Mengapa Allah Perintahkan Pernikahan?

✏️ Mengapa Allah Perintahkan Pernikahan?

Firman Allah SWT :

An-Nur ayat 32

وَأَنْكِحُوا الْأَيٰمٰى مِنْكُمْ وَالصّٰلِحِينَ مِنْ عِبَادِكُمْ وَإِمَآئِكُمْ ۚ إِنْ يَكُونُوا فُقَرَآءَ يُغْنِهِمُ اللَّهُ مِنْ فَضْلِهِۦ ۗ وَاللَّهُ وٰسِعٌ عَلِيمٌ

Dan kahwinkanlah orang-orang yang bujang diantara kamu, dan orang-orang yang layak (berkawin) dari hamba-hamba sahayamu yang lelaki dan hamba-hamba sahayamu yang perempuan. Jika mereka miskin Allah akan memampukan mereka dengan kurnia-Nya. Dan Allah Maha luas (pemberian-Nya) lagi Maha Mengetahui.

Ayat ini memberitahu hukum perkahwinan secara umum, yang menjadikan perkahwinan itu, suatu ibadah. Bukan sekadar upacara meraikan cinta semata - mata. 

Persoalannya, apa perlunya pernikahan?  Perlu ada wali, saksi, pengantin lelaki, pengantin perempuan dan ijab qabul. 

Antara sebabnya adalah pernikahan bertujuan melindungi wanita dengan hak sebagai Isteri. 

Sekiranya pernikahan ini tiada. 

Isteri tidak layak menerima harta dari suami. 

Isteri tidak layak menuntut nafkah dari suami. 

Penguasa atau pemerintah tidak mampu menguatkuasa undang - undang untuk melindungi atau membela Isteri yang dianiaya suami. 

Tanpa pernikahan, Isteri hanya mampu menangis dan menjadi gila, kerana tiada undang - undang yang akan melindungi kamu ketika kamu dimaki, diherdik, dipukul. 

Tanpa pernikahan, isteri hanya menjadi hamba seks dan kuli di rumah. 

Ketahuilah wanita, pernikahan itu sebenarnya bertujuan melindungi wanita. Bukan melindungi lelaki. 

Bukan semua lelaki itu baik dan bertanggungjawab. Amanah dengan tugas sebagai suami. 

Kerana itu, Islam menyediakan perintah ini agar wanita terpelihara kehormatannya.

Islam itu memuliakan wanita. Bukan mengongkong.

Mohd Nasyran
Utara Perak.. 
10.14pm

Comments

Popular posts from this blog

Tadabbur Surah Ad -Dhuha

Dosa Besar ke 11 : Lari dari medan perang.

Vitagen, Solivite Atau Susu Kultur Mengaktifkan Sel Kanser?