Halal Campur Haram
✏️Halal + Haram = ?
Firman Allah SWT di dalam Surah
Al-'Imran ayat 71
يٰٓأَهْلَ الْكِتٰبِ لِمَ تَلْبِسُونَ الْحَقَّ بِالْبٰطِلِ وَتَكْتُمُونَ الْحَقَّ وَأَنْتُمْ تَعْلَمُونَ
Hai Ahli Kitab, mengapa kamu mencampur adukkan yang haq dengan yang bathil, dan menyembunyikan kebenaran, padahal kamu mengetahuinya?
Menurut Imam Jalaluddin As-Suyuti, ayat ini membicarakan tentang sikap Orang Yahudi yang mencampurkan kebenaran kitab Taurat dengan kebatilan pemikiran mereka. Supaya perkara yang mereka bicarakan dan yang mereka lakukan nampak seperti BENAR.
Begitulah apa yang kita pandang hari ini. Sikap masyarakat mencampur-aduk kebenaran dan kebatilan. Padahal, kita tahu halal dan haram perkara itu.
Contoh :
1. Rajin ke Masjid solat berjemaah tetapi masih lagi hisap Rokok berjemaah di Masjid. Mengapa? Supaya boleh jawab sekurang - kurang aku berjemaah di Masjid.
2. Rajin membaca Al-Quran tetapi masih kuat mengumpat dan memfitnah. Mengapa? Supaya boleh kata, kita bukan mengumpat, cuma ambil pengajaran, dalam Al-Quran ada cerita tentang hal ni.
3. Rajin menghadiri halaqah ilmu tetapi tetap juga berjumpa dengan bomoh khurafat. Mengapa? Supaya boleh kata, aku dah mengaji bab ini. Ustaz kata boleh.
4. Perbankan Islam tetapi dalam bank yang sama masih ada unsur Riba. Mengapa? Supaya boleh Jawab, bank ini ada sistem perbankan Islam.
5. Banyak membaca tafsir, tetapi tindakan masih lagi tidak berpandukan Al-Quran. Mengapa? Supaya boleh kata, banyak intipati Al-Quran perlu disesuaikan dengan keadaan semasa.
6. Beriman dengan Al-Quran dan Hadis, rujukan masih lagi menggunakan pemikiran Orientalis. Mengapa? Supaya boleh kata, mereka ada dana untuk buat kajian menyeluruh. Pemikiran mereka jauh ke depan, banyak masalah selesai dengan cara tersebut.
Perangai ini perangai Yahudi yang engkar kepada Allah dan Rasul-Nya.
Apabila kita campurkan Nasi basi dengan Nasi Panas, hasilnya adalah nasi basi yang panas.
Begitulah agama.
Yang Halal dicampur yang Haram, hasilnya adalah neraka Allah SWT.
Halal itu Jelas
Haram itu Jelas
Dalam sebuah Hadis di dalam Kitab 40 Hadis Imam Abu Zakaria Yahya Bin Syaraf An-Nawawi :
عَنْ أَبِي عَبْدِ اللهِ النُّعْمَانِ بْنِ بَشِيْرٍ رَضِيَ اللهُ عَنْهُمَا قَالَ: سَمِعْتُ رَسُوْلَ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَقُوْلُ : إِنَّ الْحَلاَلَ بَيِّنٌ وَإِنَّ الْحَرَامَ بَيِّنٌ وَبَيْنَهُمَا أُمُوْرٌ مُشْتَبِهَاتٌ لاَ يَعْلَمُهُنَّ كَثِيْرٌ مِنَ النَّاسِ، فَمَنِ اتَّقَى الشُّبُهَاتِ فَقَدْ اسْتَبْرَأَ لِدِيْنِهِ وَعِرْضِهِ، وَمَنْ وَقَعَ فِي الشُّبُهَاتِ وَقَعَ فِي الْحَرَامِ.......
Dari Abu Abdillah Nu’man bin Basyir radhiallahuanhu dia berkata, Saya mendengar Rasulullah shallallahu`alaihi wa sallam bersabda, "Sesungguhnya yang halal itu jelas dan yang haram itu jelas. Di antara keduanya terdapat perkara-perkara yang syubhat (samar-samar) yang tidak diketahui oleh orang banyak. Maka siapa yang takut terhadap syubhat berarti dia telah menyelamatkan agamanya dan kehormatannya. Dan siapa yang terjerumus dalam perkara syubhat, maka akan terjerumus dalam perkara yang diharamkan.....
Berhati - hati dalam hal ini. Kita memperjudikan Aqidah kita sendiri.
Mohd Nasyran
Utara Perak
2.25pm
Comments
Post a Comment