Posts

Sayyidul Istighfar

​ ::FADHILAT PENGHULU ISTIGHFAR:: Jika ia mengucapkan di waktu siang dengan penuh keyakinan lalu meninggal pada hari itu sebelum waktu petang, maka ia termasuk dari penghuni surga. Dan jika ia membacanya di waktu malam dengan penuh keyakinan lalu meninggal sebelum masuk waktu pag ​​ i, maka ia termasuk dari penghuni surga.' Bacaanya ialah:-  اللَّهُمَّ أَنْتَ رَبِّي لَا إِلَهَ إِلَّا أَنْتَ Ya Allah, Engkau adalah Tuhanku, tidak ada Tuhan yang berhak diibadahi selain Engkau   خَلَقْتَنِي وَأَنَا عَبْدُكَ Engkau telah menciptakanku dan aku adalah hamba-Mu. وَأَنَا عَلَى عَهْدِكَ وَوَعْدِكَ مَا اسْتَطَعْتُ Aku menetapi perjanjian-Mu dan janji-Mu sesuai dengan kemampuanku   أَعُوذُ بِكَ مِنْ شَرِّ مَا صَنَعْتُ Aku berlindung kepada-Mu dari keburukan perbuatanku   أَبُوءُ لَكَ بِنِعْمَتِكَ عَلَيَّ وَأَبُوءُ لَكَ بِذَنْبِي aku mengakui dosaku kepada-Mu dan aku akui nikmat-Mu kepadaku   فَاغْفِرْ لِي فَإِنَّهُ لَا ي...

Menuju Jambatan Allah : Salam dan Qunut

Image
 Selepas pengembaraan hati yang indah ke alam rohaniyyah. Hati kita segar semula selepas berdialog dengan Allah. Kita kembali semula ke alam nyata.    Salam adalah doa kita kepada insa ​​ n disekeliling kita. Mengucapkan kesejateraan buat sahabat dan saudara seagama.    Solat menghubungkan langit (tempat asal kita) dan bumi (tempat permuaafiran kita) sebelum kita kembali ke tempat asal kita (akhirat).    Penghayatan solat yang tinggi umpama jambatan emas menuju kepada Allah. Jalan ini adalah jalan para Rasul. Jalan ibadah yang menjadi penghubung kita dengan Pencipta. Maka, kita berpegang pada iman kita yang tetap. Bahawa tiada tuhan selain Allah. Dan Muhammad saw itu pesuruhNya.    Lafaz salam السلام عليكم.. Ini adalah yang wajib. السلام عليكم ورحمة..    Lafaz Tambahan Doa qunut    Doa qunut diamalkan oleh fiqah mazhab Imam Syafie. Sunnahnya d...

Menuju Jambatan Allah : Doa Selepas Tasyahud Akhir

Image
​ *Doa selepas tasyahud dan selawat tetapi sebelum salam.* ​​ Di dalam solat terdapat beberapa tempat yang muatajab doa. Antaranya ialah : 1. Ketika sujud 2. Ketika duduk antara dua sujud. 3. Selepas tasyahud dan selawat sebelum lafaz salam.  Sebelum kita menamatkan pertemuan kita dengan Allah SWT, kita disunnahkan untuk berdoa memohon apa sahaja. Ketika ini,doanya adalah mustajab. Sama ada ketika solat fardhu mahupun solat sunat. Rayu dan mohonlah segala kebaikan. Dengan syarat, berbahasa Arab.  Antara doa yang Rasulullah SAW sentiasa melafazkan sebelum salam ialah  Ya Allah, aku memohon perlindungan kepada Mu dari azab Kubur, perlindungan daripada fitnah Al - Masih Dajjal, perlindungan dari fitnah hidup dan mati, serta perlindungan daripada dosa besar dan beban hutang. HR Bukhari dan Muslim. Status Hadis Sahih Seterusnya :   Ya Allah, ampunilah dosaku yang telah lalu, juga dosa yang aku...

Menuju Jambatan Allah : Bacaan Selawat

​  Bacaan Selawat. Tasyahud tanpa selawat adalah rosak. Ia perlu digabungkan sekali.    Sekurang - kurang selawat adalah اللهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّدٍ Jika tidak dibaca pada  : 1. Tasyahud awal, ia tidak dikira dan disunatkan untuk sujud sahwi bg mengantikannya. 2. Tasyahud akhir, keseluruhan solat adalah rosak dan wajib diulang semula     Terdapat pilihan Bacaan Selawat yang sempurna : 1. اَللهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّدٍ ، وَعَلَى آلِ  مُحَمَّدٍ ، كَمَا صَلَّيْتَ عَلَى اِبْرَاهِيمَ، وَعَلَى آلِ اِبْرَاهِيمَ، وَبَارِكْ عَلَى مُحَمَّدٍ، وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ، كَمَا بَارَكْتَ عَلَى اِبْرَاهِيمِ، وَعَلَى آلِ اِبْرَاهِيمَ، إِنَّكَ حَمِيدٌ مَجِِيدٌ. Pengertian: Ya Allah, cucurilah RahmatMu ke atas Muhammad dan keluarga Muhammad, sebagaimana Engkau cucuri Rahmat ke atas Ibrahim dan Keluarga Ibrahim, Kurniakan keberkatan ke atas Muhammad dan keluarga Muhammad, sebagaimana Engkau kurniakan keberkatan k...

Menuju Jambatan Allah : Bacaan Tasyahud

​  Bacaan Tasyahud Tasyahud terbahagi kepada 2 iaitu 1. Awal = sunat ab'ad 2. Akhir = rukun qauli (wajib) Jika tertinggal yang awal, sunat digantikan dengan 2 sujud sahwi. Jika tertinggal yang akhir, solat terbatal dan perlu diulang semula. Bacaan tasyahud yang dipilih oleh Imam As - Syafie adalah riwayat Ibn Abbas RA. Iaitu   التّحيّات المباركات الصّلوات الطّيّبات للّه، السّلام عليك ايّها النّبيّ ورحّمة اللّه وباركاته، السّلام علينا وعلى عباد اللّه الصّالحين، أشهد أن لا إله إلا اللّه، وأشهد أنّ محمّد الرّسول اللّه. "Segala penghormatan dan kemuliaan, segala pengurniaan kebajikan yang berkekalan, segala solat dan ucapan yang baik adalah mikik Allah, semoga Allah mengurniakan kesejahteraan, rahmat dan kebajikan kepada Nabi, semoga Allah mengurniakan kesejahteraan kepada kami dan hambaNya yang soleh, Aku bersaksi bahawa tiada tuhan yang layak disembah selain Allah, dan Aku naik saksi bahawa Nabi Muhammad itu pesuruh Allah." ...

Menuju Jambatan Allah : Duduk Antara Dua Sujud.

Image
 Selepas sujud, kita akan duduk antara dua sujud yang dinamakan sebagai duduk iftirasy. Ketika duduk ini. Jari jemari semua dihadapkan ke kiblat. Di saat ini diaunatkan membaca beberapa doa.  Bacaan duduk antara dua sujud : رَبِّ اغْفِرْلِي، وَارْحَمْنِي، وَاجْبُرْنِي، وَارْفَعْنِي، وَارْزُقْنِي، وَاهْدِنِي، وَعَافِنِي، وَاعْفُ أَنِّي. Ya Tuhanku, ampunilah aku, rahma ​​ tilah aku, sempurnakan kekurangan aku, angkatlah darjatku, limpahkah rezeki kepadaku, kurniakan hidayah kepadaku, afiatkanku dan maafkan ku.. HR Abu Daud dan Ibnu Majah. Status Hadis Sahih Juga boleh dibaca begini. أَللَّهُمَّ اغْفِرْلِي ،وَارْحَمْنِي ، وَعَافِنِي، وَاهْدِنِي، وَارْزُقْنِي ، وَاجْبُرْنِي ، وَارْفَعْنِي. Ya Allah, ampunilah aku, rahmatilah aku, selamatkan aku, kurniakan hidayah kepadaku, limpahi rezeki kepada ku, sempurnakan kekurangan ku, angkatlah darjatku. HR Muslim, Abu Daud dan At - Tirmizi. Status Hadis Sahih Juga Dibaca begini...

Menuju Jambatan Alah : Sujud

Image
Sujud yang sempurna seperti Rasulullah SAW ialah 1. Menurunkan kedua lutut terlebih dahulu. 2. Diikuti kedua tapak tangan. 3. Kemudian Dahi dan hidung. Apabila bangun daripada sujud : 1. Mengangkat Dahi dan hidung. 2. Diikuti kedua tapak tangan. 3. Kemudian diangkat kedua lutut. Ini adalah pilihan mazhab Syafie dan Abu Hanifah Bacaan di dalam sujud. Ungkapan tasbih : سبحان ربي الأعلى Subhana Rabbial A'laa Bermaksud : Maha Suci Tuhanku yang Maha Tinggi. Ketika sujud inilah waktu yang paling dekat dengan Allah. Sabda Rasulullah SAW.  Bermaksud : Dari Abu Hurairah RA. Sesungguhnya Rasulullah SAW telah bersabda, "saat yang paling dekat seseorang itu dengan Tuhannya ialah ketika sujud, oleh itu, perbanyakkanlah berdoa" HR Muslim Status Hadis Sahih Sedekat mana Allah dengan HambaNya? Firman Allah SWT di dalam surah Qaf ayat 16 ...