Keberkatan Melalui Ucapan Salam

✏️
Menjemput Keberkatan Ke Dalam Rumah. 

Antara Sunnah Rasulullah SAW adalah memberi salam. 

Bahkan, 

Ia merupakan perintah dari Allah SWT. 

Firman Allah SWT. 

An-Nur ayat 61

... ۚ فَإِذَا دَخَلْتُمْ بُيُوتًا فَسَلِّمُوا عَلٰىٓ أَنْفُسِكُمْ تَحِيَّةً مِّنْ عِنْدِ اللَّهِ مُبٰرَكَةً طَيِّبَةً ۚ كَذٰلِكَ يُبَيِّنُ اللَّهُ لَكُمُ الْءَايٰتِ لَعَلَّكُمْ تَعْقِلُونَ

.......Maka apabila kamu memasuki (suatu rumah dari) rumah-rumah (ini) hendaklah kamu memberi salam kepada (penghuninya yang berarti memberi salam) kepada dirimu sendiri, salam yang ditetapkan dari sisi Allah, yang diberi keberkatan lagi kebaikan. Demikianlah Allah menjelaskan ayat-ayatnya(Nya) bagimu, agar kamu memahaminya.

Salam merupakan ucapan penghormatan. Kerana itu, Rasulullah SAW memberi contoh apabila Baginda sentiasa mendahului salam. 

Kenapa? 

Kerana Rasulullah SAW sangat menghormati orang lain. 

Di dalam lafaz salam, terdapat keberkatan dan kebaikan di sisi Allah. 

Maka, penuhilah rumah kita dengan keberkatan dan kebaikan melalui salam. 

Lafaz yang mudah, tetapi penuh dengan doa keberkatan dan kebaikan. 

#Jom_Sebar_Salam
#Jom_Sampaikan_Islam

Comments

Popular posts from this blog

Tadabbur Surah Ad -Dhuha

Dosa Besar ke 11 : Lari dari medan perang.

Vitagen, Solivite Atau Susu Kultur Mengaktifkan Sel Kanser?