Posts

Showing posts from 2023

Memahami Khawarij : Sebuah percambahan minda.

 Memahami Khawarij : Sebuah percambahan minda. Khawarij adalah sebuah golongan yang muncul selepas peristiwa Tahkim antara Saidina Ali bin Abi Talib RA dan Muawiyyah bin Abu Sufyan. Kumpulan ini telah luput dek zaman, namun, pemikiran, ideologi dan falsafah kumpulan ini kekal berlegar dalam dunia sehingga hari ini. Ciri-ciri khawarij : 1. Mereka membenci Saidina Ali bin Abi Talib RA dan menganggap Saidina Ali RA serta penyokongnya adalah kafir. 2. Mereka sangat yakin bahawa seorang mukmin yang melakukan dosa besar telah menjadi kafir. 3. Mereka menghalalkan pembunuhan orang yang bermusuh dengan mereka walaupun dari kalangan orang Islam. 4. Mereka menganggap Islam hanya boleh ditegakkan melalui jalan peperangan sahaja. 5. Sumber rujukan mereka hanyalah al-Quran semata-mata. Menurut Imam an-Nawawi RH, Khawarij adalah kelompok pelaku bida’ah yang sangat meyakini bahawa orang yang melakukan dosa besar akan kekal di dalam neraka. Mereka tidak mahu menghadiri sembahyang jumaat ...

Antara kefahaman atau kedegilan : Golongan Sofisme atau al-Sofisthaiyyah.

  Antara kefahaman atau kedegilan. Dunia ilmu pasti padat dengan perbincangan, kritikan dan pengkajian. Hal ini kerana ilmu memerlukan kefahaman supaya ilmu tersebut benar-benar dapat di hadam lantas menghampiri kebenaran. Kalimah “FIQH” banyak digunakan dalam sesebuah ilmu bagi memberi kefahaman terhadap sesuatu seperti fiqh ibadah, fiqh muamalat, fiqh muqarran, fiqh sultaniyyah dan pelbagai jenis fiqh. Fiqh dari sudut bahasa bermaksud mempunyai ilmu terhadap sesutau dan memahami ilmu tersebut. Kalimah fiqh berasal dari 2 kata dasar Bahasa Arab iaitu : 1.     فَقِهَ , يَفْقَهُ , فِقْهًا , فَقِهٌ 2.     فَقَهَ , يَفْقَهُ , فَقَاهَةٌ , فَهُوَ فَقِيْهٌ Kalimah pertama membawa maksud memahami perkataan orang yang bercakap atau menulis. Kalimah kedua membawa maksud memahami sesuatu secara mendalam seterusnya menjadi lebih faham. Maka orang yang memahami ilmu, memahami percakapan orang, memahami penulisan orang secara mendalam dan betul lalu d...

Merry Christmas

✏️Apa itu Merry Christmas? Merry menurut English Oxford Living Dictionaries adalah “cheerful and lively” (ceria dan meriah). Ia berasal daripada Bahasa Inggeris klasik - myrige - iaitu “pleasing, delightful” (menyenangkan, menggembirakan). Christmas pula bermaksud  “The annual Christian festival celebrating Christ's birth, held on 25 December in the Western Church”  Festival tahunan penganut Kristian bagi menyambut kelahiran Christ, diadakan pada 25 Disember di Gereja Roman Katolik. Ia berasal daripada Bahasa Inggeris klasik - Crīstes yang merujuk kepada Jesus Christ. Mæsse pula bermaksud sambutan jamuan suci (eucharist) bagi penganut Kristian khususnya gereja Roman Katolik. Mæsse juga bermaksud Mass yang merujuk kepada upacara mingguan pada hari Ahad di gereja-gerja Katolik, begitu juga upacara pada Holy Days of Obligation.  Ia juga berasal daripada Bahasa Latin; missa. Ia diguna pakai pada penghujung liturgy apabila paderi berkata:  "Ite missa est"  Bermaksud ...

✏️Adab dan Tawadu'

✏️Adab dan Tawadu' Tempoh hari, guru kami menceritakan bagaimana ulamak tua dan ulama muda hidup harmoni walaupun berbeza pandangan.  Sebab utamanya adalah adab. Dikisahkan kepada kami salah satu riwayat adab Imam besar Mazhab iaitu al-Imam Malik dan al-Imam al-Syafie. Ketika Imam Syafie sedang mengajar disebuah masjid (disebut sebagai Masjid Nabawi), Imam Malik datang menyamar sebagai pendengar tanpa disedari oleh Imam Syafie. Usai mendengar, maka Imam Malik ke sebuah dinding di masjid tersebut lalu diukir tulisan ini : من اراد العلم النفيس،  فعليه بمحمد بن ادريس، Barang siapa yang ingin ilmu yang berharga, Maka ianya ada bersama Muhammad bin Idris, *Muhammad bin Idris adalah nama sebenar Imam Syafie. Pada keesokan harinya, Imam Syafie datang ke masjid itu, lalu terlihat tulisan tersebut lantas menulis di bawahnya perkataan ini : وكيف لايكون كذلك،  وهو تلميذك يامالك، Bagaimana terjadi sebegitu, Sedangkan dia adalah anak muridmu wahai Malik. ... Kata guru kami, mereka ber...

Boikot ekonomi IIsra3l dan Am3rik4?

Boikot? Boikot bermaksud memulaukan atau enggan berurusan dengan seseorang atau organisasi untuk menyatakan ketidaksetujuan - Kamus Dewan Edisi 4 Boycott is to engage in a concerted refusal to have dealings with (a person, a store, an organization, etc.) usually to express disapproval or to force acceptance of certain conditions - Merriam Webster Boycott is to refuse to buy a product or take part in an activity as a way of expressing strong disapproval: - Cambridge Dictionary ….. Dari definisi di atas, wajar kita fahami bahawa tujuan kempen umat Islam boikot ini adalah untuk menzahirkan rasa tidak puas hati, rasa tidak setuju dengan tindakan Negara Uncle Sam dan i5r4el terhadap penduduk P4l3stin3.  …. Bagaimana impak terhadap ekonomi negara? Umum turut mengetahui, syarikat yang menjalankan perniagaan di Negara Islam seperti Malaysia, ada yang terlibat secara langsung dan tidak langsung.  Yang secara langsung ini agak sukar untuk kita kenal pasti, kerana mereka induk. Tetapi ya...

Tips Penulisan Kajian berbentuk tugasan.

 Tips Penulisan Kajian berbentuk tugasan. 1.0 Pengenalan / Introduction. Ia adalah esei berbentuk tulisan berkenaan dengan isi kandungan kajian dan tajuk kajian. Dilakukan dalam satu perenggan sahaja. Merangkumi penceritaan isi kajian dari Pengenalan hingga Rumusan. Lebih kurang seperti sinopsis. 2.0 Latar Belakang Kajian / Background of Study. Di isi dengan jadual statistik, graf, carta pai dan segala yang berkaitan dengan kajian yang dipilih. Statistik, jadual, carta, graf tersebut mestilah berkaitan secara khusus dengan Tajuk. Dihuraikan perkara-perkara tersebut dalam bentuk esei dan dimasukkan juga fakta-fakta sokongan dari jurnal, buku atau artikel berfakta. 3.0 Pernyataan masalah / Problem statement. Bahagian ini tidak boleh dimasukkan carta, jadual, graf dan apa jua grafik. Ia mesti dalam bentuk tulisan sahaja. Dia dibuat dalam bentuk esei hasil gabungan fakta dan nombor. Penceritaan bahagian ini melibatkan fakta-fakta dan nombor-nombor yang kritikal, utama dan penting sahaj...

Penjelasan hukum apabila berlaku kematian, keluarga si mati mengadakan kenduri arwah

Image
بسم الله الرحمن الرحيم ✏️Penjelasan hukum apabila berlaku kematian, keluarga si mati mengadakan kenduri arwah. الحمد لله رب العالمين  اللهم صل على سيدنا محمد وعلى آله وصحبه أجمعين  أما بعد  Apabila dibawakan isu sebagaimana di dalam gambar, ia menjadi sensitif sejak akhir-akhir ini.  ... Jabatan Mufti Negeri Perak telah membawakan ringkasan bagi menjelaskan hukum mengadakan kenduri arwah.  Maka apabila ia dinamakan ringkasan, pastinya ia ringkas dan padat. Cukup untuk memberi kefahaman kepada orang awam. Apakah hukum melakukan sesuatu perkara. Namun, wujud pelbagai komentar yang diberikan di bawah ruangan paparan grafik tersebut. Antara yang menarik ialah : 1. Nabi anjurkan jiran memberi makan kepada keluarga si mati. Ini lebih sunnah. 2. Imam Syafie melarang melakukan kenduri arwah. 3.  Sepatutnya Jabatan Mufti bagitau apa yang dianjurkan oleh Nabi supaya orang ramai boleh ittiba’ Nabi. ..... Apabila meletakkan diri pada kedudukan “tahu” berbanding “tidak ...

Jangan Ucap Terima Kasih Kepada Isteri

✏️ Jangan Ucap Terima Kasih Kepada Isteri.  بسم الله الرحمن الرحيم  الحمد لله رب العالمين  اللهم صل على سيدنا محمد وعلى آله وصحبه أجمعين  أما بعد  Para suami, saya cadangkan jangan ucap terima kasih kepada isteri atas apa juga kebaikan yang isteri lakukan pada kita.  Sebaliknya ucapkan جزاك الله خيرا جزاء Maksudnya : Semoga Allah balas kebaikan kamu dengan sebaik-baik ganjaran.  Atau  جزاك الله خيرًا الجنة Maksudnya : Semoga Allah ganjari kamu dengan Syurga.  Barangkali mereka akan rasa lebih dihargai dan meluruskan hati mereka untuk akhirat.  ان شاء الله.

Masalah Rumahtangga : Punca dan penyelesaian

بسم الله الرحمن الرحيم  الحمد لله رب العالمين  اللهم صل على سيدنا محمد وعلى آله وصحبه أجمعين  أما بعد ، Masalah rumahtangga – Tekanan Hidup Berkeluarga. Punca : 1. Halangan Komunikasi – Suami atau Isteri tidak memahami mesej sebenar yang disampaikan oleh pasangan. 2. Hubungan Seksual – tidak berkeinginan, lemah tenaga batin, layanan dingin, tidak mahu berhubungan kerana penyakit atau tidak suka kepada pasangan. 3. Perbezaan sahsiah – berbeza pekerjaan, keturunan, Pendidikan. 4. Pengabaian tanggungjawab – suami tidak memberi nafkah sewajarnya dan terpaksa ditampung oleh isteri. Isteri dingin terhadap suami dan tidak memberi layanan sewajarnya kepada suami. 5. Akhlak dan tingkah laku buruk – malas, panas baran dan suka berhutang. 6. Karenah Anak-anak – anak suka meragam dan tidak mendengar arahan ibu bapa. 7. Gangguan keluarga sendiri atau mentua – suka campur tangan, mengkritik, memandang rendah, membebankan anak atau menantu. Cara menangani masalah : 1. Menganalisis diri,...

Mudahnya beribadah atau bermudah-mudah?

✏️Mudahnya beribadah atau bermudah-mudah?  بسم الله الرحمن الرحيم  الحمد لله رب العالمين  اللهم صل على سيدنا محمد وعلى آله وصحبه أجمعين  أما بعد ، Adakalanya kita melihat orang gemar beribadah, sehingga berlebihan serta melampau dalam hal sunat. Lantas meninggalkan perbuatan yang lebih utama.  Tidak ketinggalan, orang yang ingin beribadah, tetapi gemar mengambil jalan mudah hingga menjadi malas dan lesu. Lantas meninggalkan segala syarat yang menjadi dokongan kepada terhasilnya pahala ibadah.  Ini merupakan sikap melampaui batas yang dibenci Allah SWT. Terlalu ekstrim sehingga agama Islam mendapat fitnah. Terlalu longgar hingga agama Islam mendapat fitnah juga.  Alasannya apa? Agama itu mudah, jangan menyusahkan. Mafhum hadis Nabi SAW.  Hakikat sebenar Hadis ini adalah mudahkan cara beramal. Bukan bermudah-mudah untuk mengeluarkan hukum untuk beramal.  Satu kaedah yang dibawakan oleh ahli Hadis adalah : يَجِبُ تَفْسِيْرُ الدَّلِيْلِ وَفَهْمُه...

Korban haiwan betina

✏️ Bolehkah korban haiwan betina?  بسم الله الرحمن الرحيم  الحمد لله رب العالمين  اللهم صل على سيدنا محمد وعلى آله وصحبه أجمعين  أما بعد  Soalan Inbox...  Boleh ke korban lembu betina?  Jawapan : Dibolehkan.  Perincian : Rukun korban terdiri dari Haiwan Ternakan, Niat dan Perbuatan menyembelih. Jantina korban bukan sebahagian dari rukun korban. Namun, haiwan ternakan jantan lebih baik dari betina kerana tubuh yang lebih tegap dan lebih berisi.  Sheikh Muhammad Arsyad al-Banjari dalam kitabnya Sabil al-Muhtadin menyatakan bahawa : "Binatang jantan lebih afdal dari betina jika jantan tadi tidak banyak kahwin. Dan jika sudah banyak berkahwin maka yang betina yang belum pernah melahirkan lebih baik dari jantan yang sudah banyak berkahwin." الله اعلم.  Mohd Nasyran  543pm.

Syarat Tafsir al-Quran

Tafsir ni ada pelbagai.  1. Tafsir Bi al-Ma'thur. 2. Tafsir Bi al-Raayi.  3. Tafsir Bi al-Isyari.  Apa perbezaannya.  1. Tafsir Bi al-Ma'thur adalah tafsir al-Quran dengan al-Quran dan tafsir al-Quran dengan Hadis. Dengn maksud lain ayat-ayat al-Quran difahami dengan wahyu dari ayat al-Quran sendiri serta difahami dengan kalam Nabi SAW.  2. Tafsir Bi al-Raayi adalah tafsir berdasarkan pandangan ulama tafsir sendiri melalui ilmu yang mereka ada.  3. Tafsir Bi al-Isyari adalah tafsir berdasarkan ayat-ayat Isyarat dari al-Quran atau Hadis oleh Mufassir Sufi melalui ilmu yang mereka ada.  Tafsir yang pertama adalah tafsir terbaik dan tidak boleh disangkal. Manakala tafsir kedua dan ketiga perlu dikawal dengan syarat-syarat tertentu. Ia tidak boleh digunakan sewenang-wenangnya.  .... Syeikh Muhammad Abd al-‘Azim al-Zurqani dalam Manahil al-‘Irfan menyebut, terdapat lima syarat yang mesti dipenuhi mufassir sufi supaya pentafsirannya secara isyari itu da...

Hukum sembahyang berjemaah di surau / tempat selain masjid dengan tabir memisahkan jemaah lelaki dan perempuan.

✏️Hukum sembahyang berjemaah di surau / tempat selain masjid dengan tabir memisahkan jemaah lelaki dan perempuan.  بسم الله الرحمن الرحيم  الحمد لله رب العالمين  اللهم صل على سيدنا محمد وعلى آله وصحبه أجمعين  وبعد, Bagi sembahyang berjemaah di masjid, tiada masalah untuk sembahyang berjemaah walaupun ada penghalang kerana syarat sembahyang berjemaah di masjid adalah : 1. Tiada jarak minimum atau maksimum.  2. Boleh mengikut imam dengan melihat atau mendengar atau mengikut mubaligh (orang yang menyahut takbir perpindahan imam).  3. Halangan yang ada tidak berkunci atau tersekat.  4. Boleh sampai kepada imam walaupun beralih dari kiblat.  Bagi keadaan di surau atau bangunan selain masjid. Syarat untuk sembahyang berjemaah adalah 1. Jarak paling jauh antara imam dengan makmum adalah 300 hasta (150m).  2. Tiada penghalang antara imam dan makmum.  3. Makmum mengetahui perpindahan Rukun Imam samada dengan melihat, mendengar atau mengikut mubal...

Hukum sembahyang berjemaah di surau / tempat selain masjid dengan tabir memisahkan jemaah lelaki dan perempuan.

✏️Hukum sembahyang berjemaah di surau / tempat selain masjid dengan tabir memisahkan jemaah lelaki dan perempuan.  بسم الله الرحمن الرحيم  الحمد لله رب العالمين  اللهم صل على سيدنا محمد وعلى آله وصحبه أجمعين  وبعد, Bagi sembahyang berjemaah di masjid, tiada masalah untuk sembahyang berjemaah walaupun ada penghalang kerana syarat sembahyang berjemaah di masjid adalah : 1. Tiada jarak minimum atau maksimum.  2. Boleh mengikut imam dengan melihat atau mendengar atau mengikut mubaligh (orang yang menyahut takbir perpindahan imam).  3. Halangan yang ada tidak berkunci atau tersekat.  4. Boleh sampai kepada imam walaupun beralih dari kiblat.  Bagi keadaan di surau atau bangunan selain masjid. Syarat untuk sembahyang berjemaah adalah 1. Jarak paling jauh antara imam dengan makmum adalah 300 hasta (150m).  2. Tiada penghalang antara imam dan makmum.  3. Makmum mengetahui perpindahan Rukun Imam samada dengan melihat, mendengar atau mengikut mubal...

Pencen bebanan kerajaan?

Wang Pencen. 1.0 Soalan. Adakah duit pencen ini duit dari kutipan hasil cukai Jawapan. Tidak. Pencen adalah duit tabungan kita dari gaji semasa kita berkhidmat. 2.0 Sebanyak 17.5% dari gaji kita dicarumkan ke dalam Kumpulan Wang Amanah Persaraan (KWAP).  mentadbirkan wang ini dan diberi pada warga pesara menurut perkiraan tertentu. Perkiraan melalui kaedah akturial dapat menampung saraan warga pesara sepanjang hayatnya. Atau pencen terbitan jika pesara meninggal dunia.  3.0 KWAP tidak menerima wang dari setiap belanjawan tahunan negara. Ia adalah entiti yg diperbadankan. Pesara tidak dibayar gaji tetapi pesara ini mendapat imbuhan bulan melalui simpanan yg telah dicarumkan ke KWAP semasa hayat perkhidmatan. Harap penerangan ini dapat  menangkis pandangan negatif terhadap warga pesara.

Anxiety

✏️Anxiety.  بسم الله الرحمن الرحيم  الحمد لله رب العالمين  اللهم صل على سيدنا محمد وعلى آله وصحبه أجمعين  اما بعد Apabila kita terlalu stress, terlalu takut, terlalu risau atau semua kerja kita nak siapkan serentak (multi-tasking), kita terdedah kepada satu penyakit psikologi yang bergelar Anxiety.  Ia adalah kegelisahan atau kerisauan melampau kerana ingin segera menyelesaikan satu perkara tetapi hakikatnya luar kemampuan.  Hal ini boleh kelihatan pada tingkah-laku diri kita seperti mengejar masa, terburu-buru, tergesa-gesa, terlalu banyak bertanya, terlalu banyak mencari maklumat dan terlalu melindungi diri. Rasulullah SAW bersabda  عَنْ سَهْلِ بْنِ سَعْدٍ قَالَ: قَالَ رَسُولُ اللهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ: الْعَجَلَةُ مِنَ الشَّيْطَانِ Dari sahabat Sahl bin Sa’ad radhiyallahu ‘anhuma, Rasulullah ﷺ bersabda, “Sesungguhnya sikap tergesa-gesa itu dari syaitan." HR Imam at-Tirmizi.  Ia bermaksud sikap tergesa-gesa membawa keburukan sebaga...