Normalisasi Wanita
✏️
Normalisasi Wanita.
Wanita amat terkenal dengan sikap lemah lembut, manis pada senyuman, seronok bila dipandang.
Kehadiran mereka akan mengubah suasana persekitaran sekelip mata.
Kadangkala perbualan yang suram, bertukar menjadi ceria.
Kadangkala pasukan bertanding daripada longlai, tiba - tiba tersusun dan bermotivasi tinggi.
Inilah 'perhiasan' yang digambarkan.
Inilah keistimewaan wanita.
Disisi Islam,
Wanita sangat dipandang tinggi. Kehormatan dan Kemuliaan mereka sangat (x100) dipelihara.
Mereka ini HARAM (bermaksud sesuatu yang suci di dalam bahasa arab).
Haram, maka tidak boleh dipandang sesuka hati.
Haram, maka tidak boleh disentuh sesuka hati.
Haram, maka tidak boleh dipukul sesuka hati.
Allah memerintahkan Bapa,Datuk, Pakcik sebelah Bapa, Abang dan adik lelaki melindungi mereka sebelum mereka berkahwin.
Allah memerintahkan Suami memelihara mereka selepas berkahwin.
Haram, menyakiti mereka tanpa sebab.
Haram, mengabaikan mereka tanpa sebab.
Betapa tinggi dan mahalnya nilai wanita. Sehingga Allah memelihara mereka dengan kewajipan menutup seluruh tubuh mereka.
Kerana ia amat bernilai.
Tetapi Sayang.
Kemuliaan ini telah dicemar dengan Normalisasi Wanita.
Tidak memakai tudung,
Berpakaian ketat,
Bercakap kuat,
Ketawa macam kuda,
Hanya dipandang biasa.
Menari, berjoget, bahkan membuka pakaian,
Hanya dianggap biasa dan moden.
Allah telah mengangkat darjat wanita, mulia di sisi Allah.
Tetapi, ramai yang merobek kemuliaan ini.
Yang merobeknya pula adalah wanita juga. Atas nama Feminisme, atas nama hak asasi, atas nama kebebasan, atas nama tiada paksaan dalam agama.
Rasulullah SAW bersabda.
الدُّنْيَا مَتَاعٌ وَخَيْرُ مَتَاعِ الدُّنْيَا الْمَرْأَةُ الصَّالِحَةُ
Maksudnya: “Dunia adalah perhiasan, dan sebaik-baik perhiasan dunia adalah wanita yang solehah.” [Riwayat Muslim (715)]
Oleh itu,
Peliharalah diri kamu wahai wanita.
Kamu adalah perhiasan.
Perhiasan itu dijaga rapi.
Jangan kerana nafsu ingin dilihat cantik.
Kamu gadai kemuliaan itu.
Wanita adalah Isteri, Ibu, kakak, adik, makcik, nenek, sahabat kami.
Kamu suka kecantikan?
Jadilah Seindah Hiasan.
Pasti kamu sangat cantik di sisi Allah.
#Buat_Wanita
Comments
Post a Comment