Dosa besar ke 44 : Pengukir Patung atau Lukisan Pada Pakaian dan Dinding.
Lukisan dan ukiran patung adalah antara bidang dalam perkembangan manusia. Ia memiliki nilai estetika pada hasil kerja tersebut. Kadangkala ia menjadi identiti kepada bangsa, benua atau negara. Ia adalah bukti ketamadunan dalam sesebuah negara yang memiliki kerajaan Namun begitu, terdapat sempadan had, bagi seorang muslim untuk membuktikan kemahirannya dalam bidang seni. Kerana apa? Kerana, sejarah telah membuktikan bahawa hasil ukiran atau lukisan mampu membuatkan seseorang atau masyarakat menjadi kagum lalu menyembah ukiran atau lukisan tersebut. Firman Allah SWT Ta ha ayat 85 قَالَ فَإِنَّا قَدْ فَتَنَّا قَوْمَكَ مِنۢ بَعْدِكَ وَأَضَلَّهُمُ السَّامِرِىُّ Allah berfirman: "Maka sesungguhnya Kami telah menguji kaummu sesudah kamu tinggalkan, dan mereka telah disesatkan oleh Samiri. Apa yang dilakukan oleh Samiri ini? Ta ha ayat 88 فَأَخْرَجَ لَهُمْ عِجْلًا جَسَدًا لَّهُۥ خُوَارٌ فَقَالُوا هٰذَآ إِلٰهُكُمْ وَإِلٰهُ مُوسٰى فَنَسِىَ ...