Pengalaman Rawatan IVF Siri 2 : Rezeki dari Allah SWT.

Dalam tulisan rawatn Siri 1, aku telah menceritakan pengalaman menjalankan rawatan kesuburan.

Ia sangat memerlukan ketabahan dan kesabaran. Kerana ia suatu Mujahadah yang tinggi. 

Selain dari menjalankan rawatan. Aku juga perlu berubah. Berhijrah dari yang kurang baik, kepada yang lebih baik. 

Berhijrah dari jauh dari Allah dengan mendekatkan diri kepadanya. Kerana, Allah sangat dekat dengan kita. 

Firman Allah

Al-Baqarah ayat 186

وَإِذَا سَأَلَكَ عِبَادِى عَنِّى فَإِنِّى قَرِيبٌ ۖ أُجِيبُ دَعْوَةَ الدَّاعِ إِذَا دَعَانِ ۖ فَلْيَسْتَجِيبُوا لِى وَلْيُؤْمِنُوا بِى لَعَلَّهُمْ يَرْشُدُونَ

Dan apabila hamba-hamba-Ku bertanya kepadamu tentang Aku, maka (jawablah), bahwasanya Aku adalah dekat. Aku mengabulkan permohonan orang yang berdoa apabila ia memohon kepada-Ku, maka hendaklah mereka itu memenuhi (segala perintah-Ku) dan hendaklah mereka beriman kepada-Ku, agar mereka selalu berada dalam kebenaran.

Ini bukti bahawa, Allah sentiasa mendengar. Cuma Allah sangat suka kita meminta. 

Dan jangan kita putus asa, kerana, Allah memberi kepada yng bersungguh - sungguh. 

Selepas 4 tahun berehat dari tekanan rawatan. Isteri aku mahu berikhtiar cara lain. 

Pelbagai makanan, buah, urutan, pantang larang dicuba. Masih belum ada tanda. 

Oleh itu, isteri ku yang rajin membaca, akhirnya bertemu dengan keyakinan untuk merawat kesuburan di Hospital Sultanah Bahiyah. 

Tahun 2018, mula rawatan dan berulang alik dari Taiping ke Alor Setar. 

Memang memakan kos dan masa. Tapi, demi impian, kami turutkan juga. Berdisiplin dalam pemakanan dan rawatan, datang pada temujanji yang diberikan. 

Walaupun kadang kala, kmi terpaksa berulang selang 2 hari. Kadang -kadang menaiki kereta, kadang kala menaiki motosikal, dan kadang - kadang menaiki komuter. Begitulah rutin kami. 

Kami perlu menjalani proses permanian beradas (IUI) sebanyak 3 kali, yang sebelum ini pernah jalani di Ipoh pada siri 1. 

Ketiga - tiga proses gagal. Kemudian doktor teruskan rawatan dengan proses IVF pada tahun 2019.


Bermula dengan proses pengambilan ubat kesuburan untuk Isteri. 

Dalam hal ini, yang paling tertekan adalah Isteri. 

Pengorbanan mereka sangat - sangat besar. Dicucuk setiap hari selama hampir 10 hari dengan ubat hormon. Kemudian dicucuk pula ubat untuk mecahkan folikel. 

Kemudian datang ke hospital untuk admission bagi proses pengambilan telur. Isteri aku menghasilkan 10 telur yang baik. 

Cuma, selepas proses IVF, proses persenyawaan tabung uji. Suntik benih lelaki kepada benih perempuan. Sebelum dipindahkan ke rahim. 

 Hanya 3 embryo sahaja yang benar - benar elok dan berkualiti. 

Selepas seminggu, doktor akan panggil semula untuk proses pemindahan (transfer). 

Sebelum pemindahan, isteri kena start makan ubat selama seminggu, dan masuk crynon gel dalam faraj. 

Persediaan awal hormon tubuh. Doktor akan scan rahim tengok ketebalan dinding. 

Dan proses pemindahan dilakukan dalam dewan bedah khas. 

Selepas pemindahan,doktor teruskan ubat crynon gel dan perlu terus makan ubat hormon. 

Selepas 14 hari, doktor akan panggil untuk ambil darah beta HCG untuk pastikn kehamilan. 

Selepas darah diambil, doktor minta tunggu. Lama tunggu keputusan darah. Lebih kurang 6 jam. Hasilnya, negatif. 

IVF pertama gagal. 

Baki embryo tinggal 1.

Kami pun balik dengan kesedihan. Tetapi tidak berputus asa. 

Keseluruhan kos adalah RM7000. Tidak termasuk kos perjalanan dan penginapan. Jika dimasukkan, mungkin berjumlah RM10000. 

Kami bercadang berehat dari rawatan dan akan sambung rawatan sebelum tempoh simpanan embyo beku tamat dalam tempoh 1 tahun. 

Tahun 2020, Februari, kami mulakan semula rawatan. 

Kali ini kami tidak perlu proses pengambilan terus. Proses ini dinamakan Frozen Embryo Transfer(FET).

Kami membuat temujanji, dan datang berjumpa doktor untuk scan. 

Kami berulang beberapa kali ke Alor Setar untuk persediaan FET. Sekali lagi, Isteri perlu makan ubat dan crynon Gel. 

Berdisiplin setiap hari. Istiqamah. 
Selepas 10 hari, kami hadir untuk FET. 

FET dilakukan dalam dewan bedah. Kebetulan Allah takdirkan situasi negara mula dilanda COVID 19, cuma belum serius hingga PKP. 

Selepas FET, kami tinggal rumah kakak di Pokok Sena 2 hari. Gel dan ubat diteruskan sehingga 14 hari. 

4 hari sebelum periksa darah HCG, isteri aku terjaga awal pagi, dalam jam 5am. Dia tak selesa, dia terus bangun dan buang air kecil, sambil periksa UPT.

Kemudian dia beritahu, teruskn berdoa, dia tunjuk kit UPT itu. Aku lihat positif. 

Pagi tu dia beritahu nurse di Hospital Sultanah Bahiyah, Nurse beritahu, awal sangat, hormon dari gel boleh jadi menyebabkan keputusan positif. 

Aku kekal optimis, cuma kami tiada harapan tinggi. 

Hari ke 14 selepas FET, kami pergi ke hospital untuk ujian darah beta HCG.
Nurse beritahu dalam jam 12 hingga jam 1 mereka akan call. 

Tiba - tiba hari tu, sampai jam 4  tak call. Call klinik, tidak dijawab. Kami pergi ke hospital, rupa - rupanya klinik telah tutup. 

Kami pun balik ke Taiping. Kelam kabut Isteri aku call nurse, semua tidak berjawab. Harapan terakhir, FB. 

Isteri aku PM doktor pakar yang rawat kami. Dia bermesyuarat di Putrajaya. Mujur dia membaca meej Isteri aku. 

Dia jawab nanti dia pastikan. 

Selepas beberapa lama, dia beritahu. Hormon beta HCG adalah 345. Positif. 

Isteri aku memgandung. 

Aku tak tahu nak kata apa. Nak sujud tak boleh, sebab tengah drive. 

Beberapa lama nurse call, bagitahu ada ubat kena makan dan sambung crynon gel. 

Esoknya terpaksa pergi semula ke Hospital Sultanah Bahiyah. 

Ambil ubat dan beli crynon gel. 

9 tahun penantian. 

Disebalik ujian dan dugaan, hadir berita yang indah. 

Kepada yang sedang menanti dan berusaha. 

Tabah dan sabar. 

Jangan berhenti berdoa. 

Kami sentiasa mendoakan kalian. 
Kerana kami faham apa yang kalian rasai. 


Comments

Popular posts from this blog

Tadabbur Surah Ad -Dhuha

Dosa Besar ke 11 : Lari dari medan perang.

Vitagen, Solivite Atau Susu Kultur Mengaktifkan Sel Kanser?