Kepentingan Mentaati Pemimpin
✏️Kepentingan Mentaati Pemimpin.
Disaat kekalutan wabak CoViD-19 ini, Allah menunjukkan kepentingan memtaati pemimpin.
Walau siapa pun pemimpin, Islam atau bukan Islam, taat pada perintah itu adalah yang termaktub di dalam Firman Allah SWT :
An-Nisa' ayat 59
يٰٓأَيُّهَا الَّذِينَ ءَامَنُوٓا أَطِيعُوا اللَّهَ وَأَطِيعُوا الرَّسُولَ وَأُولِى الْأَمْرِ مِنْكُمْ ۖ ......
Hai orang-orang yang beriman, taatilah Allah dan taatilah Rasul (Nya), dan ulil amri di antara kamu.....
Pada tahap apa perlu taat itu?
Selagi ia bukan perintah melakukan maksiat.
Sabda Rasulullah SAW :
عَنْ عَبْدِ اللَّهِ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ عَنْ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ :السَّمْعُ وَالطَّاعَةُ عَلَى الْمَرْءِ الْمُسْلِمِ فِيمَا أَحَبَّ وَكَرِهَ مَا لَمْ يُؤْمَرْ بِمَعْصِيَةٍ فَإِذَا أُمِرَ بِمَعْصِيَةٍ فَلا سَمْعَ وَلا طَاعَةَ
صحيح البخاري (7144).
Daripada Abdullah RA, daripada Nabi SAW bersabda : "Mendengar dan mentaati (pemerintah) adalah wajib bagi setiap Muslim, sama ada dalam perkara yang disukai ataupun yang tidak disukai selagi dia tidak diperintahkan melakukan kemaksiatan. Jika dia diperintahkan melakukan kemaksiatan, maka tidaklah (wajib) dia mendengar dan mentaati." (Mutta faqun Alaihy, hadith riwayat al-Bukhari : 7144,
Apa kesan bila tidak taat?
Hari ini 15/3/2020 jangkitan covid 19 di Malaysia telah mencatat peningkatan sebanyak 190 kes menjadikan kes 420++.
Kerana sikap degil dan tidak taat kepada pemimpin, maka, ini balasan Allah.
Menunjukkan bahawa yang membawa kerosakan adalah diri manusia itu sendiri.
Diminta tidak keluar, pergi juga melancong.
Diarah kuarantin dirumah jika ada tanda dan gejala, pergi juga ke mall, pasar malam, kenduri, masjid.
Diarah mengurangkan keramaian, pun buat juga macam - macam majlis,meeting,gathering
Lihatlah kesan engkar pada perintah Allah,Rasul dan Ulil Amri.
Ini saat Allah tunjuk kebenaran ayat-Nya pun orang masih dalam kesombongan dan kebodohan..
Ya Allah, kurniakan hidayah Mu krpada kami.
Terangi hati kami dengan Cahaya Mu.
Hindari kami dari wabak.
Angkat dan sembuhkanlah penyakit ini.
Jadikan kami orang yang Sabar dalam Ujian ini.
#Taat_Perintah_Pemimpin
#Taat_Perintah_Allah
Comments
Post a Comment