Posts

Pengamalan Tahlil di Malaysia

بسم الله الرحمن الرحيم الحمد لله اللهم صل على محمد وبعد ✏️ Pengamalan Tahlil di Malaysia. 1. Mengapa ada yang menentang? Kerana perbezaan pegangan dan kefahaman terhadap tahlil.  Kebanyakkan yang berselisih kerana mereka mengambil tafsiran hadis secara terus atau menggunakan manhaj pemikiran ahlul hadis. Manakala yang mengamalkan pula berpegang kepada kaedah dan manhaj mazhab utama di sesebuah negara. 2. Apa yang berbeza? Manhaj Ahlul Hadis tidak mempunyai kaedah fiqh. Mereka tidak menggunakan usul fiqh dan tidak menggunakan qawaid fiqh dalam menentukan hukum. Lalu mereka berpegang kepada status hadis sama ada sahih, hasan, daif dan maudu'. Sekiranya suatu amalan tiada dalam hadis. Maka mereka menganggap ia adalah perbuatan yang mungkar. Bagi manhaj mazhab pula, terdapat kaedah yang memberi ruang untuk para fuqaha mengeluarkan hukum. Oleh itu, jika terdapat perkara yang tiada di dalam sumber hukum asal seperti al-Quran dan Hadis, maka, fuqaha menyelesaikan sesuatu masalah hukum den...

Ulama dan Maksum : Sebuah Definisi

Ulama dan Maksum : Sebuah Definisi. Ulama dari sudut bahasa bermaksud berpengetahuan. Menurut Kamus Dewan Edisi Kedua ulama bermaksud orang yang berpengetahuan dalam agama Islam.  Berdasarkan Kamus Dewan Edisi Keempat, ulama bermaksud orang yang ahli dan pakar dalam pengetahuan agama Islam. Berdasarkan Mu’jam Maani, Ulama berasal dari kalimah عَالِمَ dengan kata jamak yang berubah menjadi عَالِمُوْنَ  dan عُلَمَاءُ , ia adalah kata nama pelaku yang menunjukkan sifat kepada individu atau sekumpulan orang dengan suatu ilmu dan pengetahuan yang banyak dan dikhususkan dalam sesuatu ilmu tertentu.  Juga bagi menggambarkan orang yang mempunyai pengetahuan dalam semua urusan agama dan sains (kehidupan). Dengan makna lain, mereka adalah arif dan pakar dengan kedua-dua ilmu tersebut. .... Maksum berdasarkan Kamus Dewan Edisi Kedua adalah terlepas dari sesuatu yang buruk.  Berdasarkan Kamus Dewan Edisi Keempat pula bermaksud terpelihara atau bebas dari dosa, tidak tercela dan ...

Siapa Nasrani dan Yahudi?

  Siapa Nasrani Nasrani adalah keturunan Bani 1sra3l dari kerajaan Yahudi. Hakikatnya mereka adalah Yahudi Bani Israel. Mengapa tidak disebut sahaja Bani Israel atau Yahudi? Hal ini kerana Nabi Isa AS telah diutuskan oleh Allah SWT kepada Bani !sra3l untuk membetulkan kefahaman terhadap agama Islam yang telah diseleweng oleh bangsa Yahudi. Ajaran Islam melalui Nabi Musa AS dan berpandukan kitab Taurat diubah dan ditukar maknanya, isi kandungannya dan tafsirannya mengikut kehendak nafsu semata-mata. Taurat pernah diperbetulkan oleh Allah SWT melalui mukjizat yang dikurniakan oleh Allah kepada Nabi Uzair AS. Namun, mereka menganggap Nabi Uzair sebagai anak Allah kesan dari kelebihan ini. Kemudian diselewengkan semula selepas kewafatan Nabi Uzair. Allah menyelamatkan Taurat lagi dengan perutusan Nabi Yahya AS yang diajarkan kitab Taurat melalui perantaraan Jibril. Namun, Nabi Yahya AS dibunuh kerana menegur kemungkaran pemerintah berdasarkan undang-undang Taurat yang sebenar. ...

Memahami Khawarij : Sebuah percambahan minda.

 Memahami Khawarij : Sebuah percambahan minda. Khawarij adalah sebuah golongan yang muncul selepas peristiwa Tahkim antara Saidina Ali bin Abi Talib RA dan Muawiyyah bin Abu Sufyan. Kumpulan ini telah luput dek zaman, namun, pemikiran, ideologi dan falsafah kumpulan ini kekal berlegar dalam dunia sehingga hari ini. Ciri-ciri khawarij : 1. Mereka membenci Saidina Ali bin Abi Talib RA dan menganggap Saidina Ali RA serta penyokongnya adalah kafir. 2. Mereka sangat yakin bahawa seorang mukmin yang melakukan dosa besar telah menjadi kafir. 3. Mereka menghalalkan pembunuhan orang yang bermusuh dengan mereka walaupun dari kalangan orang Islam. 4. Mereka menganggap Islam hanya boleh ditegakkan melalui jalan peperangan sahaja. 5. Sumber rujukan mereka hanyalah al-Quran semata-mata. Menurut Imam an-Nawawi RH, Khawarij adalah kelompok pelaku bida’ah yang sangat meyakini bahawa orang yang melakukan dosa besar akan kekal di dalam neraka. Mereka tidak mahu menghadiri sembahyang jumaat ...

Antara kefahaman atau kedegilan : Golongan Sofisme atau al-Sofisthaiyyah.

  Antara kefahaman atau kedegilan. Dunia ilmu pasti padat dengan perbincangan, kritikan dan pengkajian. Hal ini kerana ilmu memerlukan kefahaman supaya ilmu tersebut benar-benar dapat di hadam lantas menghampiri kebenaran. Kalimah “FIQH” banyak digunakan dalam sesebuah ilmu bagi memberi kefahaman terhadap sesuatu seperti fiqh ibadah, fiqh muamalat, fiqh muqarran, fiqh sultaniyyah dan pelbagai jenis fiqh. Fiqh dari sudut bahasa bermaksud mempunyai ilmu terhadap sesutau dan memahami ilmu tersebut. Kalimah fiqh berasal dari 2 kata dasar Bahasa Arab iaitu : 1.     فَقِهَ , يَفْقَهُ , فِقْهًا , فَقِهٌ 2.     فَقَهَ , يَفْقَهُ , فَقَاهَةٌ , فَهُوَ فَقِيْهٌ Kalimah pertama membawa maksud memahami perkataan orang yang bercakap atau menulis. Kalimah kedua membawa maksud memahami sesuatu secara mendalam seterusnya menjadi lebih faham. Maka orang yang memahami ilmu, memahami percakapan orang, memahami penulisan orang secara mendalam dan betul lalu d...

Merry Christmas

✏️Apa itu Merry Christmas? Merry menurut English Oxford Living Dictionaries adalah “cheerful and lively” (ceria dan meriah). Ia berasal daripada Bahasa Inggeris klasik - myrige - iaitu “pleasing, delightful” (menyenangkan, menggembirakan). Christmas pula bermaksud  “The annual Christian festival celebrating Christ's birth, held on 25 December in the Western Church”  Festival tahunan penganut Kristian bagi menyambut kelahiran Christ, diadakan pada 25 Disember di Gereja Roman Katolik. Ia berasal daripada Bahasa Inggeris klasik - Crīstes yang merujuk kepada Jesus Christ. Mæsse pula bermaksud sambutan jamuan suci (eucharist) bagi penganut Kristian khususnya gereja Roman Katolik. Mæsse juga bermaksud Mass yang merujuk kepada upacara mingguan pada hari Ahad di gereja-gerja Katolik, begitu juga upacara pada Holy Days of Obligation.  Ia juga berasal daripada Bahasa Latin; missa. Ia diguna pakai pada penghujung liturgy apabila paderi berkata:  "Ite missa est"  Bermaksud ...

✏️Adab dan Tawadu'

✏️Adab dan Tawadu' Tempoh hari, guru kami menceritakan bagaimana ulamak tua dan ulama muda hidup harmoni walaupun berbeza pandangan.  Sebab utamanya adalah adab. Dikisahkan kepada kami salah satu riwayat adab Imam besar Mazhab iaitu al-Imam Malik dan al-Imam al-Syafie. Ketika Imam Syafie sedang mengajar disebuah masjid (disebut sebagai Masjid Nabawi), Imam Malik datang menyamar sebagai pendengar tanpa disedari oleh Imam Syafie. Usai mendengar, maka Imam Malik ke sebuah dinding di masjid tersebut lalu diukir tulisan ini : من اراد العلم النفيس،  فعليه بمحمد بن ادريس، Barang siapa yang ingin ilmu yang berharga, Maka ianya ada bersama Muhammad bin Idris, *Muhammad bin Idris adalah nama sebenar Imam Syafie. Pada keesokan harinya, Imam Syafie datang ke masjid itu, lalu terlihat tulisan tersebut lantas menulis di bawahnya perkataan ini : وكيف لايكون كذلك،  وهو تلميذك يامالك، Bagaimana terjadi sebegitu, Sedangkan dia adalah anak muridmu wahai Malik. ... Kata guru kami, mereka ber...