Sejarah Syirik
✏️ Sejarah Syirik. بسم الله االرحمن الرحيم، Ibnu Jarir (2/334)menukilkan daripada Ibnu Abbas RA. Bahawa beliau menceritakan tentang kesyirikan manusia. Kata Ibnu Abbas RA. Manusia tidak pernah syirik kepada Allah sebelum zaman Nabi Nuh AS. Antara Nabi Adam AS hingga Nabi Nuh AS terdapat 10 generasi (1000 tahun). Ketika zaman Nabi Nuh AS, manusia mula memyembah selain daripada Allah. Lalu Allah utus Nabi Nuh AS. Tetapi yang mendengar seruan Nabi Nuh AS tidak sampai 100 orang selepas 950tahun berdakwah. Maka Allah bersihkan dunia ini dari kesyirikan. Selepas Nabi Nuh AS wafat, anak dan pengikutnya yang taat telah membina peradaban dunia dan melahirkan zuriat yang baharu. Sampai satu saat, para pengikut Nabi Nuh AS juga mati. Oleh kerana sifat soleh mereka, mereka diingati dan para manusia pada ketika itu membina tugu / patung sebagai tanda peringatan dan penghormatan. Tetapi mereka tidak menyembah tugu tersebut. Selepas itu, muncul generasi baharu yang memuli...