Posts

Menuju Jambatan Allah : Iktidal

​ ​​ Bacaan iktidal. Selesai rukuk, kita akan berdiri tegak semula. Gerakan iktidal ini seiring dengan bacaan zikir memuji Allah SWT. سمع الله لمن حمده. Sami Allahu Liman Hamidah. Allah mendengar sesiapa yang memujiNya. Kemudian, sunat digandakan dengan bacaan ربنا ولك الحمد. Ya Tuhan kami, dan segala pujian untuk yang Maha Terpuji.  Sanjungan ini secara pelbagai adalah untuk Allah. Dan Allah itu Maha mendengar. Alangkah janggal jika pujian itu hanya dibir kita sahaja tanpa lahir dari hati. Hati kita lalai ketika memuji. Dan tiada kesungguhan. Kerana Solat kita dilaksanakan untuk dipersembahkan kepada Allah.  Intisari pujian ini adalah dari hati kita yang benar2 ikhlas buat Allah. Melafazkan pujian yang singkat namun padat. Ungkapan indah ini adalah tanda Ubudiyyah (penghambaan) diri kita dengan sesungguh hati.  Jika ditambah dengan bacaan lain seperti 1. ربنا ولك الحمد كثرا طيبا مباركا فيه. Rabba...

Menuju Jambatan Allah : Rukuk

​  Bacaan dalam rukuk. Bacaan di dalam rukuk merupakan bacaan yang disunatkan sahaja. Dan ungkapan ini lebih kepada zikir dan tasbih. Boleh juga dibaca doa tertentu.  Contoh bacaan 1. سبحان ربي العظيم Subhana Rabbial 'Azimi. Maha Suci Tuhanku yang Maha Agung HR Muslim. 2. سبحانك اللهم ربنا وبحمدك اللهم اغفرلي.. Subhanaka Allahumma Rabbana Wabihamdika Allahummaghfirli. Maha suci Engkau ya Allah ya Tuhan Kami dan aku memujiMu, Ya Allah, ampunilah aku. HR Bukhari dan Muslim. 3. سبح قدوس رب الملائكة والروح. Subbuhu quddusu Rabbul Malaikati Warruh. Ya Allah, Engkau Maha Suci, Maha Qudus, Engkaulah Tuhan Malaikat dan Roh. HR Muslim 4. سبحان ذي الجبروت والملكوت والكبر ياء والعظمة. Subhana zil Jabarut wal malakut wal kibri yaai wal azamah.  Maha suci Engkau yang memiliki kuasa Mutlak, kerajaan yang luas dan memiliki kebesaran dan keagungan. HR Abu Daud, At-Tirmizi dan An Nasaie. 5. اللهم لك ر...

Menuju Jambatan Allah : Ringkasan Al Fatihah

Image
​ Setelah kita selesai membaca doa pembuka (iftitah), kita akan memulakan rukun qauli yang kedua selepas takbir.. Iaitu Bacaan Al Fatihah..  Membaca ayat-ayat di dalamnya dengan kefahaman dan kesedaran yang tinggi akan menusuki hati kita. Tambahan pula, memahaminya dengan sebenar-benar keimanan.. Al Fatihah merupakan induk Al - Quran.. Merangkul keseluruhan Al Quran.. Setiap satu dari tujuh ayatnya mengandungi persoalan agama yang besar. Ia pendek dan padat. Sarat dengan keseluruhan isi Al Quran.. Bagi mereka yang mahu memahami.. Oleh itu, Allah SWT telah memilih Al Fatihah sebagai kewajipan di dalam solat.  Al Fatihah secara ringkas.. 1. بسم الله الرحمن الرحيم Dengan nama Allah yang Maha Pengasih dan Maha Penyayang. Hakikat yang tidak dapat kita pisahkan daripada kehidupan kita kepada Allah. Allah menjadi sumber kekuatan dan penciptaan. Maka Allah berhak ke atas kita sepenuhnya. Kita membangkitkan perasan...

Menuju Jambatan Allah : Doa Iftitah

Image
​  Selepas dua azan dikumandangkan 1. Azan 2. Iqamah Iaitu 2 seruan mengajak kita mendirikan solat. Bermakna kita telah bersedia untuk memasuki pintu solat.  Kita berdiri tegak (qiam) menetapkan niat untuk bersolat. Lalu kita mengangkat tangan dan bertakbir.. Maka.. Takbir membesarkan Allah SWT itu telah memindahkan kita dari alam nyata ke alam menghadap Allah SWT.. Allah berada di hadapan kita. Dialah yang wajib kita taati, wajib disembah daripada segala makhluk yang fana..  Lafaz الله اكبر itu merupakan semboyan peringatan kepada kita bahawa kita ini kerdil.. Lemah.. Tidak memiliki apa2.. Allah yang telah memberi segalanya kepada kita.. Kecilnya kita dihadapan Allah yang Maha besar..  Ketika membuka pintu solat dengan takbir.. Ketahuilah bahawa kita perlu memahami Rukun ketiga di dalam Islam iaitu Ehsan.. Sabda Rasulullah SAW : انّ تعبد اللّه كأنك تراه، فإن لم تكن تراه، فإنه يراك، ...

Menuju Jambatan Allah : Solat

Image
Solat merupakan penghulu segala ibadah. Tanpa Solat,  ibadah yang lain tidak akan dipandang oleh Allah SWT.. Puasa, Zakat, Haji, Sedekah, bercakap baik, membaca Al Quran, belajar ilmu.. Tidak akan mendatangkan makna sekira solat ditinggalkan..  Solat itu bukan sekadar kewajipan fizikal melalui gerak rukun perbuatan (fi'li) semata - mata.. Ia merangkumi anggota jasmani, rasa hati, fikiran yang berpusat untuk ​​ berhubung dengan Allah SWT.  Solat ini menyegarkan badan.. Menyegarkan jiwa.. Mencerdaskan otot.. Membebaskan segala tekanan yang ada pada diri secara Jasmani dan Rohani..  Cuba rasakan.. Selepas penat bekerja, berdiri, berjalan... Kemudian kita berwudhuk dan nikmati solat itu.. Apakah yang kita rasa? Fikiran kembali kosong dan cerdas, jiwa menjadi tenang, otot menjadi kendur dan cergas semula. Malah, kita mampu tersenyum..  Solat ialah pujian terhadap Allah SWT.. Sebagai tanda rasa syuku...

Menuju Jambatan Allah : Ciri Ibadah

Image
​ ​​ بسم الله الرحمن الرحيم. الحمدلله رب العالمين. والصلاة والسلام على رسول الله. وعلى آله وصحبه أجمعين.. Segala puji bagi Allah yang telah menjadikan kita sebagai khalifah. Dan memberi segala nikmatnya. Di dalam ibadah terdapat rukun - rukunnya yang apabila kita selami, maka kita akan dapat merasai kewujudan Allah SWT.  Selain itu, ibadah juga memiliki ciri - cirinya yang tersendiri, iaitu :  1. Syukur. Allah merupakan sumber kepada seluruh makhluk.. Dia merupakan tempat kita bergantung, meminta, memohon dan segala - galanya. Oleh itu, wajar nikmat - nikmat kurniaan ini disyukuri melalui ibadah kita. Salah satu sebab kita beribadah adalah tanda rasa Syukur kita kepada Allah yang Maha Esa. Firman Allah SWT di dalam surah Al Baqarah ayat 172  Seluruh hidup kita dilingkungi nikmat Allah SWT yang tidak terbatas. Tanpa kita sedari, nikmat ini datang di dalam pelbagai bentuk seperti : Kebaikan, Ke...

Menuju Jambatan Allah : Konsep Ibadah

Image
 بسم الله الرحمن الرحيم. الحمدلله رب العالمين. والصلاة والسلام على رسول الله. وعلى آله وصحبه أجمعين.. Segala puji bagi Allah yang telah menjadikan kita sebagai khalifah. Dan memberi segala nikmatnya. Kita mulakan perkongsian pertama malam ini berkenaan KONSEP IBADAH.  Tidak dinafikan bahawa antara syarat mencapai khusyuk di dalam solat adalah memahami apa yang dibaca ketika solat.  Disamping itu, kita perlu tahu tujuan bacaa ini secara luhur daripada hati nurani.  Agar ianya dapat di hayati.  Ia juga bertujuan agar, solat itu benar2 - benar mendatangkan kesan di dalam diri seorang muslim secara Lahiriah dan Batiniah  Oleh itu, Konsep ini harus difahami dengan jelas agar ia berada pada Qalbu yang paling dalam.  IBADAH merupakan pengabdian atau penghambaan diri kepada PENCIPTA (Allah)  Ia datang daripada perasaan rendah diri kita kepada Allah. Kita sedar bahawa Allah itu Maha Agung, Maha Be...