Posts

Showing posts from March, 2020

Apa Yang Paling Kuat?

✏️Apa Yang Paling Kuat?  Saidina Ali R.A berkata : Allah menciptakan sesuatu yang paling kuat. Allah menciptakan besi yang terkenal dengan kekuatannya, Lalu Allah menciptakan api yang dapat mencairkannya.  Lalu Allah ciptakan air untuk memadamkn api.  Lalu Allah menciptakan awan yang dapat membawa air. Lalu Allah ciptakan angin yang mampu meniup awan.  Lalu Allah ciptakan gunung -ganang yang mampu menahan awan, hujan dan angin.  Lalu Allah ciptakan manusia yang mampu memarah bukit, menebuk gunung dan menebang pokok.  Manusia bangga dengan kekuatan yang unik ini.  Lalu Allah menciptakan tidur yang melemahkan manusia, tidur yang mampu menewaskan anak Adam. (Seakan - akan mati)  Lalu Allah ciptakan kerisauan, kesedihan dan kesedihan. Tidur tidak lagi dinikmati.  Lalu Allah ciptakan zikir di hati hamba-Nya. Hingga hati kembali tenang. Menghilangkan resah dan kesedihan.  Maka siapakah yang paling kuat?  Zikrullah..  Diambil dari pet...

Pengalaman Rawatan IVF Siri 2 : Rezeki dari Allah SWT.

Dalam tulisan rawatn  Siri 1 , aku telah menceritakan pengalaman menjalankan rawatan kesuburan. Ia sangat memerlukan ketabahan dan kesabaran. Kerana ia suatu Mujahadah yang tinggi.  Selain dari menjalankan rawatan. Aku juga perlu berubah. Berhijrah dari yang kurang baik, kepada yang lebih baik.  Berhijrah dari jauh dari Allah dengan mendekatkan diri kepadanya. Kerana, Allah sangat dekat dengan kita.  Firman Allah Al-Baqarah ayat 186 وَإِذَا سَأَلَكَ عِبَادِى عَنِّى فَإِنِّى قَرِيبٌ ۖ أُجِيبُ دَعْوَةَ الدَّاعِ إِذَا دَعَانِ ۖ فَلْيَسْتَجِيبُوا لِى وَلْيُؤْمِنُوا بِى لَعَلَّهُمْ يَرْشُدُونَ Dan apabila hamba-hamba-Ku bertanya kepadamu tentang Aku, maka (jawablah), bahwasanya Aku adalah dekat. Aku mengabulkan permohonan orang yang berdoa apabila ia memohon kepada-Ku, maka hendaklah mereka itu memenuhi (segala perintah-Ku) dan hendaklah mereka beriman kepada-Ku, agar mereka selalu berada dalam kebenaran. Ini bukti bahawa, Allah sentiasa mendengar. Cuma Allah sangat suka ...

HIKMAH DARI PERJALANAN ISRA DAN MI’RAJ

Hikmah dari Perjalanan Isra dan Mi’raj Perjalanan isra dan mi’raj merupakan perjalanan yang penuh berkah yang menunjukkan betapa Maha Kuasanya Allah Subhanahu wa Ta’ala. Bagaimana seorang hamba –Nabi Muhammad shallallahu ‘alaihi wa sallam-, bersama ruh dan jasadnya menempuh jarak ribuan bahkan jutaan kilometer hanya dalam satu malam saja. Dan dalam perjalanan yang sedemikian cepat tersebut, Allah kuasakan Nabi Muhammad mampu melihat keadaan sekitar yang beliau lewati, baik kejadian atau keadaan saat isra maupun mi’raj. Imam as-Suyuthi adalah di antara ulama yang menjelaskan beberapa hikmah perjalanan isra mi’raj. Beliau mengatakan tentang hikmah perjalanan isra dilakukan di malam hari karena malam hari adalah waktu yang tenang menyendiri dan waktu yang khusus. Itulah waktu shalat yang diwajibkan atas Nabi, sebagaimana dalam firman-Nya, “Berdirilah shalat di malam hari” (QS. Al-Muzammil: 2) (as-Suyuthi, al-Khasha-is an-Nabawiyah al-Kubra, Hal: 391-392). Abu Muhammad bin Abi Hamzah menga...

Perbezaan menunaikan solat dan mendirikan solat

Perbezaan menunaikan solat dan mendirikan solat.  Menunaikan solat adalah perbuatan melakukan solat bertujuan melaksanakan kewajipan sebagai seorang Muslim dan hanya menyempurnakan syarat dan rukun solat.  Mendirikan solat adalah perbuatan melakukan solat untuk mendekatkan diri kepada Allah,dengan bertujuan berhubung dengan Allah. Menghadirkan rasa khusyuk dalam solat.  Dengan menyempurnakan syarat dan rukun solat pada kualiti yang paling tinggi. Org yang mendirikan solat sangat mengharap agar solatnya diterima. Manakala, orang yang menunaikan solat sekadar melepaskan kewajipan semata-mata.  الله اعلم Mohd Nasyran Utara Perak 10.18am

Kepentingan Mentaati Pemimpin

✏️Kepentingan Mentaati Pemimpin.  Disaat kekalutan wabak CoViD-19 ini, Allah menunjukkan kepentingan memtaati pemimpin.  Walau siapa pun pemimpin, Islam atau bukan Islam, taat pada perintah itu adalah yang termaktub di dalam Firman Allah SWT : An-Nisa' ayat 59 يٰٓأَيُّهَا الَّذِينَ ءَامَنُوٓا أَطِيعُوا اللَّهَ وَأَطِيعُوا الرَّسُولَ وَأُولِى الْأَمْرِ مِنْكُمْ ۖ ...... Hai orang-orang yang beriman, taatilah Allah dan taatilah Rasul (Nya), dan ulil amri di antara kamu..... Pada tahap apa perlu taat itu?  Selagi ia bukan perintah melakukan maksiat.  Sabda Rasulullah SAW : عَنْ عَبْدِ اللَّهِ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ عَنْ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ :السَّمْعُ وَالطَّاعَةُ عَلَى الْمَرْءِ الْمُسْلِمِ فِيمَا أَحَبَّ وَكَرِهَ مَا لَمْ يُؤْمَرْ بِمَعْصِيَةٍ فَإِذَا أُمِرَ بِمَعْصِيَةٍ فَلا سَمْعَ وَلا طَاعَةَ صحيح البخاري (7144). Daripada Abdullah RA, daripada Nabi SAW bersabda : "Mendengar dan mentaati (pemerintah) adalah wajib bagi setiap Muslim, sama...

Halal Campur Haram

✏️Halal + Haram = ? Firman Allah SWT di dalam Surah Al-'Imran ayat 71 يٰٓأَهْلَ الْكِتٰبِ لِمَ تَلْبِسُونَ الْحَقَّ بِالْبٰطِلِ وَتَكْتُمُونَ الْحَقَّ وَأَنْتُمْ تَعْلَمُونَ Hai Ahli Kitab, mengapa kamu mencampur adukkan yang haq dengan yang bathil, dan menyembunyikan kebenaran, padahal kamu mengetahuinya? Menurut Imam Jalaluddin As-Suyuti, ayat ini membicarakan tentang sikap Orang Yahudi yang mencampurkan kebenaran kitab Taurat dengan kebatilan pemikiran mereka. Supaya perkara yang mereka bicarakan dan yang mereka lakukan nampak seperti BENAR.  Begitulah apa yang kita pandang hari ini. Sikap masyarakat mencampur-aduk kebenaran dan kebatilan. Padahal, kita tahu halal dan haram perkara itu.  Contoh : 1. Rajin ke Masjid solat berjemaah tetapi masih lagi hisap Rokok berjemaah di Masjid. Mengapa? Supaya boleh jawab sekurang - kurang aku berjemaah di Masjid.  2. Rajin membaca Al-Quran tetapi masih kuat mengumpat dan memfitnah. Mengapa? Supaya boleh kata, kita bukan mengumpat, ...

Mengapa Allah Perintahkan Pernikahan?

✏️ Mengapa Allah Perintahkan Pernikahan? Firman Allah SWT : An-Nur ayat 32 وَأَنْكِحُوا الْأَيٰمٰى مِنْكُمْ وَالصّٰلِحِينَ مِنْ عِبَادِكُمْ وَإِمَآئِكُمْ ۚ إِنْ يَكُونُوا فُقَرَآءَ يُغْنِهِمُ اللَّهُ مِنْ فَضْلِهِۦ ۗ وَاللَّهُ وٰسِعٌ عَلِيمٌ Dan kahwinkanlah orang-orang yang bujang diantara kamu, dan orang-orang yang layak (berkawin) dari hamba-hamba sahayamu yang lelaki dan hamba-hamba sahayamu yang perempuan. Jika mereka miskin Allah akan memampukan mereka dengan kurnia-Nya. Dan Allah Maha luas (pemberian-Nya) lagi Maha Mengetahui. Ayat ini memberitahu hukum perkahwinan secara umum, yang menjadikan perkahwinan itu, suatu ibadah. Bukan sekadar upacara meraikan cinta semata - mata.  Persoalannya, apa perlunya pernikahan?  Perlu ada wali, saksi, pengantin lelaki, pengantin perempuan dan ijab qabul.  Antara sebabnya adalah pernikahan bertujuan melindungi wanita dengan hak sebagai Isteri.  Sekiranya pernikahan ini tiada.  Isteri tidak layak menerima harta dari su...

Ibubapa Adalah Pintu Syurga Dan Sebaliknya.

✏️ Bakti para ibu tiada ganti. Buatlah kebaikan banyak manapun kepada mereka, tidak akan mampu membayar walau sesaat bakti mereka kepada anak mereka.  Ibu mengorbankan masa senang, masa rehat bahkan masa sakit mereka menjaga anak. Mereka sanggup bersusah untuk anak. Tidak tidur menjaga anak, membuang rasa jemu dan bosan mendodoi anak, memujuk serta melayan karenah anak yang banyak. Mereka tiada masa untuk diri mereka. Kadangkala, menyimpan perasaan hanya untuk membesarkan anak.  Bapa mengorbankan tenaga mencari nafkah, menelan keinginan mereka untuk berbelanja, hanya untuk mencukupkan keperluan anak. Pengobanan ini, tidak setanding pengorbanan ibu, tetapi, pengorbanan ini lebih besar nilainya dari jutaan wang yang anak beri setiap bulan sekiranya mampu.  Maka,  Apakah kamu wahai anak, tidak mendengar atau membaca perintah Allah. Kebenaran yang Allah beri di dalam kitab-Nya : Al-Isra' ayat 23 وَقَضٰى رَبُّكَ أَلَّا تَعْبُدُوٓا إِلَّآ إِيَّاهُ وَبِالْوٰلِدَيْنِ إِحْسٰ...

Keberkatan Melalui Ucapan Salam

✏️ Menjemput Keberkatan Ke Dalam Rumah.  Antara Sunnah Rasulullah SAW adalah memberi salam.  Bahkan,  Ia merupakan perintah dari Allah SWT.  Firman Allah SWT.  An-Nur ayat 61 ... ۚ فَإِذَا دَخَلْتُمْ بُيُوتًا فَسَلِّمُوا عَلٰىٓ أَنْفُسِكُمْ تَحِيَّةً مِّنْ عِنْدِ اللَّهِ مُبٰرَكَةً طَيِّبَةً ۚ كَذٰلِكَ يُبَيِّنُ اللَّهُ لَكُمُ الْءَايٰتِ لَعَلَّكُمْ تَعْقِلُونَ .......Maka apabila kamu memasuki (suatu rumah dari) rumah-rumah (ini) hendaklah kamu memberi salam kepada (penghuninya yang berarti memberi salam) kepada dirimu sendiri, salam yang ditetapkan dari sisi Allah, yang diberi keberkatan lagi kebaikan. Demikianlah Allah menjelaskan ayat-ayatnya(Nya) bagimu, agar kamu memahaminya. Salam merupakan ucapan penghormatan. Kerana itu, Rasulullah SAW memberi contoh apabila Baginda sentiasa mendahului salam.  Kenapa?  Kerana Rasulullah SAW sangat menghormati orang lain.  Di dalam lafaz salam, terdapat keberkatan dan kebaikan di sisi Allah.  Maka, pe...

Covid-19 : Wabak, Bala, Peringatan?

✏️  Covid-19 : Wabak, Bala, Peringatan? - Hanya Untuk Yang Mahu Berfikir Ia datang secara tiba - tiba tanpa ada tanda awal. Menyerang secara mengejut sehingga manusia tidak sempat bersedia.  Sebelum dituju ia datang angkara kejahatan orang lain,  sebaiknya kita lihat diri kita terlebih dahulu.  Ia adalah kesan dari sikap umat Islam yang semakin jauh dari Allah.  Tidak peduli tentang ayat Allah.  Firman Allah di dalam surah : Al-A'raf ayat 96 وَلَوْ أَنَّ أَهْلَ الْقُرٰىٓ ءَامَنُوا وَاتَّقَوْا لَفَتَحْنَا عَلَيْهِمْ بَرَكٰتٍ مِّنَ السَّمَآءِ وَالْأَرْضِ وَلٰكِنْ كَذَّبُوا فَأَخَذْنٰهُمْ بِمَا كَانُوا يَكْسِبُونَ Jikalau sekiranya penduduk sesebuah negeri-negeri beriman dan bertaqwa, pastilah Kami akan melimpahkan kepada mereka keberkatan dari langit dan bumi, tetapi mereka mendustakan (ayat-ayat Kami) itu, maka Kami siksa mereka disebabkan perbuatannya. Allah telah menjanjikan KEBERKATAN  kepada manusia sekiranya kita taat kepada Allah. Sebaliknya,...

Normalisasi Wanita

✏️ Normalisasi Wanita. Wanita amat terkenal dengan sikap lemah lembut, manis pada senyuman, seronok bila dipandang.  Kehadiran mereka akan mengubah suasana persekitaran sekelip mata.  Kadangkala perbualan yang suram, bertukar menjadi ceria.  Kadangkala pasukan bertanding daripada longlai, tiba - tiba tersusun dan bermotivasi tinggi.  Inilah 'perhiasan' yang digambarkan. Inilah keistimewaan wanita.  Disisi Islam,  Wanita sangat dipandang tinggi. Kehormatan dan Kemuliaan mereka sangat (x100) dipelihara.  Mereka ini HARAM (bermaksud sesuatu yang suci di dalam bahasa arab). Haram, maka tidak boleh dipandang sesuka hati.  Haram, maka tidak boleh disentuh sesuka hati. Haram, maka tidak boleh dipukul sesuka hati.  Allah memerintahkan Bapa,Datuk, Pakcik sebelah Bapa, Abang dan adik lelaki melindungi mereka sebelum mereka berkahwin.  Allah memerintahkan Suami memelihara mereka selepas berkahwin.  Haram, menyakiti mereka tanpa sebab.  Ha...

Siapa PENGKHIANAT

✏️ PENGKHIANAT!  Perkataan yang agak masyhur ketika ini. Diulang dan diulang dan diulang agar masuk ke dalam benak sasaran.  Dalam hal lain,  Adakah kita faham maksud Pengkhianatan sebenar?  Ketika mana Matlamat diri atau sesebuah organisasi lari dari صراط المستقيم.  Iaitu jalan Allah dan Rasul, maka, inilah pengkhianat sebenar.  Mereka diberi amanah, tetapi mengkhianatinya dalam  keadaan mereka tahu bahawa diri mereka sendiri adalah pengkhianat.  Lantas Allah cabut keistimewaan mereka secara tiba - tiba. Dan mereka terpinga - pinga keliru.  Inilah Hak Allah dan Rasul - Nya.  Allah bentangkan hal ini di dalam surah Al-Anfal ayat 27 يٰٓأَيُّهَا الَّذِينَ ءَامَنُوا لَا تَخُونُوا اللَّهَ وَالرَّسُولَ وَتَخُونُوٓا أَمٰنٰتِكُمْ وَأَنْتُمْ تَعْلَمُونَ Hai orang-orang yang beriman, janganlah kamu mengkhianati Allah dan Rasul (Muhammad) dan (juga) janganlah kamu mengkhianati amanat-amanat yang dipercayakan kepadamu, sedang kamu mengetahui. Maka,...

Buat Dosa Tapi Tidak Rasa Bersalah

✏️ Buat Dosa Tapi  Tidak Rasa Bersalah.  Manusia diciptakan dengan sifat lemah. Sentiasa melakukan dosa dalam keadaan sedar ataupun tidak sedar.  Cuma yang berbeza adalah :  Bagi hati yang hidup, dosa itu akan membuatkan hatinya merintih, merayu memohon keampunan daripada Allah.  Namun,  Bagi hati yang mati, telah menjadi hitam kerana biasa melakukan dosa (alah bisa tegal biasa), Mereka langsung tidak rasa bersalah mahupun malu dihadapan Allah.  Mereka lupa akan Tuhan mereka yang Maha Mengetahui dan tidak pernah lalai.  Allah rakam amaran ini di dalam Firman-Nya Surah Ibrahim ayat 42 وَلَا تَحْسَبَنَّ اللَّهَ غٰفِلًا عَمَّا يَعْمَلُ الظّٰلِمُونَ ۚ إِنَّمَا يُؤَخِّرُهُمْ لِيَوْمٍ تَشْخَصُ فِيهِ الْأَبْصٰرُ Dan janganlah sekali-kali kamu (Muhammad) mengira, bahwa Allah lalai dari apa yang diperbuat oleh orang-orang yang zalim. Sesungguhnya Allah memberi tangguh waktu kepada mereka sampai suatu hari yang pada waktu itu, mata (mereka) terbeliak (keran...

Jenis Jihad Dan Perjuangan

✏️Beza Perjuangan Haq Dan Batil.  Setiap orang miliki hasrat perjuangan, iaitu mempertahankan apa yang dia inginkan. Perjuangan itu bukan sahaja di medan perang,dengan mata pedang. Juga di medan cetak dengan mata pena, medan pidato dengan mata lidah, juga di medan maya dengan mata jari.  Namun,  Apakah perjuangan itu benar atau salah?  Firman Allah SWT Al-Baqarah ayat 218 إِنَّ الَّذِينَ ءَامَنُوا وَالَّذِينَ هَاجَرُوا وَجٰهَدُوا فِى سَبِيلِ اللَّهِ أُولٰٓئِكَ يَرْجُونَ رَحْمَتَ اللَّهِ ۚ وَاللَّهُ غَفُورٌ رَّحِيمٌ Sesungguhnya orang-orang yang beriman, orang-orang yang berhijrah dan berjihad di jalan Allah, mereka itu mengharapkan rahmat Allah, dan Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang. 1. Bagi orang yang beriman, mereka berjuang bukan kerana ingin kemasyhuran, jawatan atau kemenangan, tetapi, mereka mengejar RAHMAT Allah SWT semata. Yang lain pasti akan menyusul. InsyaAllah.  2. Bagi pejuang yang BATIL dan MUNAFIQ, mereka tidak ingin kejar RAHMAT Allah, mer...

Musibah kesusahan di sisi orang yang beriman..

✏️Musibah kesusahan di sisi orang yang beriman.. Allah menciptakan manusia bersama dengan Sunnatullah (hukum alam). Adakalanya, manusia menerima nikmat kesenangan, adakalanya diberi musibah kesusahan.  Orang beriman akan melaluinya dengan sabar : 1. berusaha untuk selesaikan masalah dengan cara paling baik,  2. berdoa agar usaha penyelesaian ini berjaya dan 3. bertawakkal kepada Allah yang lebih baik perancangannya,  Dan orang yang beriman akan redha dengan musibah ini kerana dia tahu dari siapa datangnya musibah ini.  Mengapa?  Kerana di sisi orang yang beriman, musibah itu bermakna sesuatu.  Sabda Rasulullah SAW  من يرد الله به خيرا، يصب منه.. Barang siapa yang Allah berkehendak kebaikan ke atasnya, akan ditimpakan musibah kepadanya..  Hadis Riwayat Imam Al-Bukhari (5645) Maka, semakin besar musibah, semakin besar kebaikan yang akan Allah beri.  Bersangka baik dengan Allah.  الله مستعان...

Tempat Sebenar Untuk Mengadu

Usah malu mengadu dengan Allah.  Allah Maha Tahu semua perkara, cuma Allah sangat suka sekali mendengar rintihan kita, kebergantungan hati kita hanya kepadaNya. اللهم صل وسلم على سيدنا محمد عبدك ورسولك النبي الأمي وعلى اله وصحبه وسلم تسليما كثيرا Channel Telegram Nota Tasawwuf

Mengapa Perempun Perlu Menutup Aurat Dengan Sempurna?

Tudung itu bukan untuk dipakai sahaja. Ia perlu bersifat menutup bagi mengelak dari dipandang. Kenapa?  Kerana bukan semua lelaki memiliki sifat baik dan memandang wanita dengan cara yang baik.  Ada yang memandang wanita dengan tujuan untuk menjamah wanita.  Oleh itu, menutupi tubuh wanita bertujuan untuk mengurangkan tarikan ini.  An-Nur ayat 31 وَقُلْ لِّلْمُؤْمِنٰتِ يَغْضُضْنَ مِنْ أَبْصٰرِهِنَّ وَيَحْفَظْنَ فُرُوجَهُنَّ وَلَا يُبْدِينَ زِينَتَهُنَّ إِلَّا مَا ظَهَرَ مِنْهَا ۖ وَلْيَضْرِبْنَ بِخُمُرِهِنَّ عَلٰى جُيُوبِهِنَّ ۖ  Katakanlah kepada wanita yang beriman: "Hendaklah mereka menahan pandangannya, dan kemaluannya, dan janganlah mereka menampakkan perhiasannya, kecuali yang (biasa) nampak dari padanya. Dan hendaklah mereka menutupkan kain tudung melabuhi dada mereka Peringatan..  Syariat Islam perlu dilaksana menurut kehendak Allah SWT. Berdasarkan kefahaman Rasulullah SAW sebagaimana yang diwahyukan. Bukan ikut kehendak dan kefahaman kita sendiri....