Covid-19 : Wabak, Bala, Peringatan?

✏️ 
Covid-19 : Wabak, Bala, Peringatan? - Hanya Untuk Yang Mahu Berfikir

Ia datang secara tiba - tiba tanpa ada tanda awal. Menyerang secara mengejut sehingga manusia tidak sempat bersedia. 

Sebelum dituju ia datang angkara kejahatan orang lain,  sebaiknya kita lihat diri kita terlebih dahulu. 

Ia adalah kesan dari sikap umat Islam yang semakin jauh dari Allah. 

Tidak peduli tentang ayat Allah. 

Firman Allah di dalam surah :

Al-A'raf ayat 96

وَلَوْ أَنَّ أَهْلَ الْقُرٰىٓ ءَامَنُوا وَاتَّقَوْا لَفَتَحْنَا عَلَيْهِمْ بَرَكٰتٍ مِّنَ السَّمَآءِ وَالْأَرْضِ وَلٰكِنْ كَذَّبُوا فَأَخَذْنٰهُمْ بِمَا كَانُوا يَكْسِبُونَ

Jikalau sekiranya penduduk sesebuah negeri-negeri beriman dan bertaqwa, pastilah Kami akan melimpahkan kepada mereka keberkatan dari langit dan bumi, tetapi mereka mendustakan (ayat-ayat Kami) itu, maka Kami siksa mereka disebabkan perbuatannya.

Allah telah menjanjikan KEBERKATAN  kepada manusia sekiranya kita taat kepada Allah.

Sebaliknya, 

Manusia mendustakan ayat - ayat Allah. Mereka gagal kekal dalam keadaan beriman dan bertaqwa. Hanya segelintir sahaja yang kekal di atas jalan Allah dan Rasul-Nya. 

Maka, Allah datangkan bencana berupa kebakaran hutan, wabak penyakit, kegawatan ekonomi, kemelut politik dan sebagainya. 

Masihkah kita tidak mahu berfikir tentang Allah? 

Masihkah kita kekal dalam keadaan melupai Allah? 

Adakah kita masih sombong dengan Allah? 

Adakah kita tidak mahu Allah limpah keberkatan kepada Negara kita yang tercinta ini? 

#Taqwa_Kepada_Allah
#Muhasabah_Diri
#Demi_Islam

Comments

Popular posts from this blog

Tadabbur Surah Ad -Dhuha

Dosa Besar ke 11 : Lari dari medan perang.

Vitagen, Solivite Atau Susu Kultur Mengaktifkan Sel Kanser?