Ibubapa Adalah Pintu Syurga Dan Sebaliknya.
✏️
Bakti para ibu tiada ganti. Buatlah kebaikan banyak manapun kepada mereka, tidak akan mampu membayar walau sesaat bakti mereka kepada anak mereka.
Ibu mengorbankan masa senang, masa rehat bahkan masa sakit mereka menjaga anak. Mereka sanggup bersusah untuk anak. Tidak tidur menjaga anak, membuang rasa jemu dan bosan mendodoi anak, memujuk serta melayan karenah anak yang banyak. Mereka tiada masa untuk diri mereka. Kadangkala, menyimpan perasaan hanya untuk membesarkan anak.
Bapa mengorbankan tenaga mencari nafkah, menelan keinginan mereka untuk berbelanja, hanya untuk mencukupkan keperluan anak. Pengobanan ini, tidak setanding pengorbanan ibu, tetapi, pengorbanan ini lebih besar nilainya dari jutaan wang yang anak beri setiap bulan sekiranya mampu.
Maka,
Apakah kamu wahai anak, tidak mendengar atau membaca perintah Allah. Kebenaran yang Allah beri di dalam kitab-Nya :
Al-Isra' ayat 23
وَقَضٰى رَبُّكَ أَلَّا تَعْبُدُوٓا إِلَّآ إِيَّاهُ وَبِالْوٰلِدَيْنِ إِحْسٰنًا ۚ إِمَّا يَبْلُغَنَّ عِنْدَكَ الْكِبَرَ أَحَدُهُمَآ أَوْ كِلَاهُمَا فَلَا تَقُلْ لَّهُمَآ أُفٍّ وَلَا تَنْهَرْهُمَا وَقُلْ لَّهُمَا قَوْلًا كَرِيمًا
Dan Tuhanmu telah memerintahkan supaya kamu jangan menyembah selain Dia dan hendaklah kamu berbuat baik pada ibu bapakmu dengan sebaik-baiknya. Jika salah seorang di antara keduanya atau kedua-duanya sampai berumur lanjut dalam pemeliharaanmu, maka sekali-kali janganlah kamu mengatakan kepada keduanya perkataan "ah" dan janganlah kamu membentak mereka dan ucapkanlah kepada mereka perkataan yang mulia.
Ibubapa itu menjadi pintu syurga anak ketika mana kamu berbuat baik kepada mereka.
Menjadi sebab pintu syurga terbuka luas buat anak ketika anak menjaga ibubapa sewaktu mereka tua dan lanjut usia. Iaitu ketika mereka lemah, banyak penyakit menimpa, pelupa kerana faktor usia. Ini jihad yang paling utama dijalan Allah.
Tetapi ingat wahai anak...
Mereka juga menjadi sebab terbukanya pintu neraka. Haruman syurga juga tidak layak buat kamu.
Ketika kamu membentak, menengking, bahkan sekadar berkata AH, kerana tidak bersetuju dengan mereka.
Neraka juga terbuka luas ketika anak tidak melayani ibubapa dengan baik, juga apabila tidak menjaga mereka ketika tua. Yang lebih hina, apabila anak melupai dan mengabaikan ibubapa.
Layaklah neraka buat anak yang berperangai seperti ini. Bukan sekadar tidak berbakti kepada ibubapa. Tetapi, mengingkari perintah Allah sebagaimana termaktub dalam kitab-Nya.
#Jom_jauhi_Neraka
#Jom_buka_pintu_Syurga
Comments
Post a Comment