Buat Dosa Tapi Tidak Rasa Bersalah
✏️
Buat Dosa Tapi Tidak Rasa Bersalah.
Manusia diciptakan dengan sifat lemah. Sentiasa melakukan dosa dalam keadaan sedar ataupun tidak sedar.
Cuma yang berbeza adalah :
Bagi hati yang hidup, dosa itu akan membuatkan hatinya merintih, merayu memohon keampunan daripada Allah.
Namun,
Bagi hati yang mati, telah menjadi hitam kerana biasa melakukan dosa (alah bisa tegal biasa),
Mereka langsung tidak rasa bersalah mahupun malu dihadapan Allah.
Mereka lupa akan Tuhan mereka yang Maha Mengetahui dan tidak pernah lalai.
Allah rakam amaran ini di dalam Firman-Nya
Surah Ibrahim ayat 42
وَلَا تَحْسَبَنَّ اللَّهَ غٰفِلًا عَمَّا يَعْمَلُ الظّٰلِمُونَ ۚ إِنَّمَا يُؤَخِّرُهُمْ لِيَوْمٍ تَشْخَصُ فِيهِ الْأَبْصٰرُ
Dan janganlah sekali-kali kamu (Muhammad) mengira, bahwa Allah lalai dari apa yang diperbuat oleh orang-orang yang zalim. Sesungguhnya Allah memberi tangguh waktu kepada mereka sampai suatu hari yang pada waktu itu, mata (mereka) terbeliak (kerana takut kepada hukuman Allah) ,
Hidupkan hati dengan "Az-Zikr" iaitu Solat, Al-Quran dan lafaz pujian zikir. Tanda ingatan kepada Allah.
#Ingat_Mati
#Takut_Allah
Comments
Post a Comment