Musibah kesusahan di sisi orang yang beriman..

✏️Musibah kesusahan di sisi orang yang beriman..

Allah menciptakan manusia bersama dengan Sunnatullah (hukum alam). Adakalanya, manusia menerima nikmat kesenangan, adakalanya diberi musibah kesusahan. 

Orang beriman akan melaluinya dengan sabar :

1. berusaha untuk selesaikan masalah dengan cara paling baik, 

2. berdoa agar usaha penyelesaian ini berjaya dan

3. bertawakkal kepada Allah yang lebih baik perancangannya, 

Dan orang yang beriman akan redha dengan musibah ini kerana dia tahu dari siapa datangnya musibah ini. 

Mengapa? 

Kerana di sisi orang yang beriman, musibah itu bermakna sesuatu. 

Sabda Rasulullah SAW 
من يرد الله به خيرا، يصب منه..

Barang siapa yang Allah berkehendak kebaikan ke atasnya, akan ditimpakan musibah kepadanya.. 

Hadis Riwayat Imam Al-Bukhari (5645)

Maka, semakin besar musibah, semakin besar kebaikan yang akan Allah beri. 

Bersangka baik dengan Allah. 
الله مستعان...

Comments

Popular posts from this blog

Tadabbur Surah Ad -Dhuha

Dosa Besar ke 11 : Lari dari medan perang.

Vitagen, Solivite Atau Susu Kultur Mengaktifkan Sel Kanser?