Siapa PENGKHIANAT

✏️
PENGKHIANAT! 

Perkataan yang agak masyhur ketika ini. Diulang dan diulang dan diulang agar masuk ke dalam benak sasaran. 

Dalam hal lain, 

Adakah kita faham maksud Pengkhianatan sebenar? 

Ketika mana Matlamat diri atau sesebuah organisasi lari dari صراط المستقيم. 

Iaitu jalan Allah dan Rasul, maka, inilah pengkhianat sebenar. 

Mereka diberi amanah, tetapi mengkhianatinya dalam  keadaan mereka tahu bahawa diri mereka sendiri adalah pengkhianat. 

Lantas Allah cabut keistimewaan mereka secara tiba - tiba. Dan mereka terpinga - pinga keliru. 

Inilah Hak Allah dan Rasul - Nya. 

Allah bentangkan hal ini di dalam surah

Al-Anfal ayat 27

يٰٓأَيُّهَا الَّذِينَ ءَامَنُوا لَا تَخُونُوا اللَّهَ وَالرَّسُولَ وَتَخُونُوٓا أَمٰنٰتِكُمْ وَأَنْتُمْ تَعْلَمُونَ

Hai orang-orang yang beriman, janganlah kamu mengkhianati Allah dan Rasul (Muhammad) dan (juga) janganlah kamu mengkhianati amanat-amanat yang dipercayakan kepadamu, sedang kamu mengetahui.

Maka, tanyalah diri kita, adakah kita pengkhianat dalam memegang amanah?

Kita kenal diri kita, dan Allah lebih lagi. 

Muhasabah diri

Comments

Popular posts from this blog

Tadabbur Surah Ad -Dhuha

Dosa Besar ke 11 : Lari dari medan perang.

Vitagen, Solivite Atau Susu Kultur Mengaktifkan Sel Kanser?