pernah dengar atau tidak pernah sama sekali.. Perjalanan aku hari ini adalah misi mencari kedai makan / warung yang menyediakan makanan tengahari terbaik. MISI Ketika aku menambah ilmu di benak fikiran aku di Sungai Buloh, Selangor.. rajin juga lah keluar bersama kawan2 untuk menjamah makanan tengahari. Kalau tak cari betul2, memang makan tengahari yang di rasa hari tu pasti tidak akan memuaskan hati korang kan. Kali ini aku mencari di kawasan Kampung Melayu Sungai Buloh terletak berdekatan dengan Hospital Sungai Buloh. Oleh kerana aku dah terbiasa denagan kawasan disini, maka tidak susah untuk aku meneroka segenap kawasan berdekatan. WARUNG KITA Warung ini baru sahaja dibuka pada pengakhiran tahun 2014. Kawasannya agak terbuka dan mempunyai kawasan parkir kereta yang agak besar tetapi terha...

Pos Basik Otorhinolaryngology (Kementerian Kesihatan Malaysia)

POS BASIK Pengenalan Ia adalah program pembelajaran tambahan dan pengkhususan selepas pembelajaran Basik. Ia dikendalikan oleh Bahagian Pengurusan Latihan Kementerian Kesihatan Malaysia dengan silibus pembelajarannya yang tersendiri. Program ini adalah khas untuk Jururawat  dan Penolong Pegawai Perubatan (MA) lepasan diploma dari sektor awam mahupun sektor swasta. Permohonan boleh dilakukan secara atas talian di laman web Bahagian Pengurusan Latihan Kementerian Kesihatan Malaysia. Syarat Antara syarat2 untuk memohon Pos Basik ini ialah : 1. Bebas dari tindakan tatatertib 2. Sah dalam perkhidmatan 3. Telah berada diunit yang berkenaan lebih dari 6 bulan 4. Dilepaskan oleh ketua jabatan Implimentasi Program Pos Basik ini amat bagus dalam memberi pengetahuan tambahan bagi Jururawat mahupun MA untuk memberikan perkhidmatan kepada pesakit. Dengan wujudnya program ini, kemahiran serta pengetahuan Jururawat dan MA akan bertambah seterusnya menjamin ...