Jenis Jihad Dan Perjuangan

✏️Beza Perjuangan Haq Dan Batil. 

Setiap orang miliki hasrat perjuangan, iaitu mempertahankan apa yang dia inginkan. Perjuangan itu bukan sahaja di medan perang,dengan mata pedang. Juga di medan cetak dengan mata pena, medan pidato dengan mata lidah, juga di medan maya dengan mata jari. 

Namun, 

Apakah perjuangan itu benar atau salah? 

Firman Allah SWT

Al-Baqarah ayat 218

إِنَّ الَّذِينَ ءَامَنُوا وَالَّذِينَ هَاجَرُوا وَجٰهَدُوا فِى سَبِيلِ اللَّهِ أُولٰٓئِكَ يَرْجُونَ رَحْمَتَ اللَّهِ ۚ وَاللَّهُ غَفُورٌ رَّحِيمٌ

Sesungguhnya orang-orang yang beriman, orang-orang yang berhijrah dan berjihad di jalan Allah, mereka itu mengharapkan rahmat Allah, dan Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.

1. Bagi orang yang beriman, mereka berjuang bukan kerana ingin kemasyhuran, jawatan atau kemenangan, tetapi, mereka mengejar RAHMAT Allah SWT semata. Yang lain pasti akan menyusul. InsyaAllah. 

2. Bagi pejuang yang BATIL dan MUNAFIQ, mereka tidak ingin kejar RAHMAT Allah, mereka hanya memilih jalan yang MUDAH. Jalan yang boleh menjamin kesenangan dunia seperti Harta, Jawatan dan Kemasyhuran. Maka, tunggu sahajalah Keputusan dari Allah. 

Firman Allah SWT

At-Taubah ayat 24

قُلْ إِنْ كَانَ ءَابَآؤُكُمْ وَأَبْنَآؤُكُمْ وَإِخْوٰنُكُمْ وَأَزْوٰجُكُمْ وَعَشِيرَتُكُمْ وَأَمْوٰلٌ اقْتَرَفْتُمُوهَا وَتِجٰرَةٌ تَخْشَوْنَ كَسَادَهَا وَمَسٰكِنُ تَرْضَوْنَهَآ أَحَبَّ إِلَيْكُمْ مِّنَ اللَّهِ وَرَسُولِهِۦ وَجِهَادٍ فِى سَبِيلِهِۦ فَتَرَبَّصُوا حَتّٰى يَأْتِىَ اللَّهُ بِأَمْرِهِۦ ۗ وَاللَّهُ لَا يَهْدِى الْقَوْمَ الْفٰسِقِينَ

Katakanlah: "jika bapa-bapa, anak-anak, saudara-saudara, isteri-isteri, kaum keluargamu, harta kekayaan yang kamu usahakan, perniagaan yang kamu khawatiri kerugiannya, dan tempat tinggal yang kamu sukai, adalah lebih kamu cintai dari Allah dan Rasul-Nya dan dari berjihad di jalan-Nya, maka tunggulah sampai Allah mendatangkan keputusan-Nya". Dan Allah tidak memberi petunjuk kepada orang-orang yang fasik.

Perhatikan perjuangan kita. Adakah Benar Atau Batil. Pastikan kita berada di atas jalan Allah dan Rasul-Nya.

مرضاة الله...

Comments

Popular posts from this blog

Tadabbur Surah Ad -Dhuha

Dosa Besar ke 11 : Lari dari medan perang.

Vitagen, Solivite Atau Susu Kultur Mengaktifkan Sel Kanser?